Translate

Thursday, 12 May 2016

Etnik Narum...minoriti dan hampir pupus ketulenan.

Sebagai insan yang berdarah Narum, aku terpanggil untuk membawa ‘berita’ ini. Khabar yang sungguh duka, apatahlagi, mungkin aku generasi Narum yang terakhir yang masih fasih berbahasa/dielek Narum. Sepengetahuan aku, dikalangan etnik ini yang di bawah umur 40 tahun sekarang, sudah tidak mempratikkan pertuturan Dielek Narum ini, cuma memahami sedikit ayat dan menjawab sepatah dua kata dalam bahasa Narum. Puak atau Etnik ini cuma ada  di Kampung Narum. Tapi kebelakangan ini, segelintirnya sudah keluar mengikut halatuju kerja masing-masing dan menjaga periuk nasi sendiri seperti aku ini. Aku sendiri masih menggunakan Bahasa ini dalam kehidupan seharian apabila bertemu dengan sahabat sepermainanku dan orang yang lebih tua dalam kalangan etnik ini. Masyarakat etnik Narum juga berkongsi hampir kosakata bahasa pertuturan yang sama seperti bahasa Jati Miriek untuk etnik Kedayan, kiput dan Bakong. 

Untuk merekod setiap bilangan patah perkataan dalam bahasa Narum ini dan diterjemahkan ke bahasa Melayu, sememangnya amat memerlukan kerja yang rapi, berkorban masa dan tenaga, punyai kepakaran, kesabaran dan "ilmu" itu tidak ada pada diri ku ini. Aku juga pernah diberitahu oleh Ketua Kampung En Fauzi Bin Hj Hussein bahawa pernah 2 orang dari Universiti telah merekod malah menulis berkenaan bahasa Narum ini untuk dibukukan menjadi KAMUS rujukan di kemudian hari. Mereka tinggal menetap selama beberapa minggu di kampung untuk mendengar dan mempelajari susunkata bahasanya, namun dipenghujung keputusannya sungguh mengecewakan apabila Ketua Kampung sendiri mengakui bahawa KAMUS tersebut tidak sama dan tidak selari dengan terjemahannya. Sejujurnya, aku belum melihat dan membaca KAMUS tersebut, namun aku bagi ‘kredit’ untuk 2 orang pelajar tersebut kerana sanggup bersusah payah untuk mengetengahkan perkara ini atau mungkin hanya sekadar untuk memenuhkan jadual PHD mereka namun secara tidak langsung ‘berita’ ini, menjadi daya penarik untuk dikaji semula oleh orang yang lebih rapat dan yang bijak pandai dalam etnik Narum ini.

Untuk lebih adil, izinkan aku berkongsi artikel yang amat menarik untuk dikongsi dan sungguh berilmiah dari Borneo Oracle. Perkataan yang 'dihitamkan' adalah isi penting yang harus diambil perhatian.

Mungkin ramai yang tidak pernah mengenali etnik ini kerana amat kurang sumber informasi mengenai mereka. Namun begitu etnik minoriti ini sebenarnya adalah pembentuk kepada masyarakat Melayu di Sarawak semenjak Sarawak di zaman pemerintahan 100 tahun keluarga Brooke lagi. Ini kerana sejak dari dahulu lagi sudah menjadi dasar pentadbiran Brooke akan mengklasifikasikan mana-mana etnik yang telah memeluk Islam akan dikategorikan sebagai masyarakat Melayu Sarawak walaupun pada dasarnya sejarah keturunan mereka adalah daripada etnik pribumi Sarawak itu sendiri seperti etnik-etnik Dayak Sarawak yang mempunyai banyak sub-sub etnik yang membentuknya.
Dan kerana itulah sejarah etnik Narom ini amat unik kerana dikatakan susur galur asal keturunan mereka adalah merupakan pecahan kepada etnik Kenyah yang dikategorikan sebagai Kaum Orang Ulu Sarawak sekarang. Suatu waktu dahulu mereka tinggal di rumah-rumah panjang seperti juga etnik Kenyah dan budaya mereka juga sama dengan etnik Kenyah. Mereka juga antara yang terkenal dengan kepahlawan di dalam Perang Ngayau iaitu perang perluasan wilayah bagi etnik-etnik Dayak di Sarawak.
Ini dapat dibuktikan apabila di dalam sejarah Sarawak juga mencatitkan bahawa Etnik Narom pada sekitar tahun 1899 juga menghantar pahlawan dan perahu mereka untuk sama-sama bertanding di Regatta Baram yang diadakan khusus untuk merayakan perjanjian perdamaian Marudi iaitu salah satu perjanjian yang menjadi sejarah terbentuknya keamanan di kawasan Baram suatu waktu dahulu.

Salah satu contoh artikel yang menulis berkenaan puak Narum yang menang Pertandingan Lumba Perahu



Latihan di Sungai Baram, Skuad Todak mewakili Kpg Narum 



LOGO yang digunakan untuk mewakili Pasukan Narum dalam Baram Regatta 2011. Jelas tertulis

dalam huruf rumi di bawah Logo dalam bahasa Narum. 


Jika dilihat kepada pautannya dengan sejarah Sarawak pada suatu waktu dahulu merupakan tanah kuripan kepada pembesar Kesultanan Brunei Darussalam pula, etnik Narom menurut ceritanya merupakan antara etnik yang kepahlawanan mereka diterjemahkan melalui Lipan Baram atau Tentera Baram. Menurut sejarahnya etnik Narom juga menganggotai Lipan Baram ini melalui ketua masyarakat mereka yang dikenali sebagai Orang Kaya Panglima Baling.

Siapa LIPAN BARAM?
Mengikut Tradescent Lay, seorang bangsa Inggeris yg menyertai rombongan lawatan ke Brunei pada tahun 1837, telah menyebut tentang Orang2 Dayak dari Baram di Brunei pada ketika itu, "....tiga buah perahu kaum Dayak yg mengandungi 70 org telah datang dari kawasan pedalaman Baram." Gelaran Lipan Baram itu mungkin mempunyai hubungan dengan pengakuan Sultan kepada rombongan Inggeris itu apabila baginda mempamerkan kekuatan kaum Dayak dari Baram itu untuk menakut2kan rombongan Inggeris dengan mengatakan "beta mempunyai 30,000 org seperti ini sedia menurut perintah , dan beta yakin Orang Putih,Inggeris, Belanda, Perancis dan Sepanyol tidak akan mampu menentang mereka? Beta tahu org2 putih mahu mengambil Borneo, tetapi beta tidak takut.....". Sultan Brunei merasa yakin akan kemampuan Brunei melawan pihak penjajah Barat itu kerana di belakang baginda adat tentera tambahannya yg terdiri dripada penduduk2 pribumi Baram.
Selain itu, Mereka juga membantu Brunei mengawal penduduk2 di wilayah2 jajahan Brunei yg berada berdekatan dengan Baram seperti Miri, Tutong, Belait dan Limbang. Seorang ketua etnik Kayan yang bernama Tamal dlm suratnya kepada Inggeris di Labuan pada tahun 1846, telah mengakui membantu Brunei menghadapi tentangan2 daripada etnik Miri, Belait, Tutong dan Bisaya. Ini adalah gambaran bagaimana pentingnya kaum pribumi (Orang Ulu) di Baram kepada Brunei dlm mengekalkan keutuhan jajahannya. Mengikut Tradescant Lay, kaum dayak yang dimaksudkan itu terdiri daripada 21 kumpulan etnik dan di antara mereka ialah Kayan, Punan, Kenawit, Siting, Bukatan, Sundaya, Dali, Baung, Tring, Kajaman, Agis, Tagar dan Narum.


sumber dari Borneo history. Maaf untuk para pembaca, saya tidak membincang dengan lebih lanjut berkenaan tentera Lipan Baram, kerana fokus entri ini lebih kepada Etnik Narum.

Pusara Legenda Orang Kaya Panglima Baling

Semakin kabur tulisan tangan di Batu Nisan


 Di atas bukit di bawah pohon buluh, Pusara Legenda bersemadi aman, Sungai Karap Bakong menjadi saksi perkebumian. Terima kasih kepada teman yang sudi berkongsi photo ini terutamanya Saudara Hasran Hj Suhaili dan Saudara Sidi Bin Nie yang mengetahui selok belok perjalanan menyelusuri Sungai dan masih dapat mengecam Lokasi Perkuburan ini. 


Kubur Maimunah, salah seorang anak Orang kaya Panglima Baling yang bersemadi
di Tanah Perkuburan Kpg Narum Marudi.

Diceritakan keakraban inilah ( antara pembesar Kesultanan Brunei Darussalam & Panglima Baling ) yang menjadikan ramai etnik Narom suatu masa dahulu memeluk agama Islam sehingga mereka dikategorikan sebagai Melayu Sarawak walaupun susur galur mereka adalah daripada Dayak Kenyah suatu waktu dahulu. Dan keakraban ini juga menjadikan ramai etnik Narom berpindah mendiami wilayah-wilayah persempadanan Sarawak/Brunei seperti di Tutong, Belait dan banyak lagi.
Populasi etnik Narom ini walaupun dikategorikan sebagai etnik minoriti Sarawak namun jumlah mereka adalah lebih kurang 6,000 orang mengikut bancian penduduk 2008. Ramai antara mereka masih lagi mendiami daerah kecil Marudi, Baram, Sarawak dengan mempunyai perkampungan mereka sendiri yang dinamakan Kampung Narum, Marudi.
Jika dahulu ketika masih beragama pagan, etnik Narom tinggal di rumah-rumah panjang mereka sendiri tetapi setelah mereka memeluk Islam mereka telah mula membina rumah-rumah tradisional yang berkongsepkan Melayu Sarawak. Malah cara hidup mereka juga telah diasimilasikan seperti masyarakat Melayu Sarawak seperti budaya dan warisan mereka yang segalanya adalah berdasarkan budaya dan warisan Melayu Sarawak.


Pose istimewa anak-anak Narum sempena Lebaran Aidilfitri di perkarangan Surau At Taqwa Kpg Narum

Kpg Narum senonim dengan Hadrahnya

Rumpun bahasa bagi etnik Narom adalah dikategorikan dari rumpun bahasa Austronesia, Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Berawan-Lower Baram, Lower Baram, Central Baram. Walaupun segalanya sudah diasimilasikan mengikut cara hidup masyarakat Melayu Sarawak namun satu yang masih lagi menjadi jati diri kepada etnik Narom adalah bahasanya yang unik. Bahasa Narum masih lagi dipertuturkan sehingga ke hari ini walaupun ada juga bahasa Melayu Sarawak yang digunapakai. Inilah jati diri masyarakat Narom yang masih ada dan diwarisi dari satu generasi ke generasi sehingga ke hari ini yang masih ada.


Di antara salahsatu bahasa yang terancam/akan pupus dari mukabumi 

Jika dahulunya etnik Narom ramai yang menjadi petani dan juga menjadi nelayan tempatan di sungai-sungai di kawasan Baram namun sejajar dengan waktu ramai juga etnik Narom sudahpun menjadi antara golongan professional baik di sektor swasta dan kerajaan di Sarawak. Penempatan mereka di Kampung Narum, Marudi juga jika dahulunya serba serbi kekurangan namun sekarang sudahpun mendapat kemudahan infrustruktur seperti tenaga elektrik dan juga bekalan air bersih.

Tarikh???..Aku pun tak tahu..

Sumber photo: En. Iskandar Bin Aus

Sumber photo: En. Iskandar Bin Aus
Sumber photo: Zulnizam Bin Wahid




Sumber Photo: Zulnizam Bin Wahid


Sumber photo; Zulnizam Bin Wahid

Sumber photo: En. Iskandar Bin Aus





(Klik untuk besarkan) Dalam buku ini tertulis ' cerita rakyat' berkenaan dengan kaum Narum ini. Terima kasih kepada Saudara Mohd Zairil Hashim yang sudi berkongsi screenshot gambar buku ini.

Balairaya Kpg Narum Penghujung 90-an


Photo Balairaya yang terkini. ( atap atas atap..hehehe )

Inilah sekelumit ruang informasi tentang keunikan satu lagi etnik di Sarawak yang dikenali sebagai Etnik Narom, Sarawak, Borneo. Mereka merupakan antara etnik yang membentuk masyarakat Melayu Sarawak sejak di zaman pemerintahan Brooke lagi. Kenali mereka kerana mereka juga anak Sarawak, Bangsa Sarawak.

Ini adalah senarai setiap pecahan etnik dalam Sarawak, Narum di  No.46. Di sini jelas bahawa Etnik Narum diiktiraf kewujudannya.

1.Iban (everywhere)
2.Balau (SriAman,Lingga,Banting,Kuching)
3.Skrang (Betong area)
4.UluAi (Lubok Antu,Batang Ai)
5.Melikin (Balai Ringin)
6.Remun (Serian-BalaiRingin)
7.Sebuyau (Kuching,Lundu,AsaJaya)
8.Bidayuh (Kuching Division)
9.Jagoi (Bau,Krokong,Lundu)
10.Bisingai (Singai area)
11.Bibukar (Bukar area,Taee,Tarat)
12.Biatah (Siburan area,Benuk,Borneo Height)
13.Bianah (Padawan,Borneo Height)
14.Saadong (Serian)
15.Mentu (Mongkos,BunanGega)
16.Melanau (Mukah,Dalat,Matu,Daro)
17.Seduan (Sg Merah,KpgNangka,Sibu)
18.Belawai-Rejang (Belawai)
19.Tanjong (Kanowit,Belaga)
20.Kanowit  (Kanowit,Rajang)
21.Kejaman (Belaga)
22.Lahanan (Pelagus)
23.Sekapan (Pelagus)
24.Sihan (Belaga)
25.Lisum (Belaga)
26.Kayan (Baram,Belaga,Tubau)
27.Kenyah (Baram,Belaga,SgAsap,Bakun)
28.Kelabit (Bareo,Ramudu)
29.Tringgus(KpgTringgus,Semban,BorneoHeight
30.Selakau(Lundu,Biawak,Sematan Area )
31.Rara (Biawak)
32.Tatau (Ulu Tatau)
33.Kedayan (Bekenu,Beraya,Limbang,Lawas)
34.Bisaya (Batu Danau,Limbang)
35.Lun Bawang(Bakelalan,Lawas,Limbang)
36.Saban (Long Banga)
37.Tagal (Trusan,Merapok)
38.Tabun (Mendamit)
39.Baketan (Batang Ai(extinct),Ulu Kakus)
40.Ukit (Pelagus,Belaga,Btg Rajang)
41.Penan (Baram,Balui,Belaga)
42.Punan (Belaga,Pelagus)
43.Penan Sua (Suai,Niah)
44.Jati Miriek (Bakam,Miri,Lutong)
45.Lakiput (LongKiput,Marudi)
46.Narum (Marudi)
48.Memaloh (Kapit,LubokAntu,Katibas)
49.Buket (Ulu Belaga)
50.Melayu Serawak (Kuching,Samarahan,Simunjan)
51.Melayu Kalaka (Pusa,Kabong,Seratok)
52.Bugis (Jemukan,SadongJaya)
53.Jawa (Kolong Matang,Kpg Sri Arjuna bt12)
54.Chinese (Everywhere)
55.Lugat (Ulu Belaga)
56.Seru (extinct)(was in Seratok,Kalaka)
57.Undu (extinct)(was in Lundu)
58.Seping (Ulu Belaga)
59. Ngorek (Long Sembiyang,Baram)
60.Berawan (Loagan Bunut,LongTerawan)
61.Kenyah Badeng (Ulu Belaga,LongBusang)
62.Bintulu (Jepak)
63.Segan (ulu Segan,Bintulu)


Namun ada sesuatu yang amat perit untuk diceritakan dan amat pedih untuk dihuraikan, bahawa generasi seterusnya pasti akan hilang ketulenan Narum ini. Generasi ‘kehilangan jati diri Narum' yang dimaksudkan adalah generasi kini, yang sezaman anak-anak aku sendiri. Yang tidak faham bahasanya apatahlagi bercakap dalam pertuturan seharian. Malu juga hendak mengetengahkan entri ini, sebab TIADA SATU pun usaha dari aku sendiri untuk mengekalkan keaslian Narum yang tercinta ini.


Tuesday, 3 May 2016

TPM, RELA & Long Lama

Sempena PRN14 Sarawak, Long Lama dikunjungi orang nombor 2 Malaysia, iaitu YAB Dato Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri dalam Negeri. Kehadirannya dijangka dalam jam 10.30 pagi tetapi terpaksa ditunda hingga jam 1 petang, disebabkan cuaca tidak mengizinkan untuk menggunakan helicopter. Ketibaannya menggunakan kereta dari Miri menunjukan semangat Beliau untuk berjumpa dengan Penduduk Long Lama sangat tinggi.










Datang untuk Majlis Penyerahan Baju celoreng RELA di Dewan Masyarakat Long Lama, namun tujuan sebenarnya lebih kepada berkempen. Selepas Majlis tersebut, Dato Seri terus bersolat di Masjid Darussalam Long Lama.


Persiapan ketibaan TPM di Masjid Darussalam, Beliau makan tengahari di sini


Yang paling seronoknya apabila Ya Salam Restaurant telah diamanahkan oleh Urusetia Penganjur Program untuk membuat tempahan ‘Tapau’ makanan sebanyak 500 bungkus.
 Jom, aku 'belanja' sedikit photo menarik berkenaan 'Tapau' ini.



Penghantaran 'tapau' ke Dewan Masyarakat








Bukan senang hendak membuat tempahan ini, dengan kos yang besar serta perlu persiapan yang rapi. Setiap pekerja memahami tugasan yang diberi. Dan Syukur Alhamdulillah, tempahan siap mengikut Jadual. 



Wednesday, 13 April 2016

Lopak Air pun ku minum.

Nurkilan kali ini telah diubahsemula dari Facebook aku sendiri untuk dimuatkan ke dalam entri kali ini.

Sepanjang perjalanan balik dari kelas kokurikulum petang tadi, anakku bising merungut minta air. Tadi aku terlupa nak sediakan duit belanja, leka membaca 'koran' pasal nitizen mengeluh berkenaan GST yang memang membebankan. Rungutannya berpanjangan sampai ke rumah..biasa la, budak 10 tahun. Aku tersenyum saja, apabila dia mengadu dengan emaknya sekali..

Dulu, sebaya seusia itu, selepas penat bermain petang (Sekolah dulu jarang ada kokurikulum petang)..nak balik rumah terasa jauh. Lopak air la jadi sasaran santapan tekak yang haus, ditambah lagi makan mee maggi kari 'mantak' dgn harga Rm50 sen sebungkus, memang lidah meletop mencari air.

Gambar ehsan dari Internet


Aku selalunya cuma meranggong macam biawak sambil mulut terus ke air. Tapi teman yang lain terus tiarap, hingga hidung pun 'tersedut' air..siap ada bunyi lagi tu...hummmmmmppppppp..

Bukan setakat kumuh, tapi terus telan. Rempah kari bercampur air lopak kuning dah sebati sebaya usia muda waktu itu.

Gambar ehsan dari Internet

Ikhtiar hidup zaman dulu dan kini jauh bezanya. Ilmu hidup dipelajari secara pratikal, memerah otak yang tersembunyinya akal...


Kau sendiri membunuh Karier Politikmu..

Bercerita berkenaan Politik dalam Tanahair ini untuk PRU14, aku lebih tertarik untuk memerhati pergolakkan mempertahankan kedudukan Adun Marudi N76 yang disandang oleh Y.B Dato Syvester Entri Ak Muran lagipun aku memang asal dari sana. Ada sebahagian tulisanku lebih ke arah Fenomena Politik di Marudi. Klik di sini.http://ulatmulongitam.blogspot.my/2015/06/mampukah-si-dia-merampas-marudi.html


Kali ini aku nak sentuh berkenaan salah seorang lagi Y.B yang terserlah “temberang’nya semakin mengembang. Ibarat Kudis bisul yang semakin teruk, sakit dan bengkak bernanah. Aku sertakan ‘data’ bergambar agar Kronologi sejarah krisis ini dapat difahami.




Bagi pemerhati Politik tanahair khususnya Politik Sarawak, kita sedia maklum bahawa, beliau ini merupakan bekas Presiden Parti SPDP namun telah meletak jawatan dalam Tahun 2014 dan masuk ke sebuah Parti Baru ( TERAS ) yang belum pernah pun mengikuti Pilihanraya Umum. Apabila Tan Sri Dato Patinggi Adenan Haji Satem mengumumkan untuk meletakkan ‘Calon langsung BN’ ditempat yang bermasalah dan salah satu tempat yang bermasalah kedudukan Calon Adunnya adalah Pakan tempat Y.B Dato William Mawan.



Dia sendiri mengakui, bilangan ahli Parti TERAS telah mencecah lebih 50,000 orang. Tapi, apabila pengumum dari Ketua Menteri untuk meletakan Calon Langsung BN, tanpa berfikir panjang, beliau ( Y. B ) tersebut telah mengeluarkan "statement" untuk keluar Parti TERAS yang beliau sendiri selaku Presidennya.




Di dalam Petak Merah itu, sudah jelas apabila Presiden BN Negeri mengingatkan bahawa sesiapa yang dipilih menjadi Calon Langsung BN mesti dan harus keluar dari Parti Politik yang sediada disandang.

.

Layakkah seorang yang diangkat menjadi Pemimpin bersikap begitu? Melompat parti, tiada pendirian langsung malah 'sifar' Intergriti atau boleh dikatakan sebagai Pengkhianat terhadap Parti dengan sanggup meninggalkan lebih 50,000 orang ahlinya. Baik letak jawatan sebelum PRU14 ini berundur dengan cara begitu, ianya penuh bermaruah daripada mengkhianati Parti yang diterajui sendiri, bukan kali pertama tapi sudah kali ke dua dan tidak mustahil untuk kali ke tiga serta seterusnya.





Tuesday, 22 March 2016

Translate in Language Ibunda Serawak

( Khuatir tidak faham dengan halatuju artikel kali ini, sebaiknya aku jelaskan terlebih dahulu bahawa artikel ini bermulanya telah di Post-kan dalam ruang FB aku. Berkisahkan tentang Vokalis Kumpulan Iklim)

Malas aku nak komen pasal suara 'hero' tok, semakin di dengar, semakin ketagih. Macam ketagih mok makan keropok popcorn jagung ya.


sumber dari Internet

Kumpulan Iklim tok, masa zaman pipi aku baro mula tumbuh jerawat, Masa ya penuh liku dan ranjau dalam menempuh alam berumahtangga dengan sepaktakro. Masa aku baro pandea pakea spendel mandi di sungea Baram. Masa ya, bukan buku atau handphone di tanganku, tapi listik mun sik pun, biji guli ne' di simpan dalam tin milo...
Tapikan, mun aku nengar Lagu paling Top Kumpulan Iklim tok ( Suci dlm Debu ) alu teringat aku dengan watak penting dalam alam persekolahan ku...Cina Aki drive Bas. 

sumber dari internet

Seawal subuh dah bergerak dengan laju ditambah Single lampu Sportlight dipasang di tengah Basnya. Lampu standard Sik cukup terang katanya. Bila berdiri ditepi jalan nunggu bas , memang 'Full' la muka di tumpu sinar sportlight. Alasan masang katanya, biar biak ne' numpang ya senang kenal Basnya....



Jenis bas yang aku gunakan 

Sampea kinek tok, alasan ya, aku belum dapat terima. Sik da Bas lain awal pagi bergerak mun sik Bas cina Aki tok. Dah la awal sampea Sekolah, biak Asrama baro turun sarapan, sempat tidur kejap sementara nunggu kelas bermula. Pernah jua aku bertanya tentang situasi tok..Terlalu Lemah nyawa nak bangun selalu awal pagi. Katanya...

"Mau angkat 4 tlip lagi ohhhh, lu jauh, kasih awal datang lo'...

Jawapannya dengan penuh padat dan kemas, sambil punggung aku baru berlabuh di kusyen bisak dalam bas dengan bekas sisa 'tumpik' masih berbekas di bibir mekarku..perghhhhh....
Apa sangkut paut Cina Aki driver Bas dengan lagu "suci dlm Debu"?
Dolok aku sempat belajar di sesi sekolah petang, Suatu hari suatu ketika masa dalam Bas, Aki driver bas masang lagu 'Suci dalam Debu'. Dolok pakea kaset pok..mala 'rewind' lagu sama. Time balit sekolah pun nya masih masang lagu yang sama, duduk di bahagian depan tepi driver, sempat juak jeling curi dengannya. Mungkinnya perasan..alu merikata:
" Ini lagu kuat bagus, Iklim punya kumpulan, susi dlm debu"
Aku relax dan angguk perlahan. Tapi selepas masuk angin petang dari celah tingkap bas, masa melintasi jalan Airport bersebelahan Berek Kerajaan. Baru ku paham, Kenak orang suka dengar Lagu hindustan???..Kerana melodi dan kekuatan vokalnya..

Macam ya juak dengan Aki driver bas tok...Bukan pasal lirik lagu ya, tapi susunan melodinya mendayu ditambah dengan suara Saleem yang tengah lunak (Album first la katakan) membuatkannya berusaha untuk memahami setiap lontaran bait-bait lirik yang sungguh puitis ya...

Andai ada kesempatan, aku teringin juak nak duduk bersebelahan dengannya. macam dalam Bas dolok marek..Tapi duduk sambil minum kopi, bertanya khabar dan bercerita tentang perjalanan hidup. Mungkin topik cerita berkisar pasal Marudi, pasal SMK, pasal jalan Marudi, pasal politik kekampungan. Dan aku yakin, nya sik akan bertanya pasal Saleem Iklim..Namun yang pasti, Saleem Iklim ya, mengingatkan aku tentang dirinya....

Wajah terbaru Saleem Iklim

Saleem Iklim dengan Apek Aki driver Bas...berpisah tiada..

Thursday, 17 March 2016

Miri ke Pulau Labuan kali ke - 2.

Sempena cuti sekolah, aku mengambil kesempatan membawa sekali lagi keluarga ke Pulau Labuan untuk kali yang ke - 2. Namun kali ini ada yang istimewa sikit, sebab Pak Mertua ikut sekali. Dan kali ini akan aku 'detail'kan carta perjalanan kami.

Bertolak dari Miri jam 12 tengahari selepas makan di restaurant belakang Shopping Complex GIANT Miri, Melalui dua Jab Imigresen ( Sungai Tujuh dan Kula Lurah ) sampai Limbang jam 3 petang.

"Checkin" di Hotel Prime berdepan sekolah rendah dan Masjid Besar Limbang dibelakangnya pula ada warung niaga untuk masakan seafood ( Tebingan Sungai ) yang beroperasi pada sebelah malam sahaja.




Kampung seberang bandar limbang

Dunia ini kecil rupanya, kerana di warung ini juga aku bertemu dengan kawan lama yang sama mengaji, bermain dan turun sekolah pun sama. Destinasi beliau bersama keluarga ke Sipitang, Sabah katanya. Kalau ditakdirkan kami duduk bersama tanpa gangguan keluarga, rasanya 5 gelas kopi O panas pun tidak cukup untuk bercerita kisah lalu. Nisbah segelas Kopi O panas bersamaan peruntukan masa selama 2 jam. Bayangkanlah, kalau 5 gelas kopi O. Aku doakan perjalanannya pergi dan balik selamat hendakNya.

Limbang di awal pagi

Seawal jam 6 pagi keesokannya, aku membeli tiket Boat Express ke Pulau Labuan. Khuatir tiket habis dijual, aku membeli seawal dinihari, maklum saja, sekarang musim cuti sekolah.Yang uniknya cara penjualan tiket ini, kaunternya di buka di hadapan Jab. Kastam Malaysia, Limbang. Senang untuk mengenali kareater kaunter ini, orangnya yang duduk dengan kerusi berserta meja di hadapan Pagar Jab. Kastam, Kalau hari hujan, buka payung. Itu la dia. Jadual express dari Limbang ke Labuan pada pukul Jam 8 pagi dan 2 petang manakala dari Labuan ke Limbang pada pukul 9.30 pagi dan 1.30 petang.

Selepas mengambil pertimbangan yang sewajarnya dan mendengar cadangan dari Ustaz Rosmadi ( sahabat di Limbang ) aku tinggalkan Kereta di dalam halaman Masjid Besar Limbang. Segalanya ku serahkan kepadaNya.


Menaiki Boat Expres ini mengambil masa selama 2 jam perjalanan. Di dalam keadaan ruang yang luas dan selesa ( Aircond & TV ) jamban dibahagi kepada Lelaki dan Perempuan. Sampai Labuan, terus mencari Hotel yang paling dekat dengan Terminal Expres. Hotel yang sekitar "hotspot' Pasar Labuan memang "Rate" harga dalam RM100 ke atas. Setelah berpusing mencari Hotel akhirnya dipilih Hotel Pantai View dengan harga sebilik double bed RM135.00 semalam.



Suasana Terminal Express Boat Labuan

Masjid Nurul Islam. Tidak jauh dari Terminal express


Baring dan tertidur sekejap. Masih terasa letih selepas "driving" hari kelmarin. Aku tidak dapat tidur lena di Hotel Limbang disebabkan Hotel tersebut bersebelahan dengan Pub malam. Selepas 'recash' balik tenaga, aku terus ke Terminal expres lagi untuk membeli tiket untuk balik keesokan harinya. Harga pergi dan balik tidak sama. Balik ke Limbang ada murah sikit.

Tiket ke Labuan ( Mahal )

Tiket balik ke Limbang ( Murah )


Kedai makan di sini di dominasi oleh bangsa Pakistan. Selepas makan, kami sekeluarga 'merayap' segenap penjuru dan lorong bandar Pulau Labuan ini. Kebanyakannya harga barangannya jauh murah. Dari kain ela, handphone, kasut malah kotak ais yang warna oren ini pun kami angkut. Coklat tak payah sebut la. Rasanya Pak Mertua ku membeli coklat dalam anggaran RM100 ke atas, katanya murah lagipun Made from oversea.








Pak Mertua memilih Coklat untuk ole-ole 




Rahsia berjayanya Expedisi ini di sebabkan "google'. Sebelum bergerak, kita harus mencari info yang berguna, seperti no. tel.hotel, jarak perjalanan serta laluan yang harus ditempuh. Rajin-rajinkan diri menggunakan Google Maps. Selamat tinggal Labuan, moga ke temu lagi..




Wednesday, 9 March 2016

Itu jawapanku...

Selepas SPM di pertengahan tahun 90-an, aku pernah keluar 3 hari bersama Jemaah Tabligh ke Masjid Lutong, Miri. Selepas Solat Jumaat di Masjid Marudi, Jemaah kami menaiki express boat jam 3 petang dari Marudi ke Kula Baram. Sekarang ini, perkhidmatan tersebut sudah tiada lagi. 

Kenapa aku tertarik dengan Tabligh???

Jawapan yang jujur, aku TIDAK tertarik dengan Tabligh, tapi selepas SPM tiada perkara yang aku lakukan. Ingin menerokai ke dunia luar, dalam keadaan yang daif serta tidak berduit, ianya bagai terpenjara dalam diri. Apabila sahabat yang dikenali mengajak mengikuti Rombongan Tabligh ke Miri ( Bandar yang paling besar ketika itu ) terus aku bersetuju. Namun aku harus sedar, tujuan utama adalah untuk bersama rombongan Tabligh keluar berdakwah. 


Standard Jemaah Tabligh, setiap kali solat akan diadakan Bacaan Sepotong Hadis dan di antara Maghrib Isyak akan diisikan dengan Tazkirah dari ketua atau Karkun.
Selama 3 hari 3 malam bersama Jemaah Tabligh, jiwa yang liar pasti kembali jinak. Itu yang membuatkan orang yang sedang tercari-cari arah hidup atau jiwa kacau atau otak berserabut akan tertarik dengan dunia Tabligh ini. Sebab itu ianya tidak menghairankan ada yang berkelulusan tinggi, doctor ,professor, jurutera hatta cikgu. Kerja mereka memang beserabut otak..Tak payah sebut la orang biasa-biasa seperti aku ini. Pengisian selama keluar bersama jemaah ini dapat membangkitkan naluri kerohanian, memujuk hati  menjadi tenteram.


Gerakan yang diasaskan oleh Maulana  Ilyas bin Mohd. Ismail di selatan Delhi, India, Anggota jemaah tabligh dapat dikenali menerusi cara penampilan diri, pakaian dan loghat percakapan mereka. Bagi anggota jemaah yang sudah senior, mereka mengenakan serban dan jubah, serta dengan imej janggut yang agak panjang. 


Jemaah tabligh menarik anggota barunya menerusi proses gasy dan tasykil. Sebagai contoh, selepas solat jemaah di surau, anggota tabligh yang ditugaskan akan bangun, lalu membaca petikan kitab fadilat amal yang dikarang oleh Maulana Ilyas. Kemudian, mereka akan menggesa jemaah solat mengangkat tangan sebagai tanda azam untuk keluar berdakwah bersama mereka dalam tempoh minimum tiga hari. Nama mereka yang menyatakan azam itu akan dicatat dalam sebuah buku kecil.

Para rekrut baru jemaah tabligh tadi akan mengikut ketua kumpulan kecil melakukan ziarah di kawasan kejiranan tertentu bagi mengajak penduduk setempat hadir ke surau atau masjid dengan bersandarkan dalil hadith dan sirah. Rekrut baru kemudian digalakkan pula keluar berdakwah dan meninggalkan keselesaan hidup selama 40 hari. Kemuncak iltizam terhadap jemaah ditingkatkan dengan keluar berdakwah sehingga tiga bulan lamanya di luar negara.

Pada dasarnya tugas dakwah amar makruf nahi munkar adalah disyariatkan.


Itu terpulang kepada keadaan dan zaman. Ada yang melakukannya secara bersendirian. Ada yang secara berkumpulan. Ada yang menggunakan lidah, pena, kuasa dan sebagainya. Jamaah Tabligh menggunakan pendekatan yang begitu. Mendatangi rumah saudara Islam dari rumah ke rumah.


Cara Jemaah Tabligh mungkin tidak sepadan dengan aku. Ditambahkan lagi di suatu petang aku mempelawa 2 orang jemaah Tabligh menaiki keretaku untuk di hantar ke Masjid darusalam Long Lama. Jemaah Tabligh dari Timur tengah dengan loghat Englishnya yang sungguh kasar. Cara pendekatannya sungguh mendesak hingga memarahi aku kerana menghidupkan radio di dalam keretaku... aku terkesima sambil tersenyum tapi dalam hati “ Hey, this my car..aku cuma nak dengar berita dunia bai !!!!%$#@&*”

Atas renungan dan input-input dari luar, dapat di putuskan bahawa Pejuangan ini tidak akan dapat membawa kita terbang tinggi ke bintang andai terus dengan cara sebegini. Sebab itu, Isreal tidak kisah dengan Jemaah Tabligh ini. Jemaah ini cuma sibuk dengan ‘dunia’ kerohaniannya. Tidak juga aku nafikan sumbangannya. Andai ada di antara para pembaca yang memang kaki Tabligh, aku mohon maaf kiranya terasa. Fikirkan kata-kataku ini, Dunia Tabligh yang berpusing di situ sahaja. Keluar 3 hari, seminggu, 40 hari atau 2 bulan lamanya, beribadat, berdakwah mengetuk pintu rumah saudara Muslim, tazkirah, dan beribadat, berdakwah mengetuk pintu rumah saudara Muslim, tazkirah dan semuanya dilakukan di dalam Masjid. Siapa yang sebenarnya anda Dakwahkan??? 

Maaf sekali lagi…..

Jihad tidak berlaku di tikar sembahyang..