Sempena cuti sekolah, aku mengambil kesempatan membawa sekali lagi keluarga ke Pulau Labuan untuk kali yang ke - 2. Namun kali ini ada yang istimewa sikit, sebab Pak Mertua ikut sekali. Dan kali ini akan aku 'detail'kan carta perjalanan kami.
Bertolak dari Miri jam 12 tengahari selepas makan di restaurant belakang Shopping Complex GIANT Miri, Melalui dua Jab Imigresen ( Sungai Tujuh dan Kula Lurah ) sampai Limbang jam 3 petang.
"Checkin" di Hotel Prime berdepan sekolah rendah dan Masjid Besar Limbang dibelakangnya pula ada warung niaga untuk masakan seafood ( Tebingan Sungai ) yang beroperasi pada sebelah malam sahaja.
Dunia ini kecil rupanya, kerana di warung ini juga aku bertemu dengan kawan lama yang sama mengaji, bermain dan turun sekolah pun sama. Destinasi beliau bersama keluarga ke Sipitang, Sabah katanya. Kalau ditakdirkan kami duduk bersama tanpa gangguan keluarga, rasanya 5 gelas kopi O panas pun tidak cukup untuk bercerita kisah lalu. Nisbah segelas Kopi O panas bersamaan peruntukan masa selama 2 jam. Bayangkanlah, kalau 5 gelas kopi O. Aku doakan perjalanannya pergi dan balik selamat hendakNya.
Seawal jam 6 pagi keesokannya, aku membeli tiket Boat Express ke Pulau Labuan. Khuatir tiket habis dijual, aku membeli seawal dinihari, maklum saja, sekarang musim cuti sekolah.Yang uniknya cara penjualan tiket ini, kaunternya di buka di hadapan Jab. Kastam Malaysia, Limbang. Senang untuk mengenali kareater kaunter ini, orangnya yang duduk dengan kerusi berserta meja di hadapan Pagar Jab. Kastam, Kalau hari hujan, buka payung. Itu la dia. Jadual express dari Limbang ke Labuan pada pukul Jam 8 pagi dan 2 petang manakala dari Labuan ke Limbang pada pukul 9.30 pagi dan 1.30 petang.
Selepas mengambil pertimbangan yang sewajarnya dan mendengar cadangan dari Ustaz Rosmadi ( sahabat di Limbang ) aku tinggalkan Kereta di dalam halaman Masjid Besar Limbang. Segalanya ku serahkan kepadaNya.
Menaiki Boat Expres ini mengambil masa selama 2 jam perjalanan. Di dalam keadaan ruang yang luas dan selesa ( Aircond & TV ) jamban dibahagi kepada Lelaki dan Perempuan. Sampai Labuan, terus mencari Hotel yang paling dekat dengan Terminal Expres. Hotel yang sekitar "hotspot' Pasar Labuan memang "Rate" harga dalam RM100 ke atas. Setelah berpusing mencari Hotel akhirnya dipilih Hotel Pantai View dengan harga sebilik double bed RM135.00 semalam.
Baring dan tertidur sekejap. Masih terasa letih selepas "driving" hari kelmarin. Aku tidak dapat tidur lena di Hotel Limbang disebabkan Hotel tersebut bersebelahan dengan Pub malam. Selepas 'recash' balik tenaga, aku terus ke Terminal expres lagi untuk membeli tiket untuk balik keesokan harinya. Harga pergi dan balik tidak sama. Balik ke Limbang ada murah sikit.
Kedai makan di sini di dominasi oleh bangsa Pakistan. Selepas makan, kami sekeluarga 'merayap' segenap penjuru dan lorong bandar Pulau Labuan ini. Kebanyakannya harga barangannya jauh murah. Dari kain ela, handphone, kasut malah kotak ais yang warna oren ini pun kami angkut. Coklat tak payah sebut la. Rasanya Pak Mertua ku membeli coklat dalam anggaran RM100 ke atas, katanya murah lagipun Made from oversea.
Rahsia berjayanya Expedisi ini di sebabkan "google'. Sebelum bergerak, kita harus mencari info yang berguna, seperti no. tel.hotel, jarak perjalanan serta laluan yang harus ditempuh. Rajin-rajinkan diri menggunakan Google Maps. Selamat tinggal Labuan, moga ke temu lagi..
No comments:
Post a Comment