Translate

Wednesday, 9 March 2016

Itu jawapanku...

Selepas SPM di pertengahan tahun 90-an, aku pernah keluar 3 hari bersama Jemaah Tabligh ke Masjid Lutong, Miri. Selepas Solat Jumaat di Masjid Marudi, Jemaah kami menaiki express boat jam 3 petang dari Marudi ke Kula Baram. Sekarang ini, perkhidmatan tersebut sudah tiada lagi. 

Kenapa aku tertarik dengan Tabligh???

Jawapan yang jujur, aku TIDAK tertarik dengan Tabligh, tapi selepas SPM tiada perkara yang aku lakukan. Ingin menerokai ke dunia luar, dalam keadaan yang daif serta tidak berduit, ianya bagai terpenjara dalam diri. Apabila sahabat yang dikenali mengajak mengikuti Rombongan Tabligh ke Miri ( Bandar yang paling besar ketika itu ) terus aku bersetuju. Namun aku harus sedar, tujuan utama adalah untuk bersama rombongan Tabligh keluar berdakwah. 


Standard Jemaah Tabligh, setiap kali solat akan diadakan Bacaan Sepotong Hadis dan di antara Maghrib Isyak akan diisikan dengan Tazkirah dari ketua atau Karkun.
Selama 3 hari 3 malam bersama Jemaah Tabligh, jiwa yang liar pasti kembali jinak. Itu yang membuatkan orang yang sedang tercari-cari arah hidup atau jiwa kacau atau otak berserabut akan tertarik dengan dunia Tabligh ini. Sebab itu ianya tidak menghairankan ada yang berkelulusan tinggi, doctor ,professor, jurutera hatta cikgu. Kerja mereka memang beserabut otak..Tak payah sebut la orang biasa-biasa seperti aku ini. Pengisian selama keluar bersama jemaah ini dapat membangkitkan naluri kerohanian, memujuk hati  menjadi tenteram.


Gerakan yang diasaskan oleh Maulana  Ilyas bin Mohd. Ismail di selatan Delhi, India, Anggota jemaah tabligh dapat dikenali menerusi cara penampilan diri, pakaian dan loghat percakapan mereka. Bagi anggota jemaah yang sudah senior, mereka mengenakan serban dan jubah, serta dengan imej janggut yang agak panjang. 


Jemaah tabligh menarik anggota barunya menerusi proses gasy dan tasykil. Sebagai contoh, selepas solat jemaah di surau, anggota tabligh yang ditugaskan akan bangun, lalu membaca petikan kitab fadilat amal yang dikarang oleh Maulana Ilyas. Kemudian, mereka akan menggesa jemaah solat mengangkat tangan sebagai tanda azam untuk keluar berdakwah bersama mereka dalam tempoh minimum tiga hari. Nama mereka yang menyatakan azam itu akan dicatat dalam sebuah buku kecil.

Para rekrut baru jemaah tabligh tadi akan mengikut ketua kumpulan kecil melakukan ziarah di kawasan kejiranan tertentu bagi mengajak penduduk setempat hadir ke surau atau masjid dengan bersandarkan dalil hadith dan sirah. Rekrut baru kemudian digalakkan pula keluar berdakwah dan meninggalkan keselesaan hidup selama 40 hari. Kemuncak iltizam terhadap jemaah ditingkatkan dengan keluar berdakwah sehingga tiga bulan lamanya di luar negara.

Pada dasarnya tugas dakwah amar makruf nahi munkar adalah disyariatkan.


Itu terpulang kepada keadaan dan zaman. Ada yang melakukannya secara bersendirian. Ada yang secara berkumpulan. Ada yang menggunakan lidah, pena, kuasa dan sebagainya. Jamaah Tabligh menggunakan pendekatan yang begitu. Mendatangi rumah saudara Islam dari rumah ke rumah.


Cara Jemaah Tabligh mungkin tidak sepadan dengan aku. Ditambahkan lagi di suatu petang aku mempelawa 2 orang jemaah Tabligh menaiki keretaku untuk di hantar ke Masjid darusalam Long Lama. Jemaah Tabligh dari Timur tengah dengan loghat Englishnya yang sungguh kasar. Cara pendekatannya sungguh mendesak hingga memarahi aku kerana menghidupkan radio di dalam keretaku... aku terkesima sambil tersenyum tapi dalam hati “ Hey, this my car..aku cuma nak dengar berita dunia bai !!!!%$#@&*”

Atas renungan dan input-input dari luar, dapat di putuskan bahawa Pejuangan ini tidak akan dapat membawa kita terbang tinggi ke bintang andai terus dengan cara sebegini. Sebab itu, Isreal tidak kisah dengan Jemaah Tabligh ini. Jemaah ini cuma sibuk dengan ‘dunia’ kerohaniannya. Tidak juga aku nafikan sumbangannya. Andai ada di antara para pembaca yang memang kaki Tabligh, aku mohon maaf kiranya terasa. Fikirkan kata-kataku ini, Dunia Tabligh yang berpusing di situ sahaja. Keluar 3 hari, seminggu, 40 hari atau 2 bulan lamanya, beribadat, berdakwah mengetuk pintu rumah saudara Muslim, tazkirah, dan beribadat, berdakwah mengetuk pintu rumah saudara Muslim, tazkirah dan semuanya dilakukan di dalam Masjid. Siapa yang sebenarnya anda Dakwahkan??? 

Maaf sekali lagi…..

Jihad tidak berlaku di tikar sembahyang..



No comments:

Post a Comment