Sempena PRN14 Sarawak, Long
Lama dikunjungi orang nombor 2 Malaysia, iaitu YAB Dato Seri Ahmad Zahid Bin
Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri dalam Negeri.
Kehadirannya dijangka dalam jam 10.30 pagi tetapi terpaksa ditunda hingga jam 1
petang, disebabkan cuaca tidak mengizinkan untuk menggunakan helicopter.
Ketibaannya menggunakan kereta dari Miri menunjukan semangat Beliau untuk
berjumpa dengan Penduduk Long Lama sangat tinggi.
Datang untuk Majlis Penyerahan
Baju celoreng RELA di Dewan Masyarakat Long Lama, namun tujuan sebenarnya lebih
kepada berkempen. Selepas Majlis tersebut, Dato Seri terus bersolat di Masjid
Darussalam Long Lama.
Persiapan ketibaan TPM di Masjid Darussalam, Beliau makan tengahari di sini
Yang paling seronoknya
apabila Ya Salam Restaurant telah diamanahkan oleh Urusetia Penganjur Program
untuk membuat tempahan ‘Tapau’ makanan sebanyak 500 bungkus.
Jom, aku 'belanja' sedikit photo menarik berkenaan 'Tapau' ini.
Penghantaran 'tapau' ke Dewan Masyarakat
Bukan senang hendak membuat
tempahan ini, dengan kos yang besar serta perlu persiapan yang rapi. Setiap
pekerja memahami tugasan yang diberi. Dan Syukur Alhamdulillah, tempahan siap
mengikut Jadual.
No comments:
Post a Comment