Sebagai insan yang berdarah Narum, aku
terpanggil untuk membawa ‘berita’ ini. Khabar yang sungguh duka, apatahlagi,
mungkin aku generasi Narum yang terakhir yang masih fasih berbahasa/dielek Narum.
Sepengetahuan aku, dikalangan etnik ini yang di bawah umur 40 tahun sekarang, sudah tidak mempratikkan pertuturan Dielek Narum ini, cuma memahami sedikit ayat dan menjawab sepatah dua kata dalam bahasa Narum. Puak atau Etnik ini cuma ada di Kampung Narum. Tapi kebelakangan ini, segelintirnya sudah keluar mengikut halatuju kerja masing-masing dan menjaga periuk nasi sendiri seperti aku ini. Aku sendiri masih menggunakan
Bahasa ini dalam kehidupan seharian apabila bertemu dengan sahabat
sepermainanku dan orang yang lebih tua dalam kalangan etnik ini. Masyarakat
etnik Narum juga berkongsi hampir kosakata bahasa pertuturan yang sama seperti
bahasa Jati Miriek untuk etnik Kedayan, kiput dan Bakong.
Untuk merekod setiap bilangan patah
perkataan dalam bahasa Narum ini dan diterjemahkan ke bahasa Melayu, sememangnya amat memerlukan kerja yang rapi, berkorban masa dan tenaga, punyai kepakaran, kesabaran dan "ilmu" itu tidak ada pada diri ku ini. Aku juga pernah diberitahu oleh
Ketua Kampung En Fauzi Bin Hj Hussein bahawa pernah 2 orang dari Universiti
telah merekod malah menulis berkenaan bahasa Narum ini untuk dibukukan menjadi KAMUS rujukan di kemudian hari.
Mereka tinggal menetap selama beberapa minggu di kampung untuk mendengar dan
mempelajari susunkata bahasanya, namun dipenghujung keputusannya sungguh
mengecewakan apabila Ketua Kampung sendiri mengakui bahawa KAMUS tersebut tidak
sama dan tidak selari dengan terjemahannya. Sejujurnya, aku belum melihat dan
membaca KAMUS tersebut, namun aku bagi ‘kredit’ untuk 2 orang pelajar tersebut
kerana sanggup bersusah payah untuk mengetengahkan perkara ini atau mungkin hanya sekadar untuk
memenuhkan jadual PHD mereka namun secara tidak langsung ‘berita’ ini, menjadi
daya penarik untuk dikaji semula oleh orang yang lebih rapat dan yang bijak pandai
dalam etnik Narum ini.
Untuk lebih adil, izinkan aku berkongsi artikel yang amat menarik untuk dikongsi dan sungguh berilmiah dari Borneo Oracle. Perkataan yang 'dihitamkan' adalah isi penting yang harus diambil perhatian.
Mungkin ramai yang tidak pernah mengenali
etnik ini kerana amat kurang sumber informasi mengenai mereka. Namun begitu
etnik minoriti ini sebenarnya adalah pembentuk kepada masyarakat Melayu di
Sarawak semenjak Sarawak di zaman pemerintahan 100 tahun keluarga Brooke lagi.
Ini kerana sejak dari dahulu lagi sudah menjadi dasar pentadbiran Brooke akan
mengklasifikasikan mana-mana etnik yang telah memeluk Islam akan dikategorikan
sebagai masyarakat Melayu Sarawak walaupun pada dasarnya sejarah keturunan
mereka adalah daripada etnik pribumi Sarawak itu sendiri seperti etnik-etnik
Dayak Sarawak yang mempunyai banyak sub-sub etnik yang membentuknya.
Dan kerana itulah sejarah etnik Narom ini
amat unik kerana dikatakan susur galur asal keturunan mereka adalah merupakan
pecahan kepada etnik Kenyah yang dikategorikan sebagai Kaum Orang Ulu Sarawak
sekarang. Suatu waktu dahulu mereka tinggal di rumah-rumah panjang seperti juga
etnik Kenyah dan budaya mereka juga sama dengan etnik Kenyah. Mereka juga
antara yang terkenal dengan kepahlawan di dalam Perang Ngayau iaitu perang
perluasan wilayah bagi etnik-etnik Dayak di Sarawak.
Ini dapat dibuktikan apabila di dalam sejarah
Sarawak juga mencatitkan bahawa Etnik Narom pada sekitar tahun 1899 juga
menghantar pahlawan dan perahu mereka untuk sama-sama bertanding di Regatta
Baram yang diadakan khusus untuk merayakan perjanjian perdamaian Marudi iaitu
salah satu perjanjian yang menjadi sejarah terbentuknya keamanan di kawasan
Baram suatu waktu dahulu.
Salah satu contoh artikel yang menulis berkenaan puak Narum yang menang Pertandingan Lumba Perahu
Latihan di Sungai Baram, Skuad Todak mewakili Kpg Narum
LOGO yang digunakan untuk mewakili Pasukan Narum dalam Baram Regatta 2011. Jelas tertulis
dalam huruf rumi di bawah Logo dalam bahasa Narum.
Siapa LIPAN BARAM?
Mengikut Tradescent Lay, seorang bangsa Inggeris yg menyertai rombongan lawatan ke Brunei pada tahun 1837, telah menyebut tentang Orang2 Dayak dari Baram di Brunei pada ketika itu, "....tiga buah perahu kaum Dayak yg mengandungi 70 org telah datang dari kawasan pedalaman Baram." Gelaran Lipan Baram itu mungkin mempunyai hubungan dengan pengakuan Sultan kepada rombongan Inggeris itu apabila baginda mempamerkan kekuatan kaum Dayak dari Baram itu untuk menakut2kan rombongan Inggeris dengan mengatakan "beta mempunyai 30,000 org seperti ini sedia menurut perintah , dan beta yakin Orang Putih,Inggeris, Belanda, Perancis dan Sepanyol tidak akan mampu menentang mereka? Beta tahu org2 putih mahu mengambil Borneo, tetapi beta tidak takut.....". Sultan Brunei merasa yakin akan kemampuan Brunei melawan pihak penjajah Barat itu kerana di belakang baginda adat tentera tambahannya yg terdiri dripada penduduk2 pribumi Baram.
Selain itu, Mereka juga membantu Brunei mengawal penduduk2 di wilayah2 jajahan Brunei yg berada berdekatan dengan Baram seperti Miri, Tutong, Belait dan Limbang. Seorang ketua etnik Kayan yang bernama Tamal dlm suratnya kepada Inggeris di Labuan pada tahun 1846, telah mengakui membantu Brunei menghadapi tentangan2 daripada etnik Miri, Belait, Tutong dan Bisaya. Ini adalah gambaran bagaimana pentingnya kaum pribumi (Orang Ulu) di Baram kepada Brunei dlm mengekalkan keutuhan jajahannya. Mengikut Tradescant Lay, kaum dayak yang dimaksudkan itu terdiri daripada 21 kumpulan etnik dan di antara mereka ialah Kayan, Punan, Kenawit, Siting, Bukatan, Sundaya, Dali, Baung, Tring, Kajaman, Agis, Tagar dan Narum.
sumber dari Borneo history. Maaf untuk para pembaca, saya tidak membincang dengan lebih lanjut berkenaan tentera Lipan Baram, kerana fokus entri ini lebih kepada Etnik Narum.
Pusara Legenda Orang Kaya Panglima Baling
Semakin kabur tulisan tangan di Batu Nisan
Di atas bukit di bawah pohon buluh, Pusara Legenda bersemadi aman, Sungai Karap Bakong menjadi saksi perkebumian. Terima kasih kepada teman yang sudi berkongsi photo ini terutamanya Saudara Hasran Hj Suhaili dan Saudara Sidi Bin Nie yang mengetahui selok belok perjalanan menyelusuri Sungai dan masih dapat mengecam Lokasi Perkuburan ini.
Kubur Maimunah, salah seorang anak Orang kaya Panglima Baling yang bersemadi
di Tanah Perkuburan Kpg Narum Marudi.
Diceritakan keakraban inilah ( antara pembesar Kesultanan Brunei Darussalam & Panglima Baling ) yang menjadikan ramai etnik Narom suatu masa dahulu memeluk agama Islam sehingga mereka dikategorikan sebagai Melayu Sarawak walaupun susur galur mereka adalah daripada Dayak Kenyah suatu waktu dahulu. Dan keakraban ini juga menjadikan ramai etnik Narom berpindah mendiami wilayah-wilayah persempadanan Sarawak/Brunei seperti di Tutong, Belait dan banyak lagi.
Populasi etnik Narom ini walaupun
dikategorikan sebagai etnik minoriti Sarawak namun jumlah mereka adalah lebih
kurang 6,000 orang mengikut bancian penduduk 2008. Ramai antara mereka masih
lagi mendiami daerah kecil Marudi, Baram, Sarawak dengan mempunyai perkampungan
mereka sendiri yang dinamakan Kampung Narum, Marudi.
Jika dahulu ketika masih beragama pagan,
etnik Narom tinggal di rumah-rumah panjang mereka sendiri tetapi setelah mereka
memeluk Islam mereka telah mula membina rumah-rumah tradisional yang
berkongsepkan Melayu Sarawak. Malah cara hidup mereka juga telah diasimilasikan
seperti masyarakat Melayu Sarawak seperti budaya dan warisan mereka yang
segalanya adalah berdasarkan budaya dan warisan Melayu Sarawak.
Pose istimewa anak-anak Narum sempena Lebaran Aidilfitri di perkarangan Surau At Taqwa Kpg Narum
Kpg Narum senonim dengan Hadrahnya
Rumpun bahasa bagi etnik Narom adalah
dikategorikan dari rumpun bahasa Austronesia, Malayo-Polynesian, North Borneo,
North Sarawakan, Berawan-Lower Baram, Lower Baram, Central Baram. Walaupun
segalanya sudah diasimilasikan mengikut cara hidup masyarakat Melayu Sarawak
namun satu yang masih lagi menjadi jati diri kepada etnik Narom adalah
bahasanya yang unik. Bahasa Narum masih lagi dipertuturkan sehingga ke hari ini
walaupun ada juga bahasa Melayu Sarawak yang digunapakai. Inilah jati diri
masyarakat Narom yang masih ada dan diwarisi dari satu generasi ke generasi
sehingga ke hari ini yang masih ada.
Di antara salahsatu bahasa yang terancam/akan pupus dari mukabumi
Jika dahulunya etnik Narom ramai yang
menjadi petani dan juga menjadi nelayan tempatan di sungai-sungai di kawasan
Baram namun sejajar dengan waktu ramai juga etnik Narom sudahpun menjadi antara
golongan professional baik di sektor swasta dan kerajaan di Sarawak. Penempatan
mereka di Kampung Narum, Marudi juga jika dahulunya serba serbi kekurangan
namun sekarang sudahpun mendapat kemudahan infrustruktur seperti tenaga
elektrik dan juga bekalan air bersih.
Tarikh???..Aku pun tak tahu..
Sumber photo: En. Iskandar Bin Aus |
Sumber photo: En. Iskandar Bin Aus |
Sumber photo: En. Iskandar Bin Aus |
(Klik untuk besarkan) Dalam buku ini tertulis ' cerita rakyat' berkenaan dengan kaum Narum ini. Terima kasih kepada Saudara Mohd Zairil Hashim yang sudi berkongsi screenshot gambar buku ini. |
Balairaya Kpg Narum Penghujung 90-an
Photo Balairaya yang terkini. ( atap atas atap..hehehe )
Inilah sekelumit ruang informasi tentang keunikan satu lagi etnik di Sarawak yang dikenali sebagai Etnik Narom, Sarawak, Borneo. Mereka merupakan antara etnik yang membentuk masyarakat Melayu Sarawak sejak di zaman pemerintahan Brooke lagi. Kenali mereka kerana mereka juga anak Sarawak, Bangsa Sarawak.
Ini adalah senarai setiap pecahan etnik dalam
Sarawak, Narum di No.46. Di sini jelas bahawa Etnik Narum diiktiraf
kewujudannya.
1.Iban (everywhere)
2.Balau (SriAman,Lingga,Banting,Kuching)
3.Skrang (Betong area)
4.UluAi (Lubok Antu,Batang Ai)
5.Melikin (Balai Ringin)
6.Remun (Serian-BalaiRingin)
7.Sebuyau (Kuching,Lundu,AsaJaya)
8.Bidayuh (Kuching Division)
9.Jagoi (Bau,Krokong,Lundu)
10.Bisingai (Singai area)
11.Bibukar (Bukar area,Taee,Tarat)
12.Biatah (Siburan area,Benuk,Borneo Height)
13.Bianah (Padawan,Borneo Height)
14.Saadong (Serian)
15.Mentu (Mongkos,BunanGega)
16.Melanau (Mukah,Dalat,Matu,Daro)
17.Seduan (Sg Merah,KpgNangka,Sibu)
18.Belawai-Rejang (Belawai)
19.Tanjong (Kanowit,Belaga)
20.Kanowit (Kanowit,Rajang)
21.Kejaman (Belaga)
22.Lahanan (Pelagus)
23.Sekapan (Pelagus)
24.Sihan (Belaga)
25.Lisum (Belaga)
26.Kayan (Baram,Belaga,Tubau)
27.Kenyah (Baram,Belaga,SgAsap,Bakun)
28.Kelabit (Bareo,Ramudu)
29.Tringgus(KpgTringgus,Semban,BorneoHeight
30.Selakau(Lundu,Biawak,Sematan Area )
31.Rara (Biawak)
32.Tatau (Ulu Tatau)
33.Kedayan (Bekenu,Beraya,Limbang,Lawas)
34.Bisaya (Batu Danau,Limbang)
35.Lun Bawang(Bakelalan,Lawas,Limbang)
36.Saban (Long Banga)
37.Tagal (Trusan,Merapok)
38.Tabun (Mendamit)
39.Baketan (Batang Ai(extinct),Ulu Kakus)
40.Ukit (Pelagus,Belaga,Btg Rajang)
41.Penan (Baram,Balui,Belaga)
42.Punan (Belaga,Pelagus)
43.Penan Sua (Suai,Niah)
44.Jati Miriek (Bakam,Miri,Lutong)
45.Lakiput (LongKiput,Marudi)
46.Narum (Marudi)
48.Memaloh (Kapit,LubokAntu,Katibas)
49.Buket (Ulu Belaga)
50.Melayu Serawak (Kuching,Samarahan,Simunjan)
51.Melayu Kalaka (Pusa,Kabong,Seratok)
52.Bugis (Jemukan,SadongJaya)
53.Jawa (Kolong Matang,Kpg Sri Arjuna bt12)
54.Chinese (Everywhere)
55.Lugat (Ulu Belaga)
56.Seru (extinct)(was in Seratok,Kalaka)
57.Undu (extinct)(was in Lundu)
58.Seping (Ulu Belaga)
59. Ngorek (Long Sembiyang,Baram)
60.Berawan (Loagan Bunut,LongTerawan)
61.Kenyah Badeng (Ulu Belaga,LongBusang)
62.Bintulu (Jepak)
63.Segan (ulu Segan,Bintulu)
Namun ada sesuatu yang amat perit untuk
diceritakan dan amat pedih untuk dihuraikan, bahawa generasi seterusnya pasti
akan hilang ketulenan Narum ini. Generasi ‘kehilangan jati diri Narum' yang
dimaksudkan adalah generasi kini, yang sezaman anak-anak aku sendiri. Yang tidak faham
bahasanya apatahlagi bercakap dalam pertuturan seharian. Malu juga hendak mengetengahkan entri ini, sebab TIADA SATU pun usaha dari aku sendiri untuk mengekalkan keaslian Narum yang tercinta ini.
Salam sejahtera, boleh saya berhubung dengan Encik keran mahu bertanya tentang Persatuan Narum Jatii Marudi Baram. Ni no. Telefon 0128524357.
ReplyDeleteSaya ingin mencari beberapa maklumat tentang Persatuan tu dan ingin tahu siapa Pengasas bagi Persatuan ni.
ReplyDeleteHarap dapat memberi kerjasama
ReplyDelete