Translate

Friday, 13 May 2016

Halalkan makan minum kami, duhai Long Aton

Sempena PRN Sarawak yang ke - 11, aku sekali lagi menyumbangkan kudrat untuk menjadi petugas SPR dan lokasi seterusnya adalah Long Aton. Ini adalah kali yang ke- 5 aku bertugas sebagai KERANI PENGUNDI selepas Long Anap, Long Bemang, SJKC Chong Hua Marudi dan Bakong.

Long Aton sejajar dalam Sungai Tinjar. Difahamkan perjalanan melalui darat dari Miri ke Long Aton memakan masa selama 5 jam dan melalui sungai dari Long Aton ke Marudi mengambil masa setengah hari perjalanan. Maka, pilihan terbaik adalah menaiki Helikopter. Pasukan kami sepatutnya bertolak jam 9 pagi tapi terlewat 3 jam dari jadual asal, membuatkan perut berkeroncong menanti helikopter dari Miri. Penerbangan yang cuma mengambil masa selama 45 minit  dari airport Marudi ke Long Aton. 'Pilot' dari Italy bernama Mr. Stephen.

Berselfie sebelum berangkat..Nait bilon ya bah..apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya
 ada kenangan terakhir..hehehehe


Pasukan kami disambut mesra oleh warga pendidik di SK Long Aton. Kami disediakan tempat penginapan yang selesa dan jamuan. Kali ini yang paling 'best' sepanjang menjadi petugas SPR. Semuanya telah disediakan. Teringat kata-kata Cikgu Lauren ( guru di Long Aton )

"kami akan menyambut dengan penuh mesra setiap pengunjung selagi mereka mempunyai 'hubungan' dengan pihak sekolah demi menjaga nama & reputasi sekolah"...


Pemandangan pertama dari udara


Kita yang sudah biasa dengan persekitaran yang sibuk di bandar, apabila 'diletakkan' dalam suasana begini iaitu di Long Aton yang tenang, damai dan tenteram, terasa masa terlalu lambat. Syukur juga tinggal di kawasan Sekolah yang disediakan kemudahan Wifi. Sekadar untuk bermesej bertanya khabar orang tersayang di luar sana, pun sudah memadai mengunakan aplikasi whatsapp. Biarpun tidak dapat mengirim gambar, jauh lagi membuka akaun Facebook disebabkan Line wifinya lemah.

Sempat juga aku menjengguk sebentar rumah panjang yang rata-ratanya dihuni warga tua, Persekitaran yang bersih dan hadapan rumah panjang tersebut ada kawasan yang luas ( seperti padang bolasepak ). Diceritakan, padang ini akan penuh dengan aktiviti apabila musim perayaan Krismas.




Kawasan rumah Long Aton ini tidak dapat dimasuki kereta. Jalan atau laluan dari Pekan Lapok cuma sampai di seberang kampung sahaja. Penghuninya terpaksa menaiki sampan untuk menyeberangi sungai maka 'parking lot' kereta mereka cuma di seberang kampung. Dikatakan dulu ada Jambatan namun telah roboh dalam tahun 2014. Gerejanya cuma ada satu iaitu dalam aliran RC.




Air yang disalurkan ke setiap rumah dalam kawasan Sekolah ini datangnya dari air batu atas banjaran Dulit. Sejuk airnya seperti kita mandi dengan air yang telah direndam dengan ais sebaldi terutama mandi di awal pagi. Jurus air di kaki, terasa reflek sejuknya menikam ke otak.

Pemandangan yang paling indah, diwarnai oleh Banjaran Dulit dan di sebelah banjaran itu adalah Belaga


Fokus di dalam petak merah

Tidak adil juga andai aku tidak menulis berkenaan Sekolah Rendah Long Aton ini sedangkan aku tidur selama 2 malam di sana. Namun sebenarnya terlalu sukar untukku gambarkan dengan kata-kata tentang kebaikan dan layanan kelas A yang warga pendidik di sana beri kepada kami Petugas SPR tidak dapat dibalas kalau sekadar dengan kata-kata ucapan terima kasih. Kawasan Sekolah yang selesa beserta sambutan yang ceria membuatkan aku terlupa  untuk meminta izin agar dihalalkan makan minum kami sepanjang menginap di SK Long Aton sewaktu tergesa-gesa menaiki helikopter untuk balik Marudi.




Bantuan anda telah memberi kesan dihati. Aku mempelajari sesuatu dari Long Aton. Buat baik, beri bantuan semampunya, bukan setakat nama dan reputasi meningkat malah budi kita akan dikenang orang sepanjang masa.

Banyak lagi photo-photo yang menarik aku ambil sewaktu 2 malam 3 hari berkampung di sana. Namun biarlah ianya menjadi arkib berharga aku sendiri.





No comments:

Post a Comment