Nurkilan kali ini telah diubahsemula dari Facebook aku sendiri untuk dimuatkan ke dalam entri kali ini.
Sepanjang perjalanan balik dari kelas kokurikulum petang tadi, anakku bising merungut minta air. Tadi aku terlupa nak sediakan duit belanja, leka membaca 'koran' pasal nitizen mengeluh berkenaan GST yang memang membebankan. Rungutannya berpanjangan sampai ke rumah..biasa la, budak 10 tahun. Aku tersenyum saja, apabila dia mengadu dengan emaknya sekali..

Dulu, sebaya seusia itu, selepas penat bermain petang (Sekolah dulu jarang ada kokurikulum petang)..nak balik rumah terasa jauh. Lopak air la jadi sasaran santapan tekak yang haus, ditambah lagi makan mee maggi kari 'mantak' dgn harga Rm50 sen sebungkus, memang lidah meletop mencari air.
Gambar ehsan dari Internet
Aku selalunya cuma meranggong macam biawak sambil mulut terus ke air. Tapi teman yang lain terus tiarap, hingga hidung pun 'tersedut' air..siap ada bunyi lagi tu...hummmmmmppppppp..
Bukan setakat kumuh, tapi terus telan. Rempah kari bercampur air lopak kuning dah sebati sebaya usia muda waktu itu.
Bukan setakat kumuh, tapi terus telan. Rempah kari bercampur air lopak kuning dah sebati sebaya usia muda waktu itu.
Gambar ehsan dari Internet
Ikhtiar hidup zaman dulu dan kini jauh bezanya. Ilmu hidup dipelajari secara pratikal, memerah otak yang tersembunyinya akal...
No comments:
Post a Comment