Bercerita berkenaan Politik dalam Tanahair ini untuk PRU14,
aku lebih tertarik untuk memerhati pergolakkan mempertahankan kedudukan Adun Marudi N76 yang disandang oleh Y.B Dato Syvester
Entri Ak Muran lagipun aku memang asal dari sana. Ada sebahagian tulisanku
lebih ke arah Fenomena Politik di Marudi. Klik di sini.http://ulatmulongitam.blogspot.my/2015/06/mampukah-si-dia-merampas-marudi.html
Kali ini aku nak sentuh berkenaan salah seorang lagi Y.B yang terserlah “temberang’nya semakin mengembang. Ibarat Kudis bisul yang semakin teruk, sakit dan bengkak bernanah. Aku sertakan ‘data’ bergambar agar Kronologi sejarah krisis ini dapat difahami.
Bagi pemerhati Politik tanahair khususnya Politik Sarawak,
kita sedia maklum bahawa, beliau ini merupakan bekas Presiden Parti SPDP namun telah
meletak jawatan dalam Tahun 2014 dan masuk ke sebuah Parti Baru ( TERAS ) yang belum pernah pun
mengikuti Pilihanraya Umum. Apabila Tan Sri Dato Patinggi Adenan Haji Satem
mengumumkan untuk meletakkan ‘Calon langsung BN’ ditempat yang bermasalah dan
salah satu tempat yang bermasalah kedudukan Calon Adunnya adalah Pakan tempat
Y.B Dato William Mawan.
Dia sendiri mengakui, bilangan ahli Parti TERAS telah mencecah lebih 50,000 orang. Tapi, apabila pengumum dari Ketua Menteri untuk meletakan Calon Langsung BN, tanpa berfikir panjang, beliau ( Y. B ) tersebut telah mengeluarkan "statement" untuk keluar Parti TERAS yang beliau sendiri selaku Presidennya.
Di dalam Petak Merah itu, sudah jelas apabila Presiden BN Negeri mengingatkan bahawa sesiapa yang dipilih menjadi Calon Langsung BN mesti dan harus keluar dari Parti Politik yang sediada disandang.
.
Layakkah seorang yang diangkat menjadi Pemimpin bersikap begitu? Melompat parti, tiada pendirian langsung malah 'sifar' Intergriti atau boleh dikatakan sebagai Pengkhianat terhadap Parti dengan sanggup meninggalkan lebih 50,000 orang ahlinya. Baik letak jawatan sebelum PRU14 ini berundur dengan cara begitu, ianya penuh bermaruah daripada mengkhianati Parti yang diterajui sendiri, bukan kali pertama tapi sudah kali ke dua dan tidak mustahil untuk kali ke tiga serta seterusnya.
No comments:
Post a Comment