Translate

Sunday, 27 September 2015

Takbir Raya Aidiladha di Long Lama

Tahun 2015, aidiladha jatuh bertepatan pada tarikh sekolah bercuti. Sahabat guru yang sering menjadi Imam semuanya balik ke kampung untuk kali ini.

‘ Dah 4 tahun tak balik raya aji ne ’

Teringat kata-kata seorang sahabat guruku sewaktu minum petang  selepas balik kerja.

Seingat aku, sudah nak masuk 13 tahun aku di Long Lama, aku cuma pernah sambut Raya Haji dua kali  termasuk yang kali ini di sini. Walaupun setakat Raya Haji, tapi apabila mendengar Takbir di Radio atau tv terasa ada sesuatu yang menendang dada. Hati kecut sayu untuk seketika dan dalam beberapa minitnya baru kembali ke normal semula. Syahdu nyeeeeeeeeee.




Solat Aidiladha dipimpin oleh Saudara Adong ( aku tak tahu nama betulnya) orang Indonesia telah lama bermastautin di sini. Teks Khutbah telah di print dari laman web Rasmi JAIS hasil usaha En. Bolkan selaku penyelaras Masjid Darusalam Long Lama.





Untuk hari tersebut, kita telah menumbangkan seekor sapi dan hari seterusnya akan menumbang 2 ekor lagi.



Yang menariknya program korban di sini, ianya melibatkan pelbagai kaum, sahabat dari Indonesia, cikgu dari Malaya dan melayu borneo, kami dapat bersama bergumpul mengangkat melapah menyelesaikan ibadat korban ini. Syukur Alhamdulillah.


Lawatan bersejarah dari Persatuan Imam bahagian Miri

Bertarikh 16 september sempena sambutan HARI MALAYSIA, satu rombongan dari Miri yang diketuai oleh En. Ali Abdul Rahman@Pakcik Ali  selaku Pengerusi Imam Bahagian  Miri telah hadir untuk julung kalinya ke Masjid Darusalam Long Lama. Rata-rata yang hadir semuanya yang sudah berpencen, maklum la...Tuan Imam.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan perpaduan dan kerjasama di antara kita kalangan penganut Islam.

Kehadiran sebegini amat dinantikan oleh kami yang jauh di jeruk rantau. Dengan bermula jam 11.30 pagi ( masa ketibaan ) hingga 2.30 petang ( masa berangkat balik ).

Kalau difikirkan, program sebegini seumpama ‘melepas batuk ditangga’.  Tak sampai 3 jam, rombongan ini mula berangkat balik. Dengan tentatif program dimulakan Selepas zohor ada tazkirah dari Peg. JAKIM dan pemberian sumbangan berupa buku agama khasnya untuk Saudara baru dan amnya untuk tatapan para jemaah di sini dan sedikit wang untuk membantu menyelengaraan kerja bulanan Masjid.


En. Ali Abdul Rahman@Pakcik Ali  selaku Pengerusi Imam Bahagian  Miri ( berdiri )


Tazkirah dari Peg. JAKIM Bahg. Miri, Asal Orang Nogori sembilan


Majlis sumbangan derma & cenderahati yang diterima En. Bolkan ( Baju Merah )selaku wakil kami di sini




Namun syukur juga, diatas kesanggupan para rombongan untuk hadir menyaksikan kelemahan serta kekurangan kami disini. Sempat juga aku berbisik dengan Peg. JAKIM untuk membuat program khusus untuk saudara baru yang semakin ramai di ‘desa sepi’ ini.


Friday, 25 September 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU

Lama sudah tidak ‘update’ blog. Terlalu sibuk dengan tugasan yang semuanya perlu disegerakan. Banyak yang tak sempat aku isi dalam entri kali ini, namun akan ku buat secara perlahan-lahan dan berperingkat.

Kali ini Majlis ‘nasi minyak’ diutamakan dalam blog ini. Majlis Persandingan Adik isteriku di Dewan Suarah Marudi. Sungguh meriah diitambahkan lagi 80 peratus persiapan Majlis ini telah diuruskan aku dan isteriku sendiri.

Proses mengambil umbut nyiur dan dapat 5 batang kesemuanya


Penyembelihan sapi di kebun Majikan Pak Mertua


Majlis Marhaban dan Doa selamat


Persediaan menyusun meja, kerusi, pinggan mangkuk & pelamin di Dewan Suarah



Pelamin Raja Sehari



Dari membeli bahan menu Jamuan, pemilihan jemputan, pelamin, lokasi persandingan hingga tentatif program Majlis disediakan dan harus difikirkan. Ditambahkan lagi tekanan apabila tetamu terhormat adalah Y.B En Dennis Ngau Adun N.67 Telang Usan beserta rombongan  hadir ke Majlis ini. Aku mesti memastikan setiap detik dan masa Majlis tersebut berjalan seperti yang di rangka dan syukur segalanya Berjaya.




Dengan bantuan dari sanak-saudara dan sahabat handai, dengan kerjasama dari jurumekap, juruteknik PA System, Penghias pelamin dan tukang masakan yang berkaliber. Majlis ini sungguh sempurna dan success.


Keluarga sebelah pengantin perempuan



 keluarga sebelah pengantin Lelaki


Memang penat memikirkan segala persiapan tersebut. Namun kepenatan itu berbaloi apabila terukir senyuman di bibir Pak Mertua.




Salam Raja Sehari , didoakan bahagia hingga ke jannah dan dimurahkan rezeki datang dari segenap arah.



Monday, 24 August 2015

Perkauman boleh dielakkan dengan mansuhkan Vernacular.

Melalui hidup yang dikelilingi non muslim di Long lama, aku mesti mempunyai sifat yang sentiasa peka dan berwaspada kerana bilangan yang minority seperti aku ini akan diperhati dan dinilai dari segi   tindakan serta tingkahlaku. Akhlak yang baik dengan tuturkata yang sopan dan berbudi mulia akan membuatkan orang suka pada kita khususnya dan akan tertarik pada agama kita amnya. Kita juga secara tidak langsung menjadi DUTA untuk ‘melayu & Islam ‘ yang tidak dilantik melalui surat rasmi.

3 Malam di Kampung Long Laput untuk pemilihan MSSR zon baram tengah ( Angah sorang je Muslim )


Hari terakhir berada di Tahun 6 Sk Ubong Imang ( Along sorang je Muslim )

Terimbas saat aku menempuh permulaan hidup ini, di mana pergaulan rakan sekampung, mengaji, berzanji marhaban, hadrah dan alam mula persekolahan di SK Dato Sharif Hamid dikelilingi cuma saudara seagama. Sebab itu, setiap kali kami balik melawat kampung di Lapok kawasan Tinjar, aku rasa keberatan untuk pergi kerana cara budaya amat berlainan. Apabila masuk ke alam persekolahan sebenar di SMK Marudi, dengan kaum cina, kayan, kenyah,penan, Iban ( aku dah biasa ) hatta Melayu Kampung Benawa, Lubuk Nibong dan Padang kerbau kerana cara dan bahasa yang berlainan, aku hanyut seketika dalam senario  ‘kejutan budaya’. Lama-kelamaan, aku dapat menyesuaikan diri malah ada beberapa sahabat yang bukan seagama dan bukan sebahasa dengan aku, mereka masih juga aku hubungi. Experimen pergaulan dari peringkat permulaan amat diperlukan untuk mengelakkan sifat perkauman. Aku ‘belajar’ dari pengalaman yang lepas dan aku jadikan sebagai rujukan serta pedoman. Namun itu cerita 30 tahun lepas.




Sukaneka Tabika ( Adol sorang je Muslim )


Menyambut harijadi dalam kelas ( Abang sorang je Muslim )


Kini, anak aku pula yang tengah melalui proses yang sama, tapi mereka lebih awal lagi menghadapi situasi tersebut. Dari peringkat sekolah rendah lagi. Syukur mereka sudah ada buku panduan dari seorang ‘MENTOR’ untuk menyelinap dan bermastautin dalam Masyarakat yang berbilang suku kaum, budaya dan agama.


Perpaduan nasional tidak akan tertegak jika generasi akan datang seawal persekolahan tidak bercampur gaul, tidak memahami budaya, batasan agama dan tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Negara, iaitu bahasa Melayu@bahasa Malaysia. Ubah cara system pendidikan kita, maka berubah juga cara fikir dan pembawaan watak anak generasi kita agar saling sayang-menyayangi dan hormat-menghormati.

Monday, 17 August 2015

Mencari Tong Gas di Pekan Lapok


Apabila diberitahu bahawa Long Lama tiada stok Tong Gas untuk dua hari di atas sebab yang kurang aku fahami dan ditambahkan lagi 5 Tong Gas kedai ku habis diwaktu yang sama, maka aku terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari pengantinya agar Operasi kedaiku berjalan seperti biasa.

Pilihan yang ada cuma Pekan Lapuk kerana pekan itu yang paling hampir dengan Pekan Long Lama. Aku yang sering  turun ke Miri, akan melalui Pekan ini namun aku jarang singgah kerana Pasarnya bukan di tepi jalan utama. 

Pekan Lapok dari sudut atas Jambatan merentasi sungai Tinjar


Dermaga dan pelabuhan Pekan Lapok yang sudah dinaiktaraf


Pekan yang belum dimasuki bekalan elektrik dan air 24 jam.

Stor sebelah kanan (dinding zink) tempat genset kuasa diesel untuk bekalan elektrik


Pekan Lapok ini sebenarnya mempunyai sentimental value untuk diriku. Sewaktu di zaman sekolah dulu, awal 80-an rasanya, setiap musim Gawai atau Krismas, aku akan singgah sebentar di Pekan Lapok ini setelah 5 Jam perjalanan menaiki Boat express dari Marudi melalui sungai Tinjar.

Teringat arwah Bapa dan emak berangkut beg baju dan barang yang lain, seperti pemandangan biasa  di terminal express atau terminal Bas sempena cuti perayaan apabila satu keluarga yang banyak anak balik kampung untuk bercuti. Aku yang baru berumur dalam 9 tahun masih terbayang betapa Pekan Lapok dulu kotor, masih kedai kayu, anjing malah ada anak babi berkeliaran di sekitar Pekannya dulu. Dalam jam 2 petang baru sampai Bas dari Miri ke Pekan Lapok. Menaiki Bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Rumah Panjang Arwah Bapa ( My father is Iban ) mengambil masa 30 minit perjalanan. Bas yang tiada Penghawa dingin. Dengan ‘manuk’ sabung juga salah satu penumpangnya, maklum saja la, musim perayaan. 

Maka pekan Lapok ini bukan asing bagi diriku.

Setelah selesai berurusan dengan tauke Tong Gas di Pekan Lapok, aku sempat mengambil beberapa pose menarik Pekan Lapok yang berwajah baru untuk dikongsi bersama.





Lalui jalan kaki ke Dermaga atau jeti Boat express


Pasar Tamu dan basah 


Di atas jambatan Lapok

Pekan Lapok kini sudah mempunyai SMK Tinjar dan akan didirikan juga Balai Polis untuk keselamatan dan ketenteraman pekan ini. Apabila elektrik dan air sudah ada di sini nanti, aku yakin perkembangan pembangunan infrastukur pekan ini akan laju dan maju.


Friday, 7 August 2015

Singgah sebentar di Rainforest Resort, Miri

Sudah lama wujudnya Borneo tropical Rainforest Resort ini, setiap minggu aku ke Bandar Miri akan ku lalui tempat ini dan setiap kali “melimpas” tempat ini memang ada terdetik di hati untuk singgah dan menjengguk sekejap ke dalam Resort tersebut, tapi masa sering menghalang niat di hati.

Apabila ada cuti umum bersambung dengan sabtuday dan mingguday, aku terus merangka perjalanan. Berpandukan Pakcik guard Google, aku “bertanya” berkenaan tiket yang harus di bayar untuk masuk ke sempadan pintu gerbangnya. Perghhhhh, ada keluar bara api juga nilai untuk pengunjung sekepala. Namun yang bagusnya, disediakan pakej berdasarkan tempoh lawatan beserta di sediakan juga makan minum.



Kali ini, aku berniat nak masuk dan tengok dulu apa kemudahan dalam resort ini. Insyaallah, ada rezeki dan umur yang panjang, baru merancang untuk menginap, mandi manda dan penuhi segala aktivitinya.

Mengambil pakej untuk lawatan dari jam 2 petang, kami sekeluarga di bawa naik keretapi tayar getah. Berpusing sekitar resort, duduk berperahu memberi makan ikan, bersembang dengan si  Burung Merak kayangan, kambing, itik, angsa, arnab hatta ‘manuk’. Berjalan meniti titian kayu jati sambil wajah basah di sapa titisan air terjun yang ditujui.













Sukar untuk di gambarkan dalam kata-kata. Ianya bagaikan terasa berada di dalam kawasan kampung dalam era lewat 70-an. “fill”nya, seperti…....naluri yang pernah melihat situasi di mana:

di kepala tangga rumah orang lama dahulu, masih ada tempayan pendek untuk mencuci kaki bagi pengunjung hendak naik ke rumah, 

Nenek dan makcik terbongkok-bongkok mengosok baju di lantin sungai. 

“LANTIN” dalam bahasa kampung, adalah jeti di sungai. Dulu setiap rumah kampung, pasti ada “lantin” yang di buat dari batang kayu balak besar di ambil sewaktu kayu tersebut hanyut dari hulu sungai. Dulu, aktiviti kehidupan banyak dihabiskan di tebing sungai, ada yang membuat perahu, menjala, memancing malah bertanam jagung atau sayur di tebingan sungai. Seandainya terlihat batang balak hanyut dari hulu, maka sibuk Si gundol@Nizam sepupuku, menghidupkan enjin dengan kekuatan 2 kuasa kuda bersama membawa besi paku besar @stipol dengan fungsinya tempat untuk mengikat balak tersebut sewaktu menariknya ke tebing sungai. Kegunaan lantin ini untuk mandi, bercuci baju dan di atas lantin ini di buat satu bilik kecil untuk melepaskan hajat.

ataupun Fill-nya juga seperti sayu-sayu terdengar suara budak kecil mengaji sewaktu maghrib menjelang tiba. Suasana itu, cuma ada sewaktu kita berada di kampung dalam era lewat 70-an.

Tenang dan damai..









'Timeout" sekejap


Yang menganggu “ketenangan kampung ini”, apabila ada wujudnya kuda.  Aku yang dilahirkan, bergerak, berjalan, belajar di sekolah dalam kampung, mengaji di rumah Hajjah Mariam di tepi Surau kampung , bermain lastik, guli, layang-layang, takraw di kawasan kampung, bersolat di surau dalam kampung, Tak pernah melihat bayang-bayang seekor kuda di kampung , apatah lagi kuda yang tercunggap-cunggap mengunyah rumput depan mata ini. Kuda ini yang menganggu suasana epik dan irama harmoni dalam jiwa ini.



Kesian dengan isteriku yang terpaksa berjalan menggunakan higheel 3 inci masuk ke hutan..hehehe.. Dah namanya tiada “plan” menginap. Cuma nak tengok sekejap, tak sempat bawa lebihan kasut sukan. Kredit untuk si dia dan kredit juga untuk anak-anak ku yang bagaikan Rusa masuk kampung lagaknya, melompat girang berlari di titi kayu, berebut bekas plastic berbentuk cawan untuk memberi makan ikan, teruja melihat gelongsor tinggi berwarna warni dan banyak lagi.




Masih mahu menjengok ke Rainforest resort  lagi?????...Jawapannya pasti mahu !!!!!

kerana aku masih berhutang dengan diriku..Teringin hendak mandi terjun ala-ala tarzan..kerana perkara itu pernah aku buat 25 tahun dahulu.


"gift" yang menarik minat hatiku


Wednesday, 5 August 2015

Ke Mukah kerana Konvensyen Kelab inovasif & kreatif

Berbulan persediaan untuk konvensyen KIK peringkat PBT Sarawak dan hari yang di tunggu kini menjelma. Persediaan yang melibatkan latihan bersama ahli kumpulan  membuatkan aku sentiasa sibuk di bulan Ramadhan al maklum la, aku di Long Lama dan pusat latihan di Marudi. Saban minggu turun naik dibuatnya. Kesian dengan Isteri, yang terpaksa keseorangan melayan karenah anak-anak yang malas nak bangun bersahur.

Diangotai  sebanyak 10 ahli, kami bergerak menggunakan 3 biji pacuan 4x4. Mengambil masa selama 5 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan di temani lagu Raya, terasa syahdu mendayu-dayu.

Perkarangan Kingwood Resort, tengah memunggah beg dan peralatan KIK


Pemandangan dari Balkoni bilik 


Pengalaman yang baru untuk diriku, masih terasa kaku apabila terkena aura Konvensyen KIK ini. Sambutan, layanan di luar kebiasaan. Aku cuma mampu mengikut aliran arusnya agar aku tidak terasa janggal untuk kali yang pertama ini. 5 hari 4 malam berkampung di Kingwood resort Mukah.

Bilik konvensyen KIK peringkat PBT Sarawak

Namun ucapan terima kasih kepada sahabat sepejabatku En. Nazir, orang asal Mukah. Dia yang banyak membawa kami bersiar-siar di sekitar Bandar Mukah. Memperkenalkan identiti Mukah menonjolkan sesuatu yang tersembunyi.

Sempat berjemaah solat Jumaat di Masjid besar setia Raja.

Gambar dari Internet

Mukah sinonim dengan sagu dan Ulat mulong. Tidak kurang juga hasil laut yang segar terus di jual di pasar basah.

 Sagu


 Aku dengan kelembutan ulat mulong


TIBAU adalah salah satu permainan tradisional masyarakat Melanau, namun kami tidak ber-kesampaian untuk bergayut di Tibau tersebut disebabkan talinya telah di potong mungkin bertujuan untuk keselamatan pengunjung dan Tibau ini cuma ada di Tapak pesta Kaul, Mukah.


Pose bergaya berbaju seragam


Aku yang lebih 10 hari meninggalkan ahli keluarga ( termasuk masa latihan di Marudi ) terasa teramat rindu untuk balik ke rumah di tambahkan lagi masih di bulan syawal ini. Sebelum berangkat balik, aku tanamkan tekad untuk datang lagi ke Mukah dan tidur di salah satu hotel di bandarnya bersama ahli keluarga ku nanti. Bukan disebabkan aku sudah tahu jalan ke sana atau masih banyak barang yang belum sempat dibeli. Tapi disebabkan aku tidak puas “beloyar” dengan sahabat yang cukup lama aku tidak bertemu yang cuma dapat berjumpa pada malam terakhir aku di sana. Aku yang sibuk dengan KIK dan beliau pula sibuk dengan kerjanya menganggu masa untuk mengatur pertemuan.




Bak kata Arnold dalam filem Terminator..” I’II be back”…