Berbulan
persediaan untuk konvensyen KIK peringkat PBT Sarawak dan hari yang di tunggu
kini menjelma. Persediaan yang melibatkan latihan bersama ahli kumpulan membuatkan aku sentiasa sibuk di bulan Ramadhan
al maklum la, aku di Long Lama dan pusat latihan di Marudi. Saban minggu turun
naik dibuatnya. Kesian dengan Isteri, yang terpaksa keseorangan melayan karenah
anak-anak yang malas nak bangun bersahur.
Diangotai sebanyak 10 ahli, kami bergerak menggunakan 3 biji pacuan 4x4. Mengambil masa selama 5 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan di temani lagu Raya, terasa syahdu mendayu-dayu.
Perkarangan Kingwood Resort, tengah memunggah beg dan peralatan KIK
Pemandangan dari Balkoni bilik
Pengalaman yang baru untuk diriku, masih terasa kaku apabila terkena aura
Konvensyen KIK ini. Sambutan, layanan di luar kebiasaan. Aku cuma mampu
mengikut aliran arusnya agar aku tidak terasa janggal untuk kali yang pertama
ini. 5 hari 4 malam berkampung di Kingwood resort Mukah.
Bilik konvensyen KIK peringkat PBT Sarawak
Namun ucapan terima kasih kepada sahabat sepejabatku En. Nazir, orang asal
Mukah. Dia yang banyak membawa kami bersiar-siar di sekitar Bandar Mukah.
Memperkenalkan identiti Mukah menonjolkan sesuatu yang tersembunyi.
Sempat berjemaah solat Jumaat di Masjid besar setia Raja.
Gambar dari Internet
Mukah sinonim dengan sagu dan Ulat mulong. Tidak kurang juga hasil laut yang segar terus di jual di pasar basah.
Sagu
Aku dengan kelembutan ulat mulong
TIBAU adalah salah satu permainan tradisional masyarakat Melanau, namun kami tidak ber-kesampaian untuk bergayut di Tibau tersebut disebabkan talinya telah di potong mungkin bertujuan untuk keselamatan pengunjung dan Tibau ini cuma ada di Tapak pesta Kaul, Mukah.
Pose bergaya berbaju seragam
Aku yang lebih 10 hari meninggalkan ahli keluarga ( termasuk masa latihan di
Marudi ) terasa teramat rindu untuk balik ke rumah di tambahkan lagi masih di
bulan syawal ini. Sebelum berangkat balik, aku tanamkan tekad untuk datang lagi
ke Mukah dan tidur di salah satu hotel di bandarnya bersama ahli keluarga ku
nanti. Bukan disebabkan aku sudah tahu jalan ke sana atau masih banyak barang
yang belum sempat dibeli. Tapi disebabkan aku tidak puas “beloyar” dengan
sahabat yang cukup lama aku tidak bertemu yang cuma dapat berjumpa pada malam
terakhir aku di sana. Aku yang sibuk dengan KIK dan beliau pula sibuk dengan
kerjanya menganggu masa untuk mengatur pertemuan.
Bak kata Arnold dalam filem Terminator..” I’II be back”…
No comments:
Post a Comment