Apabila diberitahu bahawa Long Lama tiada stok Tong Gas untuk dua hari di atas
sebab yang kurang aku fahami dan ditambahkan lagi 5 Tong Gas kedai ku habis
diwaktu yang sama, maka aku terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari
pengantinya agar Operasi kedaiku berjalan seperti biasa.
Pilihan yang ada cuma Pekan Lapuk kerana pekan itu yang paling hampir dengan
Pekan Long Lama. Aku yang sering turun
ke Miri, akan melalui Pekan ini namun aku jarang singgah kerana Pasarnya bukan
di tepi jalan utama.
Pekan Lapok dari sudut atas Jambatan merentasi sungai Tinjar
Dermaga dan pelabuhan Pekan Lapok yang sudah dinaiktaraf
Stor sebelah kanan (dinding zink) tempat genset kuasa diesel untuk bekalan elektrik
Pekan Lapok ini sebenarnya mempunyai sentimental value untuk diriku. Sewaktu
di zaman sekolah dulu, awal 80-an rasanya, setiap musim Gawai atau Krismas, aku
akan singgah sebentar di Pekan Lapok ini setelah 5 Jam perjalanan menaiki Boat
express dari Marudi melalui sungai Tinjar.
Teringat arwah Bapa dan emak berangkut beg baju dan barang yang lain, seperti
pemandangan biasa di terminal express
atau terminal Bas sempena cuti perayaan apabila satu keluarga yang banyak anak
balik kampung untuk bercuti. Aku yang baru berumur dalam 9 tahun masih
terbayang betapa Pekan Lapok dulu kotor, masih kedai kayu, anjing malah ada
anak babi berkeliaran di sekitar Pekannya dulu. Dalam jam 2 petang baru sampai Bas dari Miri ke Pekan Lapok. Menaiki Bas untuk
ke destinasi seterusnya iaitu Rumah Panjang Arwah Bapa ( My father is Iban ) mengambil masa 30 minit perjalanan. Bas yang
tiada Penghawa dingin. Dengan ‘manuk’ sabung juga salah satu penumpangnya,
maklum saja la, musim perayaan.
Maka pekan Lapok ini bukan asing bagi diriku.
Setelah selesai berurusan dengan tauke Tong Gas di Pekan Lapok, aku sempat
mengambil beberapa pose menarik Pekan Lapok yang berwajah baru untuk dikongsi bersama.
Lalui jalan kaki ke Dermaga atau jeti Boat express
Pasar Tamu dan basah
Di atas jambatan Lapok
Pekan Lapok kini sudah mempunyai SMK Tinjar dan akan didirikan juga Balai Polis untuk keselamatan dan ketenteraman pekan ini. Apabila elektrik dan air sudah ada di sini nanti, aku yakin perkembangan pembangunan infrastukur pekan ini akan laju dan maju.
No comments:
Post a Comment