Sudah lama wujudnya Borneo tropical Rainforest Resort ini,
setiap minggu aku ke Bandar Miri akan ku lalui tempat ini dan setiap kali “melimpas”
tempat ini memang ada terdetik di hati untuk singgah dan menjengguk sekejap ke
dalam Resort tersebut, tapi masa sering menghalang niat di hati.
Apabila ada cuti umum bersambung dengan sabtuday dan mingguday, aku terus
merangka perjalanan. Berpandukan Pakcik guard Google, aku “bertanya” berkenaan
tiket yang harus di bayar untuk masuk ke sempadan pintu gerbangnya. Perghhhhh,
ada keluar bara api juga nilai untuk pengunjung sekepala. Namun yang bagusnya,
disediakan pakej berdasarkan tempoh lawatan beserta di sediakan juga makan
minum.
Kali ini, aku berniat nak masuk dan tengok dulu apa
kemudahan dalam resort ini. Insyaallah, ada rezeki dan umur yang panjang, baru
merancang untuk menginap, mandi manda dan penuhi segala aktivitinya.
Mengambil pakej untuk lawatan dari jam 2 petang, kami sekeluarga di bawa naik
keretapi tayar getah. Berpusing sekitar resort, duduk berperahu memberi makan
ikan, bersembang dengan si Burung Merak
kayangan, kambing, itik, angsa, arnab hatta ‘manuk’. Berjalan meniti titian
kayu jati sambil wajah basah di sapa titisan air terjun yang ditujui.
Sukar untuk di gambarkan dalam kata-kata. Ianya bagaikan terasa berada di dalam kawasan kampung dalam era lewat 70-an.
“fill”nya, seperti…....naluri yang pernah melihat situasi di mana:
di kepala tangga rumah orang lama dahulu, masih ada tempayan
pendek untuk mencuci kaki bagi pengunjung hendak naik ke rumah,
Nenek dan
makcik terbongkok-bongkok mengosok baju di lantin sungai.
“LANTIN” dalam bahasa
kampung, adalah jeti di sungai. Dulu setiap rumah kampung, pasti ada “lantin” yang
di buat dari batang kayu balak besar di ambil sewaktu kayu tersebut hanyut dari
hulu sungai. Dulu, aktiviti kehidupan banyak dihabiskan di tebing sungai, ada
yang membuat perahu, menjala, memancing malah bertanam jagung atau sayur di
tebingan sungai. Seandainya terlihat batang balak hanyut dari hulu, maka sibuk
Si gundol@Nizam sepupuku, menghidupkan enjin dengan kekuatan 2 kuasa kuda
bersama membawa besi paku besar @stipol dengan fungsinya tempat untuk mengikat balak
tersebut sewaktu menariknya ke tebing sungai. Kegunaan lantin ini untuk mandi,
bercuci baju dan di atas lantin ini di buat satu bilik kecil untuk melepaskan
hajat.
ataupun Fill-nya juga seperti sayu-sayu terdengar suara budak kecil mengaji sewaktu maghrib menjelang tiba. Suasana itu, cuma ada sewaktu kita berada di kampung dalam era lewat 70-an.
Tenang dan damai..
ataupun Fill-nya juga seperti sayu-sayu terdengar suara budak kecil mengaji sewaktu maghrib menjelang tiba. Suasana itu, cuma ada sewaktu kita berada di kampung dalam era lewat 70-an.
Tenang dan damai..
'Timeout" sekejap
Yang menganggu “ketenangan kampung ini”, apabila ada wujudnya kuda. Aku yang dilahirkan, bergerak, berjalan, belajar di sekolah dalam kampung, mengaji di rumah Hajjah Mariam di tepi Surau kampung , bermain lastik, guli, layang-layang, takraw di kawasan kampung, bersolat di surau dalam kampung, Tak pernah melihat bayang-bayang seekor kuda di kampung , apatah lagi kuda yang tercunggap-cunggap mengunyah rumput depan mata ini. Kuda ini yang menganggu suasana epik dan irama harmoni dalam jiwa ini.
Kesian dengan isteriku yang terpaksa berjalan menggunakan higheel 3 inci masuk ke hutan..hehehe.. Dah namanya tiada “plan” menginap. Cuma nak tengok sekejap, tak sempat bawa lebihan kasut sukan. Kredit untuk si dia dan kredit juga untuk anak-anak ku yang bagaikan Rusa masuk kampung lagaknya, melompat girang berlari di titi kayu, berebut bekas plastic berbentuk cawan untuk memberi makan ikan, teruja melihat gelongsor tinggi berwarna warni dan banyak lagi.
Masih mahu menjengok ke Rainforest resort lagi?????...Jawapannya pasti mahu !!!!!
kerana aku masih berhutang dengan diriku..Teringin hendak mandi terjun ala-ala tarzan..kerana perkara itu pernah aku buat 25 tahun dahulu.
kerana aku masih berhutang dengan diriku..Teringin hendak mandi terjun ala-ala tarzan..kerana perkara itu pernah aku buat 25 tahun dahulu.
"gift" yang menarik minat hatiku
No comments:
Post a Comment