Melalui hidup yang
dikelilingi non muslim di Long lama, aku mesti mempunyai sifat yang sentiasa
peka dan berwaspada kerana bilangan yang minority seperti aku ini akan diperhati
dan dinilai dari segi tindakan serta tingkahlaku. Akhlak yang baik
dengan tuturkata yang sopan dan berbudi mulia akan membuatkan orang suka pada
kita khususnya dan akan tertarik pada agama kita amnya. Kita juga secara tidak
langsung menjadi DUTA untuk ‘melayu & Islam ‘ yang tidak dilantik melalui
surat rasmi.
3 Malam di Kampung Long Laput untuk pemilihan MSSR zon baram tengah ( Angah sorang je Muslim )
Hari terakhir berada di Tahun 6 Sk Ubong Imang ( Along sorang je Muslim )
Terimbas saat aku
menempuh permulaan hidup ini, di mana pergaulan rakan sekampung, mengaji, berzanji
marhaban, hadrah dan alam mula persekolahan di SK Dato Sharif Hamid dikelilingi
cuma saudara seagama. Sebab itu, setiap kali kami balik melawat kampung di
Lapok kawasan Tinjar, aku rasa keberatan untuk pergi kerana cara budaya amat
berlainan. Apabila masuk ke alam persekolahan sebenar di SMK Marudi, dengan kaum
cina, kayan, kenyah,penan, Iban ( aku dah biasa ) hatta Melayu Kampung Benawa,
Lubuk Nibong dan Padang kerbau kerana cara dan bahasa yang berlainan, aku hanyut
seketika dalam senario ‘kejutan budaya’.
Lama-kelamaan, aku dapat menyesuaikan diri malah ada beberapa sahabat yang
bukan seagama dan bukan sebahasa dengan aku, mereka masih juga aku hubungi. Experimen
pergaulan dari peringkat permulaan amat diperlukan untuk mengelakkan sifat
perkauman. Aku ‘belajar’ dari pengalaman yang lepas dan aku jadikan sebagai
rujukan serta pedoman. Namun itu cerita 30 tahun lepas.
Sukaneka Tabika ( Adol sorang je Muslim )
Menyambut harijadi dalam kelas ( Abang sorang je Muslim )
Kini, anak aku pula yang tengah melalui proses yang sama, tapi mereka lebih awal
lagi menghadapi situasi tersebut. Dari peringkat sekolah rendah lagi. Syukur
mereka sudah ada buku panduan dari seorang ‘MENTOR’ untuk menyelinap dan
bermastautin dalam Masyarakat yang berbilang suku kaum, budaya dan agama.
Perpaduan nasional tidak
akan tertegak jika generasi akan datang seawal persekolahan tidak bercampur
gaul, tidak memahami budaya, batasan agama dan tidak dapat berkomunikasi dalam
bahasa Negara, iaitu bahasa Melayu@bahasa Malaysia. Ubah cara system pendidikan
kita, maka berubah juga cara fikir dan pembawaan watak anak generasi kita agar saling sayang-menyayangi dan hormat-menghormati.
No comments:
Post a Comment