Tahun 2015, aidiladha jatuh bertepatan
pada tarikh sekolah bercuti. Sahabat
guru yang sering menjadi Imam semuanya balik ke kampung untuk kali ini.
‘ Dah 4 tahun tak balik raya aji ne ’
Teringat kata-kata seorang
sahabat guruku sewaktu minum petang selepas balik kerja.
Seingat aku, sudah nak masuk 13
tahun aku di Long Lama, aku cuma pernah sambut Raya Haji dua kali termasuk yang kali ini di sini. Walaupun
setakat Raya Haji, tapi apabila mendengar Takbir di Radio atau tv terasa ada sesuatu
yang menendang dada. Hati kecut sayu untuk seketika dan dalam beberapa minitnya
baru kembali ke normal semula. Syahdu nyeeeeeeeeee.
Solat Aidiladha dipimpin oleh Saudara Adong ( aku tak tahu nama betulnya) orang Indonesia telah lama bermastautin di sini. Teks Khutbah telah di print dari laman web Rasmi JAIS hasil usaha En. Bolkan selaku penyelaras Masjid Darusalam Long Lama.
Untuk hari tersebut, kita telah menumbangkan seekor sapi dan hari seterusnya akan menumbang 2 ekor lagi.
Yang menariknya program korban di sini, ianya melibatkan pelbagai kaum, sahabat dari Indonesia, cikgu dari Malaya dan melayu borneo, kami dapat bersama
bergumpul mengangkat melapah menyelesaikan ibadat korban ini. Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment