Pertengahan bulan September, ada perlawanan bolasepak untuk
Dun Telang Usan sahaja anjuran ranting PBB Telang Usan. Sebanyak 20 pasukan mengikuti
pertandingan ini untuk kategori lelaki dan perempuan. Bermain dalam masa 10
minit sebelah sebanyak 9 pemain sahaja.
Aku bukan nak ceritakan berkenaan pertandingan tersebut. Aku nak kongsikan
sesuatu yang sungguh istimewa dimana Ya
Salam Restaurant telah diamanahkan untuk menyediakan Jamuan untuk VVIP iaitu
Y.B Dato Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof selaku menteri Kerja Raya Malaysia dan Beliau juga Ahli Majlis Tertinggi dalam Parti terbesar di Sarawak iaitu PBB.
Dengan notis yang singkat dari Y.B Dennis Ngau, aku bersama Isteriku
terkial-kial mencari barang menu dengan senarainya semua jamuan ala kampung.
Aku baru balik dari Mesyuarat Marudi, terus ke Miri mencari bahan-bahan
tersebut.
Mengalan ( Atas ) & empurau ( bawah )
Udang galah sungai Baram Sekilo RM 70.00
Standard menu kampung, pucuk ubi
Ikan Empurau seberat 3 kilo dihantar oleh sahabat Y. B
Dennis Ngau dari Long San bersama ikan Mengalan. Aku di fahamkan oleh pakar harga ikan, mengatakan bahawa yang terkini
harga sekilo ikan empurau ini bernilai RM600.00…perghhhhhhh…Di masak cara kukus
hingga kuali kukus pun tidak cukup untuk memuatkan bahagian sisip ekornya.
Yang menariknya, satu lagi rekod tercipta dalam dunia bisnes
Restaurant Ya Salam Long Lama.
No comments:
Post a Comment