Translate

Wednesday, 13 April 2016

Kau sendiri membunuh Karier Politikmu..

Bercerita berkenaan Politik dalam Tanahair ini untuk PRU14, aku lebih tertarik untuk memerhati pergolakkan mempertahankan kedudukan Adun Marudi N76 yang disandang oleh Y.B Dato Syvester Entri Ak Muran lagipun aku memang asal dari sana. Ada sebahagian tulisanku lebih ke arah Fenomena Politik di Marudi. Klik di sini.http://ulatmulongitam.blogspot.my/2015/06/mampukah-si-dia-merampas-marudi.html


Kali ini aku nak sentuh berkenaan salah seorang lagi Y.B yang terserlah “temberang’nya semakin mengembang. Ibarat Kudis bisul yang semakin teruk, sakit dan bengkak bernanah. Aku sertakan ‘data’ bergambar agar Kronologi sejarah krisis ini dapat difahami.




Bagi pemerhati Politik tanahair khususnya Politik Sarawak, kita sedia maklum bahawa, beliau ini merupakan bekas Presiden Parti SPDP namun telah meletak jawatan dalam Tahun 2014 dan masuk ke sebuah Parti Baru ( TERAS ) yang belum pernah pun mengikuti Pilihanraya Umum. Apabila Tan Sri Dato Patinggi Adenan Haji Satem mengumumkan untuk meletakkan ‘Calon langsung BN’ ditempat yang bermasalah dan salah satu tempat yang bermasalah kedudukan Calon Adunnya adalah Pakan tempat Y.B Dato William Mawan.



Dia sendiri mengakui, bilangan ahli Parti TERAS telah mencecah lebih 50,000 orang. Tapi, apabila pengumum dari Ketua Menteri untuk meletakan Calon Langsung BN, tanpa berfikir panjang, beliau ( Y. B ) tersebut telah mengeluarkan "statement" untuk keluar Parti TERAS yang beliau sendiri selaku Presidennya.




Di dalam Petak Merah itu, sudah jelas apabila Presiden BN Negeri mengingatkan bahawa sesiapa yang dipilih menjadi Calon Langsung BN mesti dan harus keluar dari Parti Politik yang sediada disandang.

.

Layakkah seorang yang diangkat menjadi Pemimpin bersikap begitu? Melompat parti, tiada pendirian langsung malah 'sifar' Intergriti atau boleh dikatakan sebagai Pengkhianat terhadap Parti dengan sanggup meninggalkan lebih 50,000 orang ahlinya. Baik letak jawatan sebelum PRU14 ini berundur dengan cara begitu, ianya penuh bermaruah daripada mengkhianati Parti yang diterajui sendiri, bukan kali pertama tapi sudah kali ke dua dan tidak mustahil untuk kali ke tiga serta seterusnya.





Tuesday, 22 March 2016

Translate in Language Ibunda Serawak

( Khuatir tidak faham dengan halatuju artikel kali ini, sebaiknya aku jelaskan terlebih dahulu bahawa artikel ini bermulanya telah di Post-kan dalam ruang FB aku. Berkisahkan tentang Vokalis Kumpulan Iklim)

Malas aku nak komen pasal suara 'hero' tok, semakin di dengar, semakin ketagih. Macam ketagih mok makan keropok popcorn jagung ya.


sumber dari Internet

Kumpulan Iklim tok, masa zaman pipi aku baro mula tumbuh jerawat, Masa ya penuh liku dan ranjau dalam menempuh alam berumahtangga dengan sepaktakro. Masa aku baro pandea pakea spendel mandi di sungea Baram. Masa ya, bukan buku atau handphone di tanganku, tapi listik mun sik pun, biji guli ne' di simpan dalam tin milo...
Tapikan, mun aku nengar Lagu paling Top Kumpulan Iklim tok ( Suci dlm Debu ) alu teringat aku dengan watak penting dalam alam persekolahan ku...Cina Aki drive Bas. 

sumber dari internet

Seawal subuh dah bergerak dengan laju ditambah Single lampu Sportlight dipasang di tengah Basnya. Lampu standard Sik cukup terang katanya. Bila berdiri ditepi jalan nunggu bas , memang 'Full' la muka di tumpu sinar sportlight. Alasan masang katanya, biar biak ne' numpang ya senang kenal Basnya....



Jenis bas yang aku gunakan 

Sampea kinek tok, alasan ya, aku belum dapat terima. Sik da Bas lain awal pagi bergerak mun sik Bas cina Aki tok. Dah la awal sampea Sekolah, biak Asrama baro turun sarapan, sempat tidur kejap sementara nunggu kelas bermula. Pernah jua aku bertanya tentang situasi tok..Terlalu Lemah nyawa nak bangun selalu awal pagi. Katanya...

"Mau angkat 4 tlip lagi ohhhh, lu jauh, kasih awal datang lo'...

Jawapannya dengan penuh padat dan kemas, sambil punggung aku baru berlabuh di kusyen bisak dalam bas dengan bekas sisa 'tumpik' masih berbekas di bibir mekarku..perghhhhh....
Apa sangkut paut Cina Aki driver Bas dengan lagu "suci dlm Debu"?
Dolok aku sempat belajar di sesi sekolah petang, Suatu hari suatu ketika masa dalam Bas, Aki driver bas masang lagu 'Suci dalam Debu'. Dolok pakea kaset pok..mala 'rewind' lagu sama. Time balit sekolah pun nya masih masang lagu yang sama, duduk di bahagian depan tepi driver, sempat juak jeling curi dengannya. Mungkinnya perasan..alu merikata:
" Ini lagu kuat bagus, Iklim punya kumpulan, susi dlm debu"
Aku relax dan angguk perlahan. Tapi selepas masuk angin petang dari celah tingkap bas, masa melintasi jalan Airport bersebelahan Berek Kerajaan. Baru ku paham, Kenak orang suka dengar Lagu hindustan???..Kerana melodi dan kekuatan vokalnya..

Macam ya juak dengan Aki driver bas tok...Bukan pasal lirik lagu ya, tapi susunan melodinya mendayu ditambah dengan suara Saleem yang tengah lunak (Album first la katakan) membuatkannya berusaha untuk memahami setiap lontaran bait-bait lirik yang sungguh puitis ya...

Andai ada kesempatan, aku teringin juak nak duduk bersebelahan dengannya. macam dalam Bas dolok marek..Tapi duduk sambil minum kopi, bertanya khabar dan bercerita tentang perjalanan hidup. Mungkin topik cerita berkisar pasal Marudi, pasal SMK, pasal jalan Marudi, pasal politik kekampungan. Dan aku yakin, nya sik akan bertanya pasal Saleem Iklim..Namun yang pasti, Saleem Iklim ya, mengingatkan aku tentang dirinya....

Wajah terbaru Saleem Iklim

Saleem Iklim dengan Apek Aki driver Bas...berpisah tiada..

Thursday, 17 March 2016

Miri ke Pulau Labuan kali ke - 2.

Sempena cuti sekolah, aku mengambil kesempatan membawa sekali lagi keluarga ke Pulau Labuan untuk kali yang ke - 2. Namun kali ini ada yang istimewa sikit, sebab Pak Mertua ikut sekali. Dan kali ini akan aku 'detail'kan carta perjalanan kami.

Bertolak dari Miri jam 12 tengahari selepas makan di restaurant belakang Shopping Complex GIANT Miri, Melalui dua Jab Imigresen ( Sungai Tujuh dan Kula Lurah ) sampai Limbang jam 3 petang.

"Checkin" di Hotel Prime berdepan sekolah rendah dan Masjid Besar Limbang dibelakangnya pula ada warung niaga untuk masakan seafood ( Tebingan Sungai ) yang beroperasi pada sebelah malam sahaja.




Kampung seberang bandar limbang

Dunia ini kecil rupanya, kerana di warung ini juga aku bertemu dengan kawan lama yang sama mengaji, bermain dan turun sekolah pun sama. Destinasi beliau bersama keluarga ke Sipitang, Sabah katanya. Kalau ditakdirkan kami duduk bersama tanpa gangguan keluarga, rasanya 5 gelas kopi O panas pun tidak cukup untuk bercerita kisah lalu. Nisbah segelas Kopi O panas bersamaan peruntukan masa selama 2 jam. Bayangkanlah, kalau 5 gelas kopi O. Aku doakan perjalanannya pergi dan balik selamat hendakNya.

Limbang di awal pagi

Seawal jam 6 pagi keesokannya, aku membeli tiket Boat Express ke Pulau Labuan. Khuatir tiket habis dijual, aku membeli seawal dinihari, maklum saja, sekarang musim cuti sekolah.Yang uniknya cara penjualan tiket ini, kaunternya di buka di hadapan Jab. Kastam Malaysia, Limbang. Senang untuk mengenali kareater kaunter ini, orangnya yang duduk dengan kerusi berserta meja di hadapan Pagar Jab. Kastam, Kalau hari hujan, buka payung. Itu la dia. Jadual express dari Limbang ke Labuan pada pukul Jam 8 pagi dan 2 petang manakala dari Labuan ke Limbang pada pukul 9.30 pagi dan 1.30 petang.

Selepas mengambil pertimbangan yang sewajarnya dan mendengar cadangan dari Ustaz Rosmadi ( sahabat di Limbang ) aku tinggalkan Kereta di dalam halaman Masjid Besar Limbang. Segalanya ku serahkan kepadaNya.


Menaiki Boat Expres ini mengambil masa selama 2 jam perjalanan. Di dalam keadaan ruang yang luas dan selesa ( Aircond & TV ) jamban dibahagi kepada Lelaki dan Perempuan. Sampai Labuan, terus mencari Hotel yang paling dekat dengan Terminal Expres. Hotel yang sekitar "hotspot' Pasar Labuan memang "Rate" harga dalam RM100 ke atas. Setelah berpusing mencari Hotel akhirnya dipilih Hotel Pantai View dengan harga sebilik double bed RM135.00 semalam.



Suasana Terminal Express Boat Labuan

Masjid Nurul Islam. Tidak jauh dari Terminal express


Baring dan tertidur sekejap. Masih terasa letih selepas "driving" hari kelmarin. Aku tidak dapat tidur lena di Hotel Limbang disebabkan Hotel tersebut bersebelahan dengan Pub malam. Selepas 'recash' balik tenaga, aku terus ke Terminal expres lagi untuk membeli tiket untuk balik keesokan harinya. Harga pergi dan balik tidak sama. Balik ke Limbang ada murah sikit.

Tiket ke Labuan ( Mahal )

Tiket balik ke Limbang ( Murah )


Kedai makan di sini di dominasi oleh bangsa Pakistan. Selepas makan, kami sekeluarga 'merayap' segenap penjuru dan lorong bandar Pulau Labuan ini. Kebanyakannya harga barangannya jauh murah. Dari kain ela, handphone, kasut malah kotak ais yang warna oren ini pun kami angkut. Coklat tak payah sebut la. Rasanya Pak Mertua ku membeli coklat dalam anggaran RM100 ke atas, katanya murah lagipun Made from oversea.








Pak Mertua memilih Coklat untuk ole-ole 




Rahsia berjayanya Expedisi ini di sebabkan "google'. Sebelum bergerak, kita harus mencari info yang berguna, seperti no. tel.hotel, jarak perjalanan serta laluan yang harus ditempuh. Rajin-rajinkan diri menggunakan Google Maps. Selamat tinggal Labuan, moga ke temu lagi..




Wednesday, 9 March 2016

Itu jawapanku...

Selepas SPM di pertengahan tahun 90-an, aku pernah keluar 3 hari bersama Jemaah Tabligh ke Masjid Lutong, Miri. Selepas Solat Jumaat di Masjid Marudi, Jemaah kami menaiki express boat jam 3 petang dari Marudi ke Kula Baram. Sekarang ini, perkhidmatan tersebut sudah tiada lagi. 

Kenapa aku tertarik dengan Tabligh???

Jawapan yang jujur, aku TIDAK tertarik dengan Tabligh, tapi selepas SPM tiada perkara yang aku lakukan. Ingin menerokai ke dunia luar, dalam keadaan yang daif serta tidak berduit, ianya bagai terpenjara dalam diri. Apabila sahabat yang dikenali mengajak mengikuti Rombongan Tabligh ke Miri ( Bandar yang paling besar ketika itu ) terus aku bersetuju. Namun aku harus sedar, tujuan utama adalah untuk bersama rombongan Tabligh keluar berdakwah. 


Standard Jemaah Tabligh, setiap kali solat akan diadakan Bacaan Sepotong Hadis dan di antara Maghrib Isyak akan diisikan dengan Tazkirah dari ketua atau Karkun.
Selama 3 hari 3 malam bersama Jemaah Tabligh, jiwa yang liar pasti kembali jinak. Itu yang membuatkan orang yang sedang tercari-cari arah hidup atau jiwa kacau atau otak berserabut akan tertarik dengan dunia Tabligh ini. Sebab itu ianya tidak menghairankan ada yang berkelulusan tinggi, doctor ,professor, jurutera hatta cikgu. Kerja mereka memang beserabut otak..Tak payah sebut la orang biasa-biasa seperti aku ini. Pengisian selama keluar bersama jemaah ini dapat membangkitkan naluri kerohanian, memujuk hati  menjadi tenteram.


Gerakan yang diasaskan oleh Maulana  Ilyas bin Mohd. Ismail di selatan Delhi, India, Anggota jemaah tabligh dapat dikenali menerusi cara penampilan diri, pakaian dan loghat percakapan mereka. Bagi anggota jemaah yang sudah senior, mereka mengenakan serban dan jubah, serta dengan imej janggut yang agak panjang. 


Jemaah tabligh menarik anggota barunya menerusi proses gasy dan tasykil. Sebagai contoh, selepas solat jemaah di surau, anggota tabligh yang ditugaskan akan bangun, lalu membaca petikan kitab fadilat amal yang dikarang oleh Maulana Ilyas. Kemudian, mereka akan menggesa jemaah solat mengangkat tangan sebagai tanda azam untuk keluar berdakwah bersama mereka dalam tempoh minimum tiga hari. Nama mereka yang menyatakan azam itu akan dicatat dalam sebuah buku kecil.

Para rekrut baru jemaah tabligh tadi akan mengikut ketua kumpulan kecil melakukan ziarah di kawasan kejiranan tertentu bagi mengajak penduduk setempat hadir ke surau atau masjid dengan bersandarkan dalil hadith dan sirah. Rekrut baru kemudian digalakkan pula keluar berdakwah dan meninggalkan keselesaan hidup selama 40 hari. Kemuncak iltizam terhadap jemaah ditingkatkan dengan keluar berdakwah sehingga tiga bulan lamanya di luar negara.

Pada dasarnya tugas dakwah amar makruf nahi munkar adalah disyariatkan.


Itu terpulang kepada keadaan dan zaman. Ada yang melakukannya secara bersendirian. Ada yang secara berkumpulan. Ada yang menggunakan lidah, pena, kuasa dan sebagainya. Jamaah Tabligh menggunakan pendekatan yang begitu. Mendatangi rumah saudara Islam dari rumah ke rumah.


Cara Jemaah Tabligh mungkin tidak sepadan dengan aku. Ditambahkan lagi di suatu petang aku mempelawa 2 orang jemaah Tabligh menaiki keretaku untuk di hantar ke Masjid darusalam Long Lama. Jemaah Tabligh dari Timur tengah dengan loghat Englishnya yang sungguh kasar. Cara pendekatannya sungguh mendesak hingga memarahi aku kerana menghidupkan radio di dalam keretaku... aku terkesima sambil tersenyum tapi dalam hati “ Hey, this my car..aku cuma nak dengar berita dunia bai !!!!%$#@&*”

Atas renungan dan input-input dari luar, dapat di putuskan bahawa Pejuangan ini tidak akan dapat membawa kita terbang tinggi ke bintang andai terus dengan cara sebegini. Sebab itu, Isreal tidak kisah dengan Jemaah Tabligh ini. Jemaah ini cuma sibuk dengan ‘dunia’ kerohaniannya. Tidak juga aku nafikan sumbangannya. Andai ada di antara para pembaca yang memang kaki Tabligh, aku mohon maaf kiranya terasa. Fikirkan kata-kataku ini, Dunia Tabligh yang berpusing di situ sahaja. Keluar 3 hari, seminggu, 40 hari atau 2 bulan lamanya, beribadat, berdakwah mengetuk pintu rumah saudara Muslim, tazkirah, dan beribadat, berdakwah mengetuk pintu rumah saudara Muslim, tazkirah dan semuanya dilakukan di dalam Masjid. Siapa yang sebenarnya anda Dakwahkan??? 

Maaf sekali lagi…..

Jihad tidak berlaku di tikar sembahyang..



Tuesday, 23 February 2016

Layakkah ...????


Tergerak hati untuk mengulas berkenaan isu pekerja asing yang akan diserapkan ke dalam Tanahair yang tercinta untuk memenuhi peluang pekerjaan 3D (Dirty, Difficult & Dangerous). Aku senaraikan mengikut urutan agar senang difahami perjalanan 'kisah Romantik' 1.5 juta Bangla ini:


1. Bermula dari pengumuman dari TPM Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi akan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun.





2. Kredibiliti anaknya dalam memberi komen berkenaan keputusan bapanya boleh dipersoalkan. Ini diantara salah satu penyebab penurunan peratusan kepercayaan Rakyat terhadap TPM  Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi. 




3. Cadangan yang lebih bernas dari Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim.



4. Tiba-tiba ditangguhkan..




Sebagai seorang yang sudah di pilih menjadi orang No. 2 dalam Malaysia, sepatutnya tindak-tanduk beliau mencerminkan kewibawaan seorang pemimpin. Dengan memberi keputusan yang boleh bertukar dan berubah setelah didesak, jelas beliau ini belum mampu untuk menjadi pemimpin yang berkaliber apatahlagi menerajui sesebuah negara nanti. 

Dengan tidak mempunyai Pendirian yang tetap dan bercakap mengunakan ilmu 'hentam keromo', aku geleng kepala diatas kebodohsanaannya sebagai pak menteri. Dan yang melantiknya juga pasti lebih tinggi kebodohsanaannya.

Sarawak, setelah dibanci pada tahun 2015, populasi penduduknya berjumlah 2 juta lebih. Data ini aku dapat dari laman Rasmi Jab. Penerangan Malaysia:




Seandainya terjadi kemasukkan tersebut, bermakna jumlah 'mereka' lebih kurang bersamaan dengan 3/4 rakyat sarawak. 'Mereka" lebih ramai dari Rakyat Negeri Melaka dan Perlis. Bayangkan untuk tempoh 10 tahun kehadapan, dikhuatiri 3% hingga 5% pasti sudah lahir generasi baru yang berdarah kacukan ( darah campuran bumiputra ) dan Bangla. Bagaimana dengan 50 tahun akan datang???




Pada ketika ini, kebanjiran 'mereka' amat membimbangkan. Dengan mengunakan Pasport dan permit bekerja untuk masuk ke sini dan ditambah pula keadaan suasana yang aman serta mudah untuk mencari rezeki, 'keselesaan' itu membuatkan 'mereka' tidak akan balik ke tanahair 'mereka' lagi yang penuh dengan pergolakan, peperangan dan penindasan. kestabilan ekonomi 'mereka' yang semakin kukuh dan bilangan yang semakin bertambah, tidak mustahil permintaan 'mereka' terpaksa kita dengar suatu hari nanti.




Tuesday, 16 February 2016

Sudah hilang sengatnya


Biarpun segelas Nescafe Peng 'kaw' telah membasah anak tekak, namun rasa mengantuk ini 'kaw' serta tebal juga. Umpama di kelopak kulit mata ini ada 10 ekor gajah Afrika bergayut. Namun apabila terbaca di dada akhbar berkenaan politik di Sarawak khususnya yang berlaku di Marudi, fikiran nakalku teringat kata-kata YB Dato Syvester Entri semasa beliau berucap di Majlis Perasmian Masjid Besar Marudi pada 25 Mac 2011 yang di Rasmikan oleh Mantan Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud , ucapannya yang lebih banyak memburukkan orang lain. ( calon parti pembangkang ) Sedangkan beliau ini adalah seorang yang mualaf,...Baik la..dia mualaf, namun asas peraturan di dalam tempat ibadat, tidak kira anda yang baru bersekolah rendah apatah lagi lepasan Ijazah, amat mengetahui hukum santun berkata-kata dan perbuatan dalam semua tempat Ibadat.


Masjid Besar Marudi


Semakin dalam menyelami lautan fikiran Nakalku ini, teringat kempen 'Dato' ini di Perkarangan Balai Raya Kampung selepas Solat Isyak.  aku sempat menghadirkan diri dalam kempen beliau di kampung kelahiranku itu, kerana waktu ini pada cuti Hari Raya, di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri.

Dengan cara memburukkan peribadi calon lawan dibantu dengan risalah 'lucah' Dato Sri Anwar Ibrahim yang diedarkan oleh satu-satunya badan NGO yang aku sangkakan tidak menyebelahi politik, tapi sangkaanku meleset setelah melihat ketua cawangannya sendiri menjadi "kepala daun" mengedar Risalah lucah tersebut. Jelas benar, sifat perjuangan NGO tersebut dapat di bolak-balikkan, dijual beli dan yang semakin menelanjangkan perjuangan mereka ini adalah kelemahan ahli jawatankuasa tertinggi mereka yang layu pemikiran akalnya dalam membezakan perjuangan Persatuan mereka dengan demam politik tanahair. Rata-rata yang hadir ke majlis kempen tersebut adalah orang tua dan wanita termasuk ibu-ibu yang membawa anak kecil yang malas hendak masak di rumah. Dah dijemput untuk makan 'free' di Balai Raya, ambil kesempatan untuk 'relax', makan sambil berhibur. Namun melihat gambar Pak nuar separa bogel dalam risalah ini, pasti nafsu makan itu terbantut dibuatnya.

Aku BUKAN peminat Dato Sri Anwar Ibrahim, aku lebih suka "Dato" berdiri dan berucap membentangkan kertaskerja idea yang bernas dan buah fikiran yang mendatangkan kebaikan dalam memajukan ekonomi dan kemakmuran, mementingkan soal pendidikan dan bersama membasmi gejala sosial di kawasan jagaannya.

Cara yang beliau gunakan ini sungguh tidak matang, apabila kempen politik yang memburukan peribadi calon parti dari pihak lawan, maka dapat diandaikan bahawa pola pemikirannya sungguh tidak dapat memajukan kawasan yang dijaganya. Dia sibuk dengan kerja memburukan nama orang lain. Orang yang sebegini, apabila ditegur atau di beri nasihat, pasti akan melenting dan berdendam kerana dia cuma nampak kebaikan ada pada dirinya sahaja. Orang lain dianggap sebagai manusia yang tidak berguna malah sampah.

Maka itu yang terjadi, Apabila KARMA datang menjengah. Calon yang juga mempunyai suara yang kuat dari akar umbi kini mengetuk ubun-ubun kepala 'Dato'. Dengan cara yang sama, memainkan sentimen memburuk cara kepimpinan dan peribadi. Belum masanya aku ingin mengulas berkenaan calon baru tersebut. 




Mungkin kelebihan kepada 'Dato' ini, adalah beliau seorang Islam dan tidak dinafikan sumbangan beliau kepada penduduk Islam dalam jajahannya amat besar juga.

Politik bukan semuanya buruk. Berpolitik untuk menegakkan kebenaran serta berpolitik dengan disiplin yang menekankan soal amanah dan keadilan adalah tuntutan. Kita perlukan orang politik yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan sebegitu. Namun jika politik itu adalah kisah ketamakan dan kerakusan seperti yang sering kita dengar, ia sebenarnya adalah kisah insan-insan yang hilang bahagia, berpenyakit jiwa dan gila kuasa.


Monday, 15 February 2016

Getah, Lada, Koko, kayu dan Sawit serta Timbalan Ketua Menteri..

Jarang berlaku di kawasan Long Lama ini, memilih hari bekerja ( Isnin ) untuk membuat Program yang besar seperti Program "Hello Komoditi" anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan komoditi (MPIC ) ditambah lagi dibawah naungan Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Dato Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Ak Numpang  yang hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.






Barisan Tetamu Terhormat


Program yang amat bermakna bagi pengusaha tanaman sawit, Lada, koko dan getah. Banyak memberi ilmu, penerangan berkenaan skim, bantuan kemahiran dan tunjuk ajar dari yang pakar serta pameran beralatan baru ( terkini ) untuk pertanian.


Produk dari Kayu ( Cenderahati untuk Yang Berhormat )


Buatan tangan Penan dengan harga boleh mencecah RM1000 ( open market harga juga boleh rondeng )


Jumlah yang hadir untuk majlis ini dalam lingkungan 2 ribu orang. Dengan keadaan cuaca yang mengizinkan, ianya sungguh memberangsangkan 'haba' ghairah pengunjung untuk hadir ke setiap Meja- meja pameran.

Makanan dalam anggaran 2500 tapau/bungkusan


Kekuatan Program ini bukan disebabkan kehadiran Timbalan ketua Menteri saja, tapi kehendak dan keperluan komuniti di sini yang amat memerlukan penerangan serta bantuan dari  Agensi-Agensi yang memegang kuasa untuk Kelapa Sawit, koko, Lada, kayu kayan. Mengambil contoh seperti Lembaga Getah Malaysia. Mereka amat berminat untuk mengetahui selok belok cara penanaman yang betul, cara pasaran dan produk yang terkini.






Pasaran Long Lama 'sibuk' menyambut kehadiran pengunjung.



Apa yang pasti, Program ini amat diperlukan terutamanya di tempat sebegini yang masih mengharapkan bantuan kerajaan. Semoga diadakan lagi pada masa yang akan datang.