Mengimbas kembali dalam tahun 80-an tika usiaku yang masih muda, masih di sekolah rendah, malam 7 Likur bagiku adalah malam kemenangan kerana malam tersebut aku dan rakan sebaya akan bebas keluar rumah, bermain Bedil, kayuh basikal mengelilingi kampung, tengok budak lain main bunga api, main mercun dan yang paling indah, Malam 7 Likur adalah malam bermulanya pemasangan Pelita atau dalam bahasa Ibundanya, 'bertuntung'.
Pelita di masa kini, mudah didapati malah di Shopping complex dalam
Harga RM5-7 sebatang bergantung dengan kepanjangan tiangnya
Apabila masuk malam 7 likur ini ( seminggu terakhir Puasa ), aura nak beraya semakin terasa dan nampak mula benih-benih kesibukan jiran tetangga sekitar kampung halamanku. Usu Dee sibuk mengatur atap rumahnya, bukan tak siap atapnya tu, tapi suka nak menyibukkan diri bila semakin dekat Syawal. Usu Bol berpusing mengelilingi rumahnya mencari dinding mana lagi yang belum di cat. Akan kedengaran enjin rumput ( bushcutter ) dari hulu kampung, dengan enzosnya telah rosak membuatkan bunyinya seakan bunyi enjin air yang berkaki panjang ( enjin sigal kata orang sitok ) maka sibuk la Arwah kawanku En. Yusup Hj Suhaili memotong rumput sekitar rumahnya yang sepatutnya dipotong sebelum puasa lagi, tapi...Seminggu nak raya juga yang paling seronok memotong, mungkin rumputnya lembut ketika itu.
Nek Wa dengan baju 'apek' putihnya mengosok dinding, pintu dan jendela sambil sebaldi air ditangan. Setiap tahun Nek Wa akan berkata, malas nak mengecat tahun ni, cat yang lama pun masih berkilat. Nek Ajang dan nenekku pula mula rajin ke hutan, mencari buluh yang sesuai untuk dijadikan buluh lemang, meninjau daun nyiur yang belum pecah hujungnya untuk di jadikan sarung ketupat. Arwah mak akan berjalan kaki ke hilir ke rumah Arwah Wa tuai mencari kelapa tua untuk dijadikan santan. Arwah bapa pula, akan sibuk mengira bilangan biji lampu warna dan kelip-kelip yang rosak untuk ditukar. Tidak kurang juga kami yang sebaya akan diamanahkan untuk mengambil buluh sebesar lengan orang dewasa untuk di jadikan tiang pelita.
Nek Wa dengan baju 'apek' putihnya mengosok dinding, pintu dan jendela sambil sebaldi air ditangan. Setiap tahun Nek Wa akan berkata, malas nak mengecat tahun ni, cat yang lama pun masih berkilat. Nek Ajang dan nenekku pula mula rajin ke hutan, mencari buluh yang sesuai untuk dijadikan buluh lemang, meninjau daun nyiur yang belum pecah hujungnya untuk di jadikan sarung ketupat. Arwah mak akan berjalan kaki ke hilir ke rumah Arwah Wa tuai mencari kelapa tua untuk dijadikan santan. Arwah bapa pula, akan sibuk mengira bilangan biji lampu warna dan kelip-kelip yang rosak untuk ditukar. Tidak kurang juga kami yang sebaya akan diamanahkan untuk mengambil buluh sebesar lengan orang dewasa untuk di jadikan tiang pelita.
Malam 7 Likur dan 'bertuntung' tidak dapat dipisahkan. Itu adalah tradisi atau amalan Melayu di Malaysia. Memang ianya bukan ajaran dalam Islam dan boleh dikatakan sehingga menyerupai agama Hindu. Namun bagi aku, niat pemasangan pelita itu harus di-TEKAN-kan. Bukan di-WAJIB-kan pun, tapi diraikan seandainya ada ( berkemampuan dari segi penyediaannya). Bukan juga untuk menerangi kawasan rumah, cukup cahaya lampu neon sudah memadai. Tapi ianya lebih kepada budaya Melayu tika menyambut bulan Syawal. Adakalanya setiap kampung akan mengadakan Pertandingan "bertuntung" dengan tujuan untuk menaikan "semangat" beraya.
Apa yang aku nampak dari pemasangan Pelita ini adalah untuk memeriahkan suasana kampung yang telah sebulan menjalani Ibadah Puasa dan Syawal yang kita sambut dengan penuh ceria. Dalam 80-an dulu, di kampung seandainya rumah tidak bertuntung pada malam raya, akan di kira sebagai rumah yang tidak menyambut Aidilfitri mungkin empunya rumah pergi ke kampung lain atau masih berkabung di atas kematian orang yang tersayang sewaktu dalam bulan Puasa. Aku tidak mahu untuk mengulas berkenaan 'Bidaah' perbuatan ini. Bagi aku, seandainya ada benda yang ditambah dalam urusan Ibadah maka itu jelas Bidaah yang ditolak, tapi dalam kes kemashalatan masyarakat sebegini. aku akan menggunakannya selagi ianya tidak melanggar syarak. Kalau anda memukulratakan perkara ini sebagai Bidaah juga, dan aku menggunakan konsep cara fikir hukum anda, maka memakai sampin atau sabok, jatuh juga dalam kategori Bidaah bai.....Islam itu Indah...
Mungkin anda tidak sependapat dengan aku, kita berbeza tahap IQ, berbeza dari segi cara hidup, pengalaman dan citarasa. Kami yang dilahir dalam suasana kampung akan mengharapkan "bertuntung' ini dijadikan acara sepanjang Aidilfitri menjelma. Ianya dapat mengembalikan Nostalgia indah atau 'sentimental value 'yang cuma orang kampung sahaja mengetahuinya. Sebab itu, bila musim Hari Raya, ramai anak rantau akan berpusu-pusu balik ke desa. Aku akan tetap balik biarpun kedua orangtua ku sudah tidak ada lagi. Ianya bagai satu tarikan halus, memuja dan memanggil pulang apabila menjelang lebaran. Dan kini aku nampak, 'tarikan halus' itu sudah mula berjangkit dengan ke-5 anak ku. Dan di antara salahsatu penyebabnya adalah pelita yang 'memanggil' untuk dipasak sekitar halaman rumah pusaka di kampung.
Untuk diri ini, malam 7 likur di zaman 80-an dibanding dengan sekarang ini, ianya masih tidak berubah. Cuma mungkin cahayanya kurang terang disebabkan bilangan pelitanya telah kurang dibanding jumlahnya yang banyak di tahun 80an dulu dan disebabkan lampu neon semakin banyak digunakan sekarang ini, namun sinar pelitanya masih segar menerangi kawasan rumah pusaka, seperti setiap kali Lebaran dari saban tahun ke tahun. Haruman asap dari sumbu pelita bagaikan pengubat jiwa yang keletihan mencari rezeki di perantauan. Dan apabila diperhatikan lenggokan cahaya apinya tika ditiup angin malam, ianya seperti seorang Penari yang mengikut rentak paluan gendang hidup ini dengan iramanya menceritakan sesuatu kisah yang cukup manis untuk dikenang apabila duduk menyendiri di beranda rumah kala malam menjelang Syawal.
No comments:
Post a Comment