(Setiap photo aku perolehi dari Internet)
Aku menulis Nurkilan kali ini, sambil mendengar beberapa Lagu Raya dari komputer buruk ( yang digunakan untuk menulis ini) yang sengaja aku mainkan semata-mata untuk menaikkan 'Fill' Raya 2016. Kerana beberapa Lagu Raya ini juga telah mengingatkan aku tentang sesuatu peristiwa menarik yang pernah berlaku dalam bulan Ramadhan yang telah lama berlalu sewaktu masih di alam remaja dulu. Di antara yang paling menarik untuk di tulis ialah 'perang' Meriam buluh.

Meriam buluh ini memang sinonim tika Hari Raya, dipertengahan tahun 80an dulu, sewaktu mula bersekolah Rendah di SK Dato Sharif Hamid di kampung Narum ( aku membesar di Kuala Belait, Brunei Darusalam ) bersama sepupu rapatku yang lebih dikenali sebagai Gundol@ Nizam B Juraee. Nama timangan Gundol itu disebabkan dari kecil dia tidak ada rambut.
Bila masuk 1 Ramadhan, memang 'penyakit' gelisah hati dan kaki nak mencari batang buluh mula terasa kebasnya. 'Penyakit' ini bukan melanda kami dua sahaja, tetapi ianya cepat berjangkit kepada kanak-kanak yang sebaya dengan kami di Kampung ketika itu. Anda dikira Jaguh, apabila Bedil buluh anda telah berbunyi seawal 1 Ramadhan lagi.
Bunyi yang nyaring dan kuat dipengaruhi oleh ketebalan kulitnya, jarang ruasnya, besar lilitan batang buluh tersebut dan buluh yang paling sesuai ialah buluh betong. Untuk mencari buluh tersebut kami memerlukan kepakaran dari beberapa kawan yang lebih dewasa.
Di waktu menjelang Ramadhan lagi, Kampung Narum akan disempadankan mengikut sebulat kata dari Mesyuarat di bawah pokok Jambu berdepan rumah saudara Bakar Bin Mahar@ Burn. Kini, Pokok Jambu sebagai 'Dewan Parlimen' tersebut telah ditebang untuk pembesaran jalan. Kampung dibahagi 3 bahagian, satu team bahagian hulu, kami bahagian tengah dan satu team lagi bahagian hilir yang digelar Geng Kampung Laut kubur, sebab dahulu ada kubur lama di situ. Ada 3 Team yang akan berperang sepanjang bulan Ramadhan dan 'perang' ini terus berlangsung setiap tahun di Bulan Ramadhan sewaktu aku masih bersekolah rendah dahulu. Namun akhirnya kami semua pasti bergumpul bersama ketawa gembira, bercerita tentang kehebatan bedil baru, kekuatan pihak lawan, stok bekalan minyak dan sebagainya setiap kali berjumpa di dapur Surau sewaktu memasak air dan membuat persediaan kuih muih selepas Terawih.

Memang Nostalgia sungguh kenangan itu, bunyi Bedil yang sayup-sayup kedengaran dari Geng Laut kubur, Bunyi bedil yang bergema panjang dari Geng hulu, ada kawan yang terbakar bulu matanya, ada pula yang masuk Surau pun masih melekat pekat bau minyak Gas@tanah di baju, ada yang sanggup panjat pokok pinang di malam hari untuk dijual keesokan harinya di warung Apek Lelek demi memenuhkan stok minyak di dalam gelen. Semuanya itu demi Meriam buluh.
Untuk mendapat bahan asas Meriam buluh ini, kami terpaksa berkayuh ke seberang Sungai membawa peralatan yang perlu untuk menebang dan menariknya ke tebing. Buluh Betong banyak yang tumbuh liar di seberang dan kebetulannya ianya tumbuh dalam kawasan Team Bahagian Tengah.( Team kami ). Jadi mudah kerja kami untuk membuat operasi seawal Ramadhan. Tugas kami yang kecil ( dalam umur 9-10 tahun ) waktu itu cuma menarik batang buluh ke tebing. Menebang dan memotong mengikut sukatan ruas buluh automatik diserahkan kepada kawan yang lebih dewasa seperti Brader Edil rambut streket, Brader burn dan Arwah Tahir. Kalau nak tahu bagaimana Fesyen Rambut Streket, Perhati betul-betul fesyen rambut Brader Saleem dalam photo bawah ini. Tapi rambut Vokalist Iklim itu sudah cukup matang dan penuh terapi jagaannya. Bukan seperti rambut Brader Edil, penuh berkilat dengan minyak je...hehehe..
Untuk standard kami yang baru 'angkat Samseng' ini, 1 bedil buluh bersamaan 3 ruas panjangnya. Kami akan dibekalkan sebanyak 2 batang bedil buluh setiap seorang. Buluh yang cukup matang, tidak perlu dikeringkan lagi dan boleh digunakan terus untuk 'berperang'. Terlebih dahulu, buluh akan diikat di setiap ruasnya, andainya ianya pecah, pecahan buluh tidak melenting dan tidak membahayakan pemainnya. Risiko kecederaan pun kurang.
Sepanjang acara 'berperang' ini setiap angota telah diserah tugas untuk mempertahankan benteng. Kami dua sepupuku ditugaskan menjaga benteng paling hulu malah setiap tahun kami dua diamanahkan menjaga benteng tersebut. Mungkin kehebatan meriam buluh kami dua yang sentiasa padat dan padu deruan bunyinya setiap kali dibakar. Yang sering membantu kami dua adalah Brader Pok garut@ Sulaiman Bin Mahar dan Nawie kupi selaku tukang tiup. Brader Nawie kupi ini salah seorang Geng Kpg Laut Kubur, tapi dia ni sering belot mungkin disebabkan tertarik dengan ganjaran yang disediakan iaitu 3 batang rokok Djarum.
Al kisah, di penghujung 80an, tengah berperang dan Bedil buluh di sandar di akar pokok rambutan Arwah Pak Sanen tidak perasan stok minyak kami kehabisan, bunyi serangan dari Geng hulu semakin menjadi. Berlari Pok dan Nawie dengan botol cola kosong, minta bekalan dari 'stesen' Meriam yang lain, semuanya menggunakan alasan yang sama. STOK NAK HABIS!!!
Langkah terakhir terpaksa mencuri minyak Gas dari dapur kuih Bauhu nenek. Daripada khuatir kena sindir tajam di ketawa dalam Dapur Surau, daripada di tuduh kalah makan taik...Sanggup kena marah dan tahan telinga di bebel nenek disebabkan kuih Bauhunya tak sempat kembang. Malam itu kami kena denda tidur dalam stor...hehehe..bersambung.......

No comments:
Post a Comment