Translate

Sunday, 26 June 2016

Bubur Lambuk dan Ya Salam Restaurant


Telah berlangsungnya suatu Program yang melibatkan Y.B En Dennis Ngau Adun N77 Telang Usan datang untuk menyempurnakan Majlis Pengagihan JERAYAWAYA Bubur Lambuk anjuran Saberkas Telang Usan dan Bernas di Pekan Long Lama.



Dan yang paling bermaknanya Majlis ini disebabkan ianya adalah julung kali diadakan dalam Kawasan Telang Usan dan juga berlokasi hadapan Ya Salam Restaurant. Long lama.



Seperti dalam Ucapan Y.B En Dennis Ngau, biarpun 100% ahli Saberkas Telang Usan beragama Kristian, namun Majlis ini dibuat juga atas dasar Toleransi dan menghormati setiap agama dalam Kawasan Telang Usan ini.









Bagi aku, alasan sebenarnya Y.B En Dennis Ngau adalah disebabkan Beliau amat menghargai  segala bantuan dan sokongan moral dari komuniti Muslim dalam Adun-nya ini. Kita tidak bersifat junub, siapapun yang diangkat menjadi Pemimpin, apa yang amat dititikberatkan adalah sifat Amanah dan adil pada semua. Sepatutnya kita sebagai yang waras ini, perlu mengambil kesempatan diatas kepercayaan Orang pada diri kita. Bukan bermaksud untuk 'memakannya' tetapi menggunakan kebijaksanaan kita untuk memohon bantuan di atas kapasitinya sebagai Yang Berhormat. dalam erti kata, You win, im win too. Y.B dapat nama, kita dapat 'pulus' nya..hehehe. 



Apapun usaha yang Beliau buat, kita balas dengan menyokong 200%. Terima kasih Y.B diatas penghormatan ini. sumbangan Y.B kita telah nurkilkan dalam lembaran ini.

No comments:

Post a Comment