Translate

Sunday, 5 June 2016

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 2016

Kenapa Wajib Puasa?

Soalan yang PENDEK, tapi memerlukan kaedah jawapan yang teratur dan menyakinkan. Bagi Penganut Islam, Jawapan yang paling jelas adalah kerana ianya satu Perintah yang WAJIB ditunaikan di Bulan Ramadhan. Aku tidak mahu menjawab dengan dalil  yang berlandaskan Al Quran dan Hadis. Bukan bermaksud aku menolak, malah aku mengimami segala dalam Al Quran dan Hadis tersebut. Cuma lebih baik aku berbicara dalam kontek ‘soal dan jawab’ berdasar kefahaman Akal aku yang terhad ini. Lagipun Blog ini dibaca oleh pelbagai bangsa dan latar Agama. Jadi, lebih adil untuk aku mengemukakan hujah bersandarkan kemampuan Akal.

Bagi budak kecil yang tengah dalam proses memahami sesuatu arahan, mereka memerlukan jawapan yang santai dan mudah difahami.






Sekali lagi, Kenapa mesti Puasa?


Soal balik dengan cara membuka mindanya untuk berfikir,

i)  Kenapa menutup TV ?..Kenapa tidak di hidupkan TV 24 jam, biarkannya terus bersiaran?
ii ) Kenapa ‘off’kan kipas?..Kenapa tidak biarkannya ‘on’ 24 jam?
iii) Kenapa ‘shutdown’ suiz Laptop?..
Budak kecik pasti faham,..Kalau terus dibiarkan TV, Kipas, Laptop semalamam malah dalam ‘mode’  hidup sekali pun. Peralatan tersebut akan panas dan cepat rosak. Sedangkan pengasah pensel pun akan cepat tumbul kalau berterusan digunakan, inikan pula peralatan elektronik.


24 jam sehari x 365 hari= 8,760 jam…woowwwww

Apabila budak kecil memahami KONSEP tersebut, baru diterangkan KENAPA MESTI PUASA?. 

Kerana Perut juga perlu rehat. Siang malam pagi petang ‘kilang’ perut menerima dan memproses makanan malah tengah kita tidur pun ianya masih berkerja. Dalam 365 hari berkerja, berikan la  ‘kilang’ perut cuti…kan? Bukannya kita berpuasa 24 jam untuk 30 hari pun, Cuma waktu Terbit hingga terbenam Matahari, di Malaysia ianya dalam lingkungan 13 jam sehari namun  waktu malam kita bebas ‘membedalkan’ apa sahaja juadah.




Kenapa 30 hari mesti Puasa?


Yang mencipta kita ini telah MEMERINTAHKAN dan MEWAJIBKAN dengan kadar sebegitu demi kebaikan ianya umpama apabila kita pindah rumah. Di antara barang yang paling mahal dan sofistikated di angkat dengan penuh pantang larang dan peraturan ialah Peti sejuk.


Tokey penjual peti sejuk, Kontrator servis tukang angkat barang malah Juruteknik jurusan Peti sejuk ini pun TIDAK membenarkan peti sejuk di’hidup’kan dalam tempoh 24 jam selepas di pindahkan seandainya telah menempuh perjalanan yang jauh. Ini bagi menstabilkan semula gas peti sejuk itu.

Dan sehari sebelum pindah pun, kita akan pastikan peti sejuk tersebut telah ditutup suisnya dan dibiarkan tempoh bertenang selama 24 jam juga sebelum diangkat.


Kenapa peti sejuk 24 jam dalam mode off selepas diangkat?

Ianya demi kebaikan agar tidak rosak dan selamat digunakan.....


Maka bagi yang Tuan/puan yang mempunyai sel-sel akal yang berhubung, sepatutnya telah dapat dijawab dah soalan KENAPA 30 HARI MESTI PUASA…


Apabila kita sudah memahami “2 kenapa” tersebut..

11)    Kenapa mesti Puasa?
22)    Kenapa  memerlukan 30 Hari Puasa?

Maka akan semakin mudah untuk kita memahami peraturan PUASA ini yang melibatkan tidak makan dan minum di siang hari, menjaga tuturkata serta tingkahlaku dan memperbanyakkan amal Ibadah di Bulan Berakah ini. Kerana peraturan ini dari Yang Maha Kuasa dan tunduk setianya insan (kita)  tersebut dengan arahan ini menunjukan kepatuhan insan tersebut akan Tuhan yang menciptakannya.




No comments:

Post a Comment