Translate

Tuesday, 12 July 2016

Berhari Raya di Teratak Bonda..


Aku menulis kali ini masih dalam 'mood' Raya aidilfitri a.k.a Syawal ke-7. Cerita berkenaan Raya masih segar dalam ingatan sebab itu entri kali ini agak panjang serta dipenuhi dengan photonya sekali dan ada baiknya aku mulakan dengan acara balik kampung.

Jarak antara Long Lama dan Marudi mengambil masa 3 jam perjalanan darat dan 4 jam menaiki express Boat. Aku pasti menzairahi sanak saudara di sana paling kurang pun dalam tempoh 2 bulan sekali dan adakalanya 2 kali dalam sebulan atas urusan kerja. Tapi balik kampung sempena Lebaran ada "fill' yang tersendiri. Tak dapat aku huraikan di atas 'Lembaran' kaca ini. Ditambah lagi dengan Lagu Raya yang sudah berdesup bagaikan hujan diputar D.J di Radio Kereta. Terleka seketika yang diri ini di Penghujung Puasa. 

Selepas Gawai tempoh hari dan kini Syawal yang bakal menjelma, isu Jalanraya Miri-Marudi menjadi Tajuk utama kali ini. Di FB dan whatsapp, ramai yang mengeluh berkenaan jalan tersebut. Teman yang nak balik kampung sering bertanya status berkenaan jalan tersebut malah yang tinggal di Marudi teringin nak ber-'shopping' ke Miri pun sering mendongak ke Langit meramal cuaca khuatir hujan, sebab kalau hari hujan di tengah perjalanan tersebut, ianya sungguh membahaya. Aku pernah sekali terkena dalam situasi tersebut. Walaupun kereta ada 4WD namun berpeluh dalam aircond dibuatnya. Bak kata salah seorang kawan yang sama sekolahku dulu, sewaktu duduk minum bersama di Kedai kopi Ajok di Hari Raya ke-2,



" Tak dapat bawa kereta sendiri, aku sewa kereta 'transport' luar. Yang penting dapat balik beraya".

Orang bandar tidak akan faham gelora Naluri tersebut. Walaupun kawanku ini, telah lama menetap di Bandar, namun Jati dirinya masih tebal, Desa nan permai ini juga pilihannya di Hari Raya. 'Ketagihan' nak balik Raya di kampung mengatasi segala-galanya.

 Keadaan jalan di penghujung Tahun 2015

Jalan di Area Bukit Kuaters Ladang sawit yang sering menghantui setiap Pemandu


Setiap Hari Raya malah saban tahun, Baju Raya sedondong memang Wajib untuk keluargaku. Isteri memang elekgik dengan perkara ini. Awal lagi sudah dibelinya sewaktu bercuti di Pulau Labuan ( Klik ) dalam Bulan March lepas. Dan tahun ini, atas persetujuan bersama, kami telah memilih warna Hijau pucuk pisang untuk tema tahun ini.


Tahun ini aku dapat balik awal dan sempat berpuasa 3 hari sebelum 1 Syawal di kampung. Dalam masa tersebut aku habiskan dengan operasi mengecat rumah di bantu oleh anak bujangku dan ditemani 2 orang sepupu mereka juga. Aku beli cat yang telah di-taja oleh Adikku yang berkerja di Brunei. Duit sana besar nilainya. Dia bagi $100 dollar, aku dapat beli 5 tong Cat yang berkapasiti 7 Litter se-tong. Aku tolong beli je..hehehe. Segala kerja mengecat ini aku serahkan bulat-bulat dengan 4 orang pekerja Amatur aku ini. Gaji dibayar dengan Air Cendol RM20.00  dan 5 kotak Mercun "happy Boom".







Sentuhan Terakhir sambil Takbir Malam Raya telah bergema


Salam AidilFitri kepada semua para pembaca. Andai ada terkasar dan tersinggung dalam berkenalan dan pembacaan di blog ini, aku mewakili ahli Keluarga ku dengan sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Raya tahun ini, dua orang adikku tak dapat balik. Si Angah terpaksa menghadiri Majlis perkahwinan adik iparnya di Hari Raya ke-3 dan Si usu pula, menanti saat debar Isterinya akan melahirkan anak bila-bila masa di Bulan yang mulia ini.



Namun itu bukan melemahkan "semangat' aku nak beraya. Dengan dikelilingi ahli keluarga dan sanak saudara yang terdekat. Rasa kehilangan mereka berdua ( 2 adikku ) terubat juga melihat riuh rendah celoteh anak cucu cicit Nenenda Puan Fatimah Binti Tassim. ( duduk ditengah sekali )

Masih ramai lagi ahli keluarga tidak ada dalam Photo ini, tapi Photo ini sahaja yang paling banyak 
ahli keluargaku dikumpul dan bergambar untuk Tahun ini.

Suasana Di Rumah Pak Mertua


Selepas solat Sunat Aidilfitri di Masjid besar Marudi, selepas berkumpul dan menziarahi sesama ahli keluarga, acara seterusnya adalah Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Perkarangan Surau kampung. Aku suka ke Program ini, kerana di Majlis ini sahaja, aku dapat berjumpa semua jiran kampung, kawan sepermainan bersalam bermaafan dan terkini, berselfie.






 Berselfie dengan Tuan Admin Group whatsapp sama Sekolah Rendah/Menengah



Brader Zainal Ali peminat setia Kumpulan Search dan wings, suara dia pun 'sedop' tika berkaraoke

Sahabat sama sekolah Rendah ku dulu. Bertemu cuma setahun sekali dan pertemuan itu, 
pastinya di Majlis sebegini.


Untuk Hari Raya yang pertama, jadual Harianku memang padat. Walaupun terasa mengantuk, namun digagahkan juga kerana peluang ini cuma setahun sekali. Pada sebelah petangnya pula, aku bersama ahli keluarga ke Pusara.




Pemandangan yang Wajib setiap kali Hari Raya. Bukan tidak ada bilik untuk tidur, tapi tidur bersepah di ruang tamu juga memberi sesuatu kenikmatan tika Lebaran. Selagi rumah Pusaka ini masih ada, selagi itu Trend tidur bersepah pasti berlaku. Sekarang ini anak dan sepupu mereka memenuhi ruang tamu, Andai umur ini panjang, akan sempat jua aku saksikan Tidur bersepah ini berlaku kepada cucu cicit ku juga suatu hari nanti.

Seperti tradisi Hari Raya setiap tahun, aku pasti membuat 'Openhouse' untuk semua yang hadir pada Hari Raya ke-2. Majlis bermula pada jam 5 sebelah petang. Aku telah meminjam kerusi meja dari Balai Raya kampung dengan jumlah sewanya RM18.00 ( Kerusi 30 biji x 0.50sen ) + ( Meja 1 x RM3.00 ).


Tapi 'Openhouse' kali ini lebih istimewa, kerana aku telah menjemput semua Sahabat sama sekolah ku untuk berhari Raya di Teratak Bonda ini. Maka, menu juga mesti Istimewa dan panassss...Selain dari kuih muih, kelupis, rendang dan ayam masak merah, Kambing, Sayap ayam dan Ikan bakar juga di sediakan.


Geng panggang

Kambing sudah..Sayap ayam lagi






Memang meriah Raya 'Oenhouse' kali ini. Dengan pelitanya, lampu neonnya, bunyi mercun dan bunga api, hingga salah seorang kawan ku berkata:

" kawasan tok la, paling meriah bila beraya"

Syawal tahun ini lebih bermakna sekali. Ianya juga telah memberi erti apabila tali silaturahim dapat dieratkan kembali.

Photo yang paling 'win' untuk Syawal ini.


Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir & Batin.
















No comments:

Post a Comment