Translate

Monday, 18 July 2016

Menjadi Juri


Mungkin aku dilahir dan dibesarkan dalam zaman Rock Kapak menyebabkan aku dipilih menjadi Juri untuk Pertandingan Live Bands & Lagu Etnik peringkat Sekolah Menengah di Long Lama malam minggu lepas. Malah yang ‘Incharge’ Pertandingan ini adalah Salah seorang sahabat yang amat mengenali ‘dunia’ hidup bujangku dulu. Mungkin itu penyebabnya aku secara automatik dipilih menjadi Juri.




Pertandingan ini cuma untuk pelajar Asrama sahaja. Peserta yang bertanding sebenarnya mewakili setiap Asrama mereka. Andai aku berkuasa dalam menentukan Program ini, aku lebih suka kalau ianya dibuka kepada Pelajar luar/harian juga. Agar pertandingan ini lebih adil dan menyeluruh dan secara tidak langsung, ianya dapat merancakkan lagi “semangat’ pertandingan ini.







Memang arena muzik bukan keutamaan dalam Aliran Sekolah kebangsaan kita, tapi perjalanan Muzik ini sekarang sudah mula berkembang, ianya boleh membawa seseorang itu pergi jauh dan hidup lumayan. Untuk apa kita dedahkan mereka dengan Kelas muzik di Sekolah rendah dahulu, andai penghujungnya kita biarkan mereka dengan angan-angan, apabila melihat Majalah hiburan di luar sana?... Apa yang aku nampak, ramai pelajar yang berbakat pada malam itu.



Kalau dikatakan Muzik ini mengkhayalkan, merosakkan fikiran, ianya bukan salah Muzik itu, tapi salah yang orang yang mentaksirkannya. Memang diakui, ada juga yang hanyut di sebabkan muzik ini. Tapi jangan salahkan Muzik itu, salahkan pada orang yang hanyut itu…



Syabas aku ucapkan kepada urusetia Penganjur pertandingan ini, walaupun berbentuk santai, tapi aku nampak setiap peserta yang mewakili Asramanya punyai penyokong sendiri. Ada Semangat setiakawan dalam pertandingan ini.  Dan diharap, agar Pertandingan ini dijadikan acara Tahunan Sekolah.



No comments:

Post a Comment