Translate

Thursday, 4 August 2016

Adakah aku, peminat Filem tempatan?

(Semua photo bersumber dari internet) 

Tak terasa masa berlalu, pejam celik, ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di atur Tuhan. Kali ini, entri aku mengajak untuk berfikir tentang cerita drama dan filem di kaca TV kita. Merenung apa yang kita lihat dan pelajari serta kesan untuk minda kita !!!

Perasankah kita, filem dari Hollywood sudah jauh berubah corak jalan ceritanya. Ianya bukan setakat ‘fighting’ seperti selalu tapi jalan ceritanya semakin berat. Mungkin ini adalah hasil penelitian setiap Pengarah filem barat dengan filem yang diiftiraf dalam Cannes Film Festival. Mereka memerhati dan mempelajari ‘postmortem’ dari setiap filem yang menang di festival tersebut. Mereka kini sudah hebat dalam membina konflik untuk setiap filem yang dibuat hingga mengajak kita bersama untuk  berfikir sewaktu menonton dan sentiasa menanti jawapan kesudahannya. Aku mukadimah entri ini dengan filem dari barat dahulu. Agar untuk memudahkan pembaca faham perjalanan entri ini dan memudahkan lagi aku untuk menerangkan isi sebenar topik kali ini.

Bila sebut Superhero, memang Amerika jaguh dalam melahirkan watak pelik begitu. Aku yang dari kecil memang sudah mengenali watak Superman, Batman dan sebagainya. Walaupun watak Superhero ini lebih sekadar hiburan untuk kanak-kanak pada awal kemunculannya, namun kini, watak hero tersebut  semakin matang dan ‘didewasakan’. Misalnya dalam Filem Francias Batman, aku suka Filem Batman penghujung tahun 1989-1992 yang dibintangi oleh actor Micheal Kreaton dan Trilogi Batman yang terbaru The Dark Knight rises watak Batman yang di hidupkan oleh Christian Bale.








 Aku sengaja angkatkan nama dua Aktor ini kerana Filem Batman yang dibawa oleh mereka memiliki keunikan untuk tatapan orang dewasa. Banyak lagi Filem francias Batman, tapi semuanya tahap pemikiran budak sekolah rendah sahaja.  Sebegitu juga dengan Filem Superman yang terbaru. Penuh dengan plot cerita dan aksi yang Maha hebat hingga kita sudah lupa yang lawak awal kewujudan Superman dulu menggunakan seluar kecil di luar. Filem sebegini bukan lagi tatapan budak sekolah, tapi sasarannya orang dewasa yang punyai pemikiran aras tinggi namun ada juga orang dewasa yang masih seakan belum matang pemikirannya..hehehe

Sebegitu juga filem yang terbaru Tarzan, ianya sungguh jauh dari jalan cerita epik yang selalu kita baca dan lihat di kaca TV. Nampak jelas di sana, pengarah atau tukang cerita mempunyai satu kemahiran berfikir di luar kotak normal akal. Filem yang menceritakan kisah Tarzan yang sudah kembali ke tamadun manusia dan terpaksa balik ke ‘dunia’ asalnya untuk menyelamat tempat kediaman ‘rakyat rimbanya’ dari dimusnahkan oleh orang luar.





Filem Avenger, X-men, Thor, Pasific Rim, John Cater dan seangkatan dengannya lebih kepada peperangan dengan mahluk asing. Kekuatan filem sebegini  di fokuskan kepada plot-plot jalan ceritanya. Kalau berterusan berperang dari mula hingga akhir, lebih baik tengok cerita combat. Dibantu oleh efek grafik, membuatkan setiap kali peperangan seakan-akan asli benar belaka. Namun yang ditekankan adalah kesinambungan plot konflik untuk dikaitkan dengan jalan cerita seterusnya. Sebab itu Filem God of Egypt tidak berjaya walaupun efek grafiknya sungguh menawan. Filem tersebut terlalu mudah untuk diduga perjalanan ceritanya.

Pastikan konflik yang dibangkitkan itu, memerlukan penonton untuk berfikir, seperti dalam Filem Life of Pi. Walaupun watak utamanya seorang budak dan seekor harimau lapar hanyut di tengah lautan. Tapi kekuatan cerita ini adalah konflik di antara mereka dan ikhtiar hidup masing-masing. Sebegitu juga Filem The Revenant. Plot jalan cerita yang dibina sungguh menguji akal dan semakin menguja apabila cara ikhtiar hidup selepas Heronya dilakon oleh Leonardo Dicaprio cedera parah diserang beruang. 






Kunci kejayaan filem antarabangsa adalah pembinaan plot-plot cerita yang menarik, melahirkan konflik dan mengajak penonton untuk bersama menyelesaikannya. Filem sebegini lebih memberi kesan dihati.

Aku sudah banyak menonton filem antarabangsa dan Filem yang amat ‘legend’ masih tidak dapat aku lupakan adalah Filem Predator, hero lakonan Arnorld Schwarzenegger di keluarkan pada tahun 1987. Sebab itu, dalam FB aku dalam ruang MOVIES, aku klik Likes Filem Predator. Bukan ada efek khas pun dalam filem itu, cuma bertembak tak tentu pasal dan para pelakonnya cuma 8 orang termasuk wanita yang tak sampai 20 minit pun hadir dalam filem tersebut. Membuatkan filem  ini memberi impak yang cukup mendalam disebabkan kita tidak terbayang pun akan maju dan hebatnya kelengkapan Mahluk dari luar angkasa lepas ini. Pengarah filem itu telah membawa sesuatu yang baru, peralatan senjatanya mendahului zaman. Bayangkan dalam tahun 1987, pengarah filem telah melengkapkan Senjata yang Super hebat  untuk watak Predator tersebut. Penonton diajak untuk berfikir bagaimana hendak membunuh mahluk tersebut. Waktu itu, belum didedahkan ilmu persenjataan tentera berkenaan Penembak tepat menggunakan cahaya laser. Jauh lagi penggunaan sistem penyamaran canggih yang dimiliki Mahluk dari angkasa ini. Dengan kualiti topeng  yang mampu mengesan kehadiran haba dan memiliki tubuh yang amat besar malah lebih 1 kaki tinggi dari tubuh Arnold itu sendiri sedangkan Arnold juga berbadan besar, bekas Juara Bina badan pemenang  tujuh kali gelaran "Mr Olympia". Ini yang membuatkan penonton bekerja memerahkan otak untuk mencari pelbagai andaian cara membunuhnya. Plot serta konflik cerita tersebut secara tidak langsung  mampu membuatkan para penonton untuk terus duduk diam hingga ke akhir cerita dan berdebar menanti kesudahannya.




Secara jujurnya, aku tidak mengikuti sangat perkembangan dunia perfileman Malaysia. Filem keluaran Malaysia terakhir yang aku lihat adalah Filem Polis Evo lakonan Artis serba boleh Zizan Razak. Aku terpanggil untuk duduk di dalam wayang melayan filem ini disebabkan filem ini sahaja yang paling kurang cinta-cintun. Mungkin 3% sahaja, itu pun bab bermain mata antara Inspektor Khai dan Nora Danish sewaktu makan di rumah Inspektor Hasani. Itu saja. Filem barat juga banyak adegan yang berahi, namun kita harus faham, itu adalah budaya setempat hidup mereka. Tapi filem kita sudah berani melampaui batas. Adegan pakaian ketat serta berpelukan membanjiri drama dan filem kita. 

Ingat !!!, itu bukan budaya setempat kita..

Bukan aku kedekut nak belanja lebih untuk masuk wayang melayan filem Malaysia atau membeli DVD filem buatan Malaysia tapi aku rasa tidak berbaloi membazir duit apabila aku dihidangkan dengan filem yang sungguh lemah jalan ceritanya.

Drama cerita melayu TV3 jam 7:00 malam???....bagi aku, ianya merosakkan anak bangsa. Filem atau drama orang putih, pasti anak bujang dan dara kita, jarang hendak menontonnya disebabkan mereka kurang memahami bahasanya walaupun sudah ada ‘translation’, jadi mereka melayan drama melayu yang apabila semakin dilayan membuatkan mereka semakin leka dengan jalan ceritannya yang sempoi dan tidak memerlukan akal untuk berfikir. Pengarah drama yang tidak teliti. Berkisar tentang kehidupan orang kaya sahaja, tiada masalah lain yang diketengahkan, melainkan masalah cinta, kalau cerita seram, tipikalnya pasti dapat dibayangkan hantu pakai baju warna putih rambut panjang sebegitu juga cerita komedi. Memang benar, cerita komedi bertemakan santai, tapi perhaluskan lagi jalan ceritanya, jangan nampak sangat kedunguannya.  Drama sebegini telah melahirkan generasi yang malas menggunakan akal. Bayangkan filem TEMPATAN yang penuh dengan adegan aksi pertarungan boleh mempengaruhi kehidupan seseorang seperti dalam kisah tertulis di suratkhabar ini.( dalam petak kuning ) Tidak mustahil, ada juga yang telah menjadi En.Sotong, isteri pemarah gile, suami cemburu buta, mak mentua sewel dan yang terbaru, ada lagi hebat tajuk dramanya, ' Girlfriend aku, dari Neraka '. 

Mahu kah kita melihat anak-anak kita mengikut jejak watak tersebut?


( klik untuk besarkan gambarnya )


Sungguh tidak realistik dengan dunia realiti melayu kini.  Parang tajam berkilat, kalau tidak diasah, lama kelamaan akan tumpul juga. Sebegitu juga dengan akal ini, kalau terus di’beku’kan atau didedahkan dengan perkara yang tidak berfaedah, ianya membuatkan akal itu semakin berkarat dan akhirnya sudah terbiasa dengan cara berfikiran malas sebegitu.

Selari juga dengan Filem Malaysia yang kebanyakannya berunsur khurafat, cinta-cintun mengarut, melawak tak tentu pasal namun ada juga yang bagus. Kalau boleh aku nisbahkan dari 20 cuma 1 sahaja filem yang berkualiti. Mungkin ‘skema pemarkahan’ nilai sesebuah filem terlalu tinggi untuk tahap aku, jadi banyak filem terpaksa di tongsampahkan, iaitu filem atau cerita yang tidak memenuhi kriteria pemarkahan, keluar dari konsep dan kontek dan yang paling sedih tiada satu pun impak positif yang diperoleh. Aku harus sedar juga, tahap pemikiran dan selera setiap insan berlainan. Jadi, siapa yang tidak sependapat denganku, anggapkan saja  apa yang aku tuliskan ini sebagai  bahan ‘tongsampah’ anda.

Mengimbau kembali saat aku masih berstatus bujang dulu. Dalam tahun 1996 ada satu animasi yang paling aku suka selain Dragon Ball. Animasi buatan tempatan yang bertajuk KELUANGMAN. Filem animasi superhero Keluangman ini mempunyai sedikit persamaan dengan filem animasi superhero Barat, iaitu Batman tetapi plot-plot filem animasi Keluangman lebih kepada berunsurkan budaya masyarakat nusantara.



Hero yang bernama Borhan tinggal di Hospital Bahagia. Beliau jaguh silat namun sewaktu pertarungan kepalanya telah dipukul menyebabkan beliau hilang ingatan dan dituduh gila. Tidak memiliki superpower pun, tapi punyai sifat kejujuran. Dalam jalan ceritanya ditanam pelbagai nilai murni masyarakat setempat seperti perpaduan, tolong-menolong dan sebagainya.

Tempat tinggal dan bilik operasi Keluangman ini di rumah sakit mental. Borhan sengaja memilih lokasi tersebut agar penjahat, polis dan peminat misteri iaitu seorang wanita selaku wartawan akhbar tidak dapat mencarinya. Tentu la orang  tidak akan mencari di lokasi tersebutkan? Superhero mesti la tempatnya esklusif. Tapi lain pula untuk watak Keluangman ini yang memilih tempat tawanan pesakit orang yang bermasalah mental a.k.a gila. Batman ada Robin Hood, Superman ada Superwoman maka Keluangman pun ada temannya yang di beri nama Tiongman@Samad.  Siang hari mereka berperwatakan gila namun malam mereka akan keluar menyelesaikan masalah.

Walaupun seakan mudah saja jalan ceritanya, namun pernahkan kita terfikir, orang normal menyembunyi identiti dan bersembunyi di rumah orang sakit mental???..hebat kan cara seorang Pengarah yang berfikiran kreatif dan kritis. Plot cerita yang berkaut dan berpusing membuatkan Keluangman ini seronok untuk ditonton.


Tiba-tiba aku rasa rindu dengan animasi Keluangman ini. Beruntung kerana sempat mengenali kereakter tersebut. Keluangman sangat popular ketika itu. Bagi aku, Keluangman filem animasi superhero terbaik yang pernah dikeluarkan Malaysia walaupun aplikasi yang digunakan agak ketinggalan zaman, Keluangman merupakan animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D dan memang sukar menghasilkan gerak animasi dan gerak kamera dalam animasi tersebut. Hasilnya tidak begitu kemas dan kadangkala menampakkan keganjilan dalam sesetengah babak, namun tenaga pekerjanya wajar mendapat pujian atas kesungguhan dan semangat dalam menghasilkannya. Banyak juga filem animasi barat lebih hebat kualiti grafiknya ketika itu, tetapi Keluangman tetap menjadi pilihan. Selain dari penggunaan Bahasa Melayu dalam animasi Keluangman, kepentingan dalam pembinaan plot dan konflik cerita juga perlu di titikberatkan, apa lagi yang dapat aku nak kata, melainkan aku juga peminat filem buatan tempatan dengan syarat, ianya mesti  padat dengan kualiti dalam setiap tayangan.


Tuesday, 26 July 2016

Baong Belaga untuk Yayasan Sarawak


Minggu ini amat meletihkan sekali, selepas berkampung di Miri untuk SUKMA, aku terus menyambung persediaan untuk jamuan makanan Lawatan Pegawai dari Yayasan Sarawak dan Pegawai Pendidikan Daerah Baram beserta Rombongan di SMK Long Lama. 

Jadual makan dimulakan pada sebelah malam dan keesokkan hari di mula pula seawal jam 7.30 pagi, rehat sebentar jam 10 pagi dan berakhir makan tengahari jam 12.30 petang.



Ikan Tengiri masak Kari dan ayam masak merah pembuka tirai untuk malam tersebut.





Tiada apa yang hendak aku tuliskan dalam entri kali ini. Semuanya bercorak santai dan relax sahaja namun lebih kepada sudut gambar.














Untuk makan tengahari, mereka minta agar disediakan makanan ala kampung. Apabila di sebut Ala Kampung, wajib ada belacan dan ulamnya, ayam panggang dan Ikan Baong masak asam. Sayangnya aku tak sempat ambil gambar menu tersebut. Ikan baong di-tempah khas dari Bakun Belaga, mengambil kesempatan di atas Perjalanan Trip memancing sahabat baik yang memang pergi di sana. Berpesan agar membawa balik Ikan Baong tersebut untuk Jamuan ini.

Kenangan Catering untuk kali ini, adalah yang berwarna "silver' 4 biji dalam gambar tersebut.



Sunday, 24 July 2016

SUKMA Edisi 18 di Sarawak Negeri tercinta


Walaupun aku sibuk dengan jadual Harian sewaktu berada di Bandaraya Miri, namun aku sempat juga singgah sebentar membawa ahli Keluarga ke Indoor Stadium Miri untuk merasai 'aura' Sukan Malaysia/ SUKMA dalam acara Sepaktakraw. 



Sukan Sepaktakraw yang banyak membawa makna dalam hidup ku ini, yang mengajar aku erti sebuah perhubungan, kini ada di depan mata dengan status Sukan bertaraf Negeri. Selain Sepaktakraw, sukan perahu layar dan Karate lokasinya di Miri ini juga. 






Agak kurang juga pengunjung dan penonton kerana ini adalah hari pertama ( 23 Julai ) pertandingan Sepaktakraw SUKMA dan ianya akan berlangsung sehingga 30 Julai nanti.




Bertuah dapat tengok Tekong Kebangsaan En Mohd Shahir Mohd Rosdi beraksi di SUKMA ini yang mewakili Negeri Pulau Pinang. ( Baju Biru )



Peluang ini, entah datang lagi atau tidak, maka ambil la kesempatan lagipun ianya berada di depan mata kita.


Monday, 18 July 2016

Menjadi Juri


Mungkin aku dilahir dan dibesarkan dalam zaman Rock Kapak menyebabkan aku dipilih menjadi Juri untuk Pertandingan Live Bands & Lagu Etnik peringkat Sekolah Menengah di Long Lama malam minggu lepas. Malah yang ‘Incharge’ Pertandingan ini adalah Salah seorang sahabat yang amat mengenali ‘dunia’ hidup bujangku dulu. Mungkin itu penyebabnya aku secara automatik dipilih menjadi Juri.




Pertandingan ini cuma untuk pelajar Asrama sahaja. Peserta yang bertanding sebenarnya mewakili setiap Asrama mereka. Andai aku berkuasa dalam menentukan Program ini, aku lebih suka kalau ianya dibuka kepada Pelajar luar/harian juga. Agar pertandingan ini lebih adil dan menyeluruh dan secara tidak langsung, ianya dapat merancakkan lagi “semangat’ pertandingan ini.







Memang arena muzik bukan keutamaan dalam Aliran Sekolah kebangsaan kita, tapi perjalanan Muzik ini sekarang sudah mula berkembang, ianya boleh membawa seseorang itu pergi jauh dan hidup lumayan. Untuk apa kita dedahkan mereka dengan Kelas muzik di Sekolah rendah dahulu, andai penghujungnya kita biarkan mereka dengan angan-angan, apabila melihat Majalah hiburan di luar sana?... Apa yang aku nampak, ramai pelajar yang berbakat pada malam itu.



Kalau dikatakan Muzik ini mengkhayalkan, merosakkan fikiran, ianya bukan salah Muzik itu, tapi salah yang orang yang mentaksirkannya. Memang diakui, ada juga yang hanyut di sebabkan muzik ini. Tapi jangan salahkan Muzik itu, salahkan pada orang yang hanyut itu…



Syabas aku ucapkan kepada urusetia Penganjur pertandingan ini, walaupun berbentuk santai, tapi aku nampak setiap peserta yang mewakili Asramanya punyai penyokong sendiri. Ada Semangat setiakawan dalam pertandingan ini.  Dan diharap, agar Pertandingan ini dijadikan acara Tahunan Sekolah.



Tuesday, 12 July 2016

Berhari Raya di Teratak Bonda..


Aku menulis kali ini masih dalam 'mood' Raya aidilfitri a.k.a Syawal ke-7. Cerita berkenaan Raya masih segar dalam ingatan sebab itu entri kali ini agak panjang serta dipenuhi dengan photonya sekali dan ada baiknya aku mulakan dengan acara balik kampung.

Jarak antara Long Lama dan Marudi mengambil masa 3 jam perjalanan darat dan 4 jam menaiki express Boat. Aku pasti menzairahi sanak saudara di sana paling kurang pun dalam tempoh 2 bulan sekali dan adakalanya 2 kali dalam sebulan atas urusan kerja. Tapi balik kampung sempena Lebaran ada "fill' yang tersendiri. Tak dapat aku huraikan di atas 'Lembaran' kaca ini. Ditambah lagi dengan Lagu Raya yang sudah berdesup bagaikan hujan diputar D.J di Radio Kereta. Terleka seketika yang diri ini di Penghujung Puasa. 

Selepas Gawai tempoh hari dan kini Syawal yang bakal menjelma, isu Jalanraya Miri-Marudi menjadi Tajuk utama kali ini. Di FB dan whatsapp, ramai yang mengeluh berkenaan jalan tersebut. Teman yang nak balik kampung sering bertanya status berkenaan jalan tersebut malah yang tinggal di Marudi teringin nak ber-'shopping' ke Miri pun sering mendongak ke Langit meramal cuaca khuatir hujan, sebab kalau hari hujan di tengah perjalanan tersebut, ianya sungguh membahaya. Aku pernah sekali terkena dalam situasi tersebut. Walaupun kereta ada 4WD namun berpeluh dalam aircond dibuatnya. Bak kata salah seorang kawan yang sama sekolahku dulu, sewaktu duduk minum bersama di Kedai kopi Ajok di Hari Raya ke-2,



" Tak dapat bawa kereta sendiri, aku sewa kereta 'transport' luar. Yang penting dapat balik beraya".

Orang bandar tidak akan faham gelora Naluri tersebut. Walaupun kawanku ini, telah lama menetap di Bandar, namun Jati dirinya masih tebal, Desa nan permai ini juga pilihannya di Hari Raya. 'Ketagihan' nak balik Raya di kampung mengatasi segala-galanya.

 Keadaan jalan di penghujung Tahun 2015

Jalan di Area Bukit Kuaters Ladang sawit yang sering menghantui setiap Pemandu


Setiap Hari Raya malah saban tahun, Baju Raya sedondong memang Wajib untuk keluargaku. Isteri memang elekgik dengan perkara ini. Awal lagi sudah dibelinya sewaktu bercuti di Pulau Labuan ( Klik ) dalam Bulan March lepas. Dan tahun ini, atas persetujuan bersama, kami telah memilih warna Hijau pucuk pisang untuk tema tahun ini.


Tahun ini aku dapat balik awal dan sempat berpuasa 3 hari sebelum 1 Syawal di kampung. Dalam masa tersebut aku habiskan dengan operasi mengecat rumah di bantu oleh anak bujangku dan ditemani 2 orang sepupu mereka juga. Aku beli cat yang telah di-taja oleh Adikku yang berkerja di Brunei. Duit sana besar nilainya. Dia bagi $100 dollar, aku dapat beli 5 tong Cat yang berkapasiti 7 Litter se-tong. Aku tolong beli je..hehehe. Segala kerja mengecat ini aku serahkan bulat-bulat dengan 4 orang pekerja Amatur aku ini. Gaji dibayar dengan Air Cendol RM20.00  dan 5 kotak Mercun "happy Boom".







Sentuhan Terakhir sambil Takbir Malam Raya telah bergema


Salam AidilFitri kepada semua para pembaca. Andai ada terkasar dan tersinggung dalam berkenalan dan pembacaan di blog ini, aku mewakili ahli Keluarga ku dengan sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Raya tahun ini, dua orang adikku tak dapat balik. Si Angah terpaksa menghadiri Majlis perkahwinan adik iparnya di Hari Raya ke-3 dan Si usu pula, menanti saat debar Isterinya akan melahirkan anak bila-bila masa di Bulan yang mulia ini.



Namun itu bukan melemahkan "semangat' aku nak beraya. Dengan dikelilingi ahli keluarga dan sanak saudara yang terdekat. Rasa kehilangan mereka berdua ( 2 adikku ) terubat juga melihat riuh rendah celoteh anak cucu cicit Nenenda Puan Fatimah Binti Tassim. ( duduk ditengah sekali )

Masih ramai lagi ahli keluarga tidak ada dalam Photo ini, tapi Photo ini sahaja yang paling banyak 
ahli keluargaku dikumpul dan bergambar untuk Tahun ini.

Suasana Di Rumah Pak Mertua


Selepas solat Sunat Aidilfitri di Masjid besar Marudi, selepas berkumpul dan menziarahi sesama ahli keluarga, acara seterusnya adalah Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Perkarangan Surau kampung. Aku suka ke Program ini, kerana di Majlis ini sahaja, aku dapat berjumpa semua jiran kampung, kawan sepermainan bersalam bermaafan dan terkini, berselfie.






 Berselfie dengan Tuan Admin Group whatsapp sama Sekolah Rendah/Menengah



Brader Zainal Ali peminat setia Kumpulan Search dan wings, suara dia pun 'sedop' tika berkaraoke

Sahabat sama sekolah Rendah ku dulu. Bertemu cuma setahun sekali dan pertemuan itu, 
pastinya di Majlis sebegini.


Untuk Hari Raya yang pertama, jadual Harianku memang padat. Walaupun terasa mengantuk, namun digagahkan juga kerana peluang ini cuma setahun sekali. Pada sebelah petangnya pula, aku bersama ahli keluarga ke Pusara.




Pemandangan yang Wajib setiap kali Hari Raya. Bukan tidak ada bilik untuk tidur, tapi tidur bersepah di ruang tamu juga memberi sesuatu kenikmatan tika Lebaran. Selagi rumah Pusaka ini masih ada, selagi itu Trend tidur bersepah pasti berlaku. Sekarang ini anak dan sepupu mereka memenuhi ruang tamu, Andai umur ini panjang, akan sempat jua aku saksikan Tidur bersepah ini berlaku kepada cucu cicit ku juga suatu hari nanti.

Seperti tradisi Hari Raya setiap tahun, aku pasti membuat 'Openhouse' untuk semua yang hadir pada Hari Raya ke-2. Majlis bermula pada jam 5 sebelah petang. Aku telah meminjam kerusi meja dari Balai Raya kampung dengan jumlah sewanya RM18.00 ( Kerusi 30 biji x 0.50sen ) + ( Meja 1 x RM3.00 ).


Tapi 'Openhouse' kali ini lebih istimewa, kerana aku telah menjemput semua Sahabat sama sekolah ku untuk berhari Raya di Teratak Bonda ini. Maka, menu juga mesti Istimewa dan panassss...Selain dari kuih muih, kelupis, rendang dan ayam masak merah, Kambing, Sayap ayam dan Ikan bakar juga di sediakan.


Geng panggang

Kambing sudah..Sayap ayam lagi






Memang meriah Raya 'Oenhouse' kali ini. Dengan pelitanya, lampu neonnya, bunyi mercun dan bunga api, hingga salah seorang kawan ku berkata:

" kawasan tok la, paling meriah bila beraya"

Syawal tahun ini lebih bermakna sekali. Ianya juga telah memberi erti apabila tali silaturahim dapat dieratkan kembali.

Photo yang paling 'win' untuk Syawal ini.


Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir & Batin.