Translate

Thursday, 9 March 2017

Kenapa aku kata begitu?


Perkara yang sering berlaku di sana. Aku sertakan kronologi keratan akhbar mengikut tarikh


Bertarikh 8 March 2017 (klik untuk besarkan )

Bertarikh 9 March ( Klik untuk besarkan )





Sebelum bermula, aku mohon banyak-banyak kemaafan kerana membangkitkan perkara ini, namun bukan juga bermaksud untuk merendahkan usaha tersebut tapi sepatutnya Yang Berhormat Dato membantu menyelesaikan masalah tersebut, bukan terus melenting dan menuduh mereka ‘gagal’ memberi perkhidmatan.

Bak kata Dato:

‘Mereka boleh BERUNDING dengan pihak Pemaju (CMS yang membina jalan ) dalam usaha mencari penyelesaian pratikal…



Kalau Dato boleh memberi cadangan yang baik ini, ( berunding ) kenapa Dato tidak Pratik-kan kata-kata Dato  itu, iaitu berunding atau menjadi orang tengah di antara Pemaju stesen minyak dan pihak CMS? Tindakan Dato menegur kes ini dalam Suratkhabar sebenarnya tidak memberi apa-apa erti atau penyelesaian pun. Dato mewakili suara kami bukan men-kondem-kan lagi orang yang dibawah jagaan Dato.

Untuk rekod, Jalanraya menghubungkan Miri Marudi ketika ini memang dalam proses baikpulih dan amat membahaya. Aku faham juga kenapa Pengendali Stesen minyak tidak dapat membawa bekalannya ke Marudi, ianya melibatkan soal nyawa terutama musim tengkujuh ini. Apabila keadaan jalan kembali kering nanti, perkhidmatan trak tangki minyak akan kembali pulih seperti sediakala.

Untuk mengunakan alternative lain seperti menggunakan kapal minyak, ianya memerlukan satu prosedur yang banyak. Perbincangan antara tauke kapal lagi, Lembaga Sungai Sarawak harus diberitahu, perbincangan perubahan laluan perjalanan dengan ‘supplier’ minyak lagi, banyak yang harus dilakukan. Berbincang dengan banyak pihak dalam jangka waktu yang singkat dan tender penghantaran yang berubah, ianya memang menyusahkan, silap-silap boleh merumitkan lagi keadaan. Pernah sekali aku melihat pekerja Pam minyak berkeras tidak mahu menjual minyak di dalam bekas botol atau gelen yang tidak mempunyai tahap keselamatan yang dimahukan.  Mungkin itu adalah di antara syarat ketat yang harus dipatuhi pekerjanya.

Itu cuma sekadar mengisi minyak di dalam gelen, apatahlagi hendak membawa berjuta liter minyak. Pasti banyak perkara SOP ( standard Operation Prosedur ) yang wajib diikuti.

Mudah sahaja, dengan kuasa yang ada, anda sepatutnya memanggil Pengendali stesen minyak itu dan wakil dari CMS berbincang mengenai laluan yang boleh digunakan, anda sebagai 'Bapak' kami dan pemerhati, duduk santai bersama mereka sambil melayan kopi O panas dan cucur mengkuang.



No comments:

Post a Comment