Translate

Monday, 27 March 2017

Pemilihan Ketua Kampung Narum 2017

Keputusan penuh untuk Pemilihan Ketua Kampung Narum pada 26 March 2017
Jumlah Undi             : 277
Undi Rosak               : 2
Jumlah Undi dikira : 275

NAMA CALON
JUMLAH UNDI
En. Fauzi bin Hj. Hossein
117
En. Amin Abd Rashid
72
En. Jaafar Bin Abdullah
54
En. Fadhil Hj. Suip
28
En. Mugaret Bin Junaidi
4


Alhamdulillah, di atas kecanggihan teknologi masa kini, walaupun jauh namun aku masih dapat mengikuti perkembangan proses pemilihan Ketua Kampung nun jauh di kampung Narum Marudi. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menjadi ‘pemberita’ tak bergaji kerana sudi  mensensasikan berkenaan Majlis pemilihan ini.
Perkarangan Balairaya Kampung Narum

Bilangan pengundi semakin ramai


Tahniah diucapkan kepada Ayahanda  Saudara Fauzi Bin Hj Hossein a.k.a Bujang Pozi, di atas kejayaan beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Kampung Narum untuk sesi yang baru. Aku amat mengagumi ketokohan beliau malah beliau juga di antara salah seorang Mentor dalam hidupku. Bagi yang  tidak berjaya, anda bukannya tidak bagus, Cuma tidak bernasib baik kerana majoriti penduduk kampung Narum masih memberi mandat dan mempercayai kredibiliti serta kemampuan kepimpinan beliau.

Wajah-wajah para wanita kampung

Proses pengundian sedang berlangsung

Secara peribadi, aku melihat pola pemikiran pengundi masih mengekalkan 2 elemen penting ini dan di antara kemungkinan penyebab kemenangan besar Ayahanda Fauzi Bin Hj. Hossein ini adalah ciri-ciri unik yang dipunyai oleh beliau sendiri iaitu:
PERTAMA
Calon tersebut mesti ada garis keturunan yang berdarah Narum. Kerana calon tersebut akan memimpin suatu etnik yang dianggap di antara paling minoriti dalam Dunia ini. Secara tidak langsung, dengan adanya calon yang mempunyai ‘relatif blood Narum’ diharap dia mempunyai naluri untuk melindungi (kebudayaan, bahasa pertuturan) kaumnya.
KEDUA
Sekurang-kurangnya calon tersebut mempunyai asas bahasa Narum itu sendiri. Sudah namanya pemimpin Etnik Narum, mestilah memahami bahasanya tapi kalau hendak mencari yang  arif dengan bahasa ini, memang teramat susah. Malah kebanyakkan generasi kini agak sukar dijumpai yang mahir serta menguasai bahasa pertuturannya.
Alangkah bagus lagi, andai kita dapat membuat satu kajiselidik dan juga suatu cara untuk menilai pecahan dari peringkat usia para pengundi. Pasti lebih kukuh data untuk menilai trend pengundian dan ramalan awal calon yang boleh menang. Namun itu bukannya kriteria yang WAJIB untuk dijadikan asas pemilihan ini. Apa yang penting, adalah sifat Amanah serta kuat dalam menjalankan kerja.
Pemilihan ketua Kampung kali ini sememangnya menarik untuk di dokumentasikan sebagai rekod sejarah. Dari proses PENAMAAN CALON seterusnya tempoh BERKEMPEN dan akhir sekali HARI MENGUNDI. Manifestasi dari peristiwa ini menunjukkan bahawa etnik ini sudah semakin matang di atas landasan ketamadunan dalam menentukan halatuju perjalanan kampung dan diharap segala tindakan di dalam mencorakkan kemajuan Kampung Narum nanti dapat diterjemahkan seperti kesepakatan dan tertibnya sesi pemilihan ini.




No comments:

Post a Comment