Artikel asalnya telah dipostkan di wall FB aku dan sengaja simpan juga di sini, kerana blog ini adalah hakmilik 'kerajaan' aku sendiri. Lagipun aku masih mempunyai masa terluang untuk meng-update apa yang patut. Kali ini entriku lebih terarah ke dunia seni rock tanahair tercinta.
Aku yang memang sudah
tuli dengan tona gorengan gitar Joe dari album studio ke-dua Wings Hukum Karma ( 1988 ) hingga Menakluk Kosmos Album studio yang ke-sebelas ( 2004). Apabila mendapat tahu yang
beliau bukan lagi ‘Lineup’ anggota Wings ianya seperti hilang ‘rempah kari hidup’ tika memasak tulang rusuk
kambing sewaktu digaul dalam kuali. Untuk
pengetahuan umum, Album pertama Wings (Belenggu
irama), Joe belum menjadi ahli Band
Wings ketika itu.
Memang benar, vokalis Wings pernah bersilih ganti ( Awie, Mel dan Mus dan Awie lagi ), namun Wings masih
bertahan juga kerana hakikatnya bunyi
keunikkan & teknikal petikan gitar Joe adalah identiti sebenar serta ‘bunyi Wings’ itu sendiri.
Seakan sama dengan kisah Band Metalicca yang mempelopori arus
Thrash Metal, hakikatnya kekuatan petikan gitar Dave Mustaine di antara
penyebab nama Metalicca menjulang ke atas. Namun disebabkan beliau tersalah
makan ‘Ubat’ maka beliau terpaksa disingkirkan dari band Thrash Metal ini di kala
nama band mereka semakin melonjak naik ketika itu. Ajaibnya Dave Mustaine ini tidak
menyerah kalah, dengan ‘background’ muzik Thrash ini, banyak ‘follower’
membuatkan beliau cepat mencari dan merekrut ahli baru serta menubuhkan band
baru yang tidak kurang hebatnya juga iaitu Megadeth. Andai tuan/puan peminat
irama muzik keras ini, khususnya Band Metalicca ( album pertama ) dan Band Megadeth, anda akan perasan, muziknya
seakan sama disebabkan bunyi gitar utama adalah orang yang sama dan ianya identiti setiap band tersebut.
Balik kepada cerita Joe wings tadi, beliau kini telah
menubuhkan satu band lagi yang dianggotai dari kalangan pemuzik hebat dengan
nama Prime Domestic. Aweera ( Mojo ) selaku vokalis, Hillary Ang ( Search ), fauzi ( Search untuk album Bikin wilayah sahaja), Ainol ( Kristal ) dan Joe (Wings) sendiri. Muzik lagu dalam
Prime Domestic masih dibayangi muzik
wings juga. Diharap perjalanan seni Joe terus berkembang lagi biarpun telah
mencecah 30 tahun menjadi anak seni. Tulisan ini bukan juga bertujuan untuk
men’kondem’ kan Band Wings.
Tanpa Joe, Wings masih mampu membuat kejutan.
Mungkin corak muziknya akan berubah sedikit, tapi tidak mengapa. Apa yang
penting, Wings tidak terkubur seperti janji Awie dalam sidang akhbar selepas
mengumumkan pengunduran Joe.
Tulisan ini
bukan juga bertujuan untuk dijadikan bahan rujukan pelajar yang nak
menduduki SPM jauh lagi UPSR. Ianya Cuma sekadar memenuhkan maklumat di
pembuluh sarat darah ke otak tuan/puan. Tulisan ini pun tercetus apabila
teringat Arwah Sudin yang sering duduk dan ‘mengelayo’ di pasar Marudi suatu
ketika dulu. Insan yang sebaya dengan aku rata-ratanya mengenali arwah
tersebut. Semoga rohnya dicucuri Rahmat.
( Maaf andainya waris Arwah Sudin terbaca tulisan ini).
No comments:
Post a Comment