‘Sometimes having coffee
with yourbest friends, is the all of therapy that you need.’
Sesi ber-photo selepas
Mesyuarat Agong Kump. Hadrah kpg sambil memanas “grill” panggang.
-------------------------------------------------------------------
Di atas adalah beberapa
kiasan kata yang aku kongsikan di Laman FB aku sendiri, sengaja aku tidak ‘mengepilkan’
bersama nurkilan di bawah ini, kerana 'jodoh' aku dengan hadrah ini bukan untuk
tatapan umum di FB. Photo di bawah ini pula suasana sekitar Mesyuarat Agung Persatuan Hadrah yang baru diadakan tahun ini. Selepas bermesyuarat ada disediakan jamuan ringan dengan tong Panggang berisi sayap ayam sentiasa panas yang di jaga oleh En. Dollah Bin Salleh dibantu En. Sulaiman Bin Mahar.
Sekadar menpengerusikan Majlis. Di sebelah aku adalah Ayahanda En. Saili Bin Rejab salah seorang Mahaguru hadrah |
Aku telah berkecimpung
dengan acara kesenian kuno ini seawal usiaku 14 tahun. Dengan ilmu yang sedikit
itu, ianya telah membawa aku menjelajah hampir ke serata ceruk lorong di setiap
kampung dalam Daerah Marudi ini termasuk Benawa, Long Lama, lubuk Tumor, Miri
malah Brunei Darusalam. Bergantung dengan tempahan Hadrah Majlis perkahwinan
dan acara sambutan V.I.P.
Photo ehsan dari Saudara Umar Bin Abu ( Kiri sekali ). Katanya Program SEMINAR SABERKAS tahun 1990 |
Sewaktu menyambut Ketua Menteri Sarawak Dato Taib Mahmud tahun 1995 di Long Lama |
Melalui berbagai peringkat
latihan dan juga menuntut ilmu dari beberapa Mahaguru. Namun 2 orang Mahaguru
yang memberi bekas yang mendalam adalah Pn.Rosnah Bt Latip ( adik ibuku sendiri) mengajarku tanpa tar (kompang) cuma dengan memukul jari di lantai
untuk mencari tempo lagu dan Mahaguru Ayahanda Hamid B. Rejab.
Lawatan muhibah sambil memberi sumbangan ikhlas untuk ayahanda Hamid bin Rejab di kediamannya dan Persatuan hadrah diwakili oleh En. Osman ( Baju Merah ) |
Masih terbayang bagaimana beliau
memarahi kami dengan bebelan panjang apabila kami tersalah cara ‘menukuk tar’ dan kami
balas dengan sering memperlekehkan 'low note' suaranya apabila berlagu. Walaupun
sering disindir dan dimarahi olehnya, namun kami tetap akan ke kelas Hadrah
diselianya kerana usikkan manja itu sungguh mengelikan hati kami yang baru
angkat bujang tika itu. Aku amat puji akan kejujuran serta ketabahan beliau
untuk mendidik kami biarpun adakalanya tindakan jahil kami dulu menyakiti hati beliau.
Mereka ini yang telah melatihku dengan irama lagu arabnya, tikah paluan
gendangnya dan malah menggajarku mengawal ‘mood’ suasana sesuai dengan Majlis. Setiap tikah paluan kompang mengeluarkan melodi yang berlainan dan juga mempunyai nama-namanya sendiri:
- Tukuk satu
- Tukuk dua
- Pecah 3 dan
- Pecah 4
Walaupun begitu, setiap persatuan hadrah, punyai nama tersendiri untuk setiap jenis bunyi paluan Tar /kompang-nya juga.
Setiap lagu yang
dinyanyikan mempunyai temanya. Lagu pembuka Majlis semestinya dimulakan dengan Lagu Bismillah, tika
pengantin pula di pelamin pastinya lagu Ya Allah Redha. Namun begitu ada juga
beberapa lagu yang sering di bawa ketika Majlis sedang berlangsung seperti:
1.Ya Rabbi Salim
2.Salla Tullah
3. Kalbi Bikum
4. Sultan
5. Ya Allah Erhamna
6. Selawat tu Rabbi
7.Sallak kia Rahman
8. Ya Man Kahada
Berlainan juga dengan lagu
sewaktu menyambut orang besar atau V.I.P. selalunya majlis sebegini cuma sekejap
iaitu sewaktu keluarnya V.I.P dari perut kapal terbang atau kereta yang digunakan
tapi hasilnya cukup lumayan dan majlis sambutan sebegini sering di Lapangan
terbang dan Dewan Suarah.
Setiap lagu punyai melodi
yang berlainan dan alhamdulillah aku masih mengingatinya cuma beberapa rangkap liriknya
aku telah lupa kerana aku kini jarang bersama mendendangkannya, maklum la, jarang
benar sudah aku ke Marudi dan jarang pula beraksi tika ada tempahan hadrah di Majlis
perkahwinan.
aksi-aksi yang menyeronokkan |
Lokasi: Kampung Zain Galau Padang Kerbau Marudi |
Walaupun aku kini tidak
aktif, namun aku tetap berada dalam keadaan mood stanby. Andai ada kelapangan,
aku akan cuba untuk bergabung dengan angkatan muda kumpulan Hadrah ini. Aku
amat mencintai kesenian kuno ini, ianya sebagai jati diri etnik Narum ini hasil
dari pertembungan budaya dengan melayu Sarawak.
V.I.P mood |
Ahli Hadrah sendiri berkahwin. |
Setelah diputuskan dalam mesyuarat, group whattsap akan diwujudkan sesama ahli. Walaupun aku tidak dapat menghadiri sesuatu tempahan Majlis, sekurang-kurangnya setiap peristiwa akan dicatit dan setiap photo-photo akan disimpan sebagai warisan zaman.
Aku sedar, dengan adanya
sedikit ilmu tentang kesenian kuno ini, ianya tidak mampu membawa nama aku
sebaris hebat Mozart, Beethoven atau Tan Sri P.Ramlee. Namun apa yang penting, aku
tidak mahu terjadi seperti kata-kata orang cerdik pandai dahulu.
“Dari peristiwa menjadi
sejarah, dari sejarah menjadi Legenda, dari Legenda menjadi mitos dan andainya tiada
photo dan tulisan serta tidak dikaji dengan betul oleh anak cucu cicit kita
nanti, berkemungkinan besar peristiwa benar itu akan bertukar menjadi sekadar cerita
dongengan”. Semoga kesenian kuno ini tidak hilang di telan zaman........
No comments:
Post a Comment