Setiap persatuan ataupun sesebuah Organisasi perlu mempunyai
lambang/Logo untuk menggambarkan, visi, misi, identiti, serta kemegahan diri. Kali
pertama Logo PANGLIMA BALING di buat atas ilham sahabat baik saya sendiri iaitu
Saudara Jamhari Bin Hj Suhaili dengan di bantu Cikgu Bujang Azmi bin Bolhasan sekitar
di penghujung tahun 90-an. Namun begitu, Logo tersebut cuma sekadar berkisar di
kalangan ahli kumpulan Hadrah kampung dan Stiker-nya cuma dilekat di belakang
kulit hadrah/Tar/kompang sahaja.
Logo Asal |
Setelah merantau mencari rezeki di tempat orang dan sekian
lamanya bermastautin di bumi orang, aku sudah melupai berkenaan dengan Logo
tersebut. Masa bersilih ganti, zaman berubah laju, dengan adanya kecanggihan
teknologi, orang dekat, dirapatkan dan orang jauh didekatkan maka dengan adanya
Application Whatssap, diwujudkan satu Group untuk anak-anak Kampung Narum
a.k.a Panglima Baling Group hasil idea dari Saudara Hasran Hj Suhaili ( Abang kepada Saudara Jamhari ) dan
telah meletak Logo asal sebagai Photo profile Group serta telah memasukkan aku
ke dalam group tersebut.
Salahsatu pengubahansuaian Logo, namun telah ditolak kerana tidak menepati citarasa |
Walaupun PERSATUAN PANGLIMA BALING belum di gazetkan dengan
rasminya, Cuma sekadar Group di Whatssap, tapi aku nampak ada suatu kebaikan
untuk terus menubuhkan Persatuan ini dengan di daftar di bawah R.O.S.
Namun untuk permulaan, Logo tersebut perlu di ubah dan di
beri nafas baru. Pada mulanya aku meminta Bantuan dari Cikgu Bujang Azmi untuk memberi nafas baru kepada Logo tersebut, namun contoh Logo (diatas) yang diberinya tidak menepati citarasaku. Lalu aku menghubungi salah seorang lagi sahabatku yang mahir juga tentang edit-mengedit photo ini iaitu Cikgu Ramallas Lai ( SMK Long Lama). Hasilnya sungguh unik, asas Logo lama masih dikekalkan dan ada tambahan baru iaitu 'sayap' serta disuntik sedikit warna ianya semakin nampak 'semulajadi'
Logo Baru |
BINTANG DAN
BULAN
Lambang
anak bulan membawa maksud Islam
sebagai agama rasmi Etnik Narum. sementara 8 bucu bintang menunjukkan setiap
ahlinya Beragama Islam, sentiasa mengutamakan perpaduan, teguh jati diri, tulus
dalam setiap perkara, beradab mulia, berkebudayaan, berperibadian luhur dan
menjunjung tinggi setiap ilmu.
PERISAI
Simetri sederhana bersegi tiga, merupakan simbol sebagai
melindungi yang membawa maksud setiap ahli siap sedia wajib memiliki kemampuan
dan ketrampilan serta ilmu pengetahuan untuk menghadapi segala macam bahaya,
ancaman, serangan ideologi dari luar.
SAYAP
Adalah lambang Inisiatif yang menunjukkan Ahlinya mesra,
tidak taksub dan bebas menaakul dalam
setiap perkara. Gambar sayap terdiri dari 2 bahagian ( kiri kanan Logo)
menunjukkan kesempurnaan dan keseimbangan pemikiran.
WARNA
1. Hitam, merupakan warna Dasar Perisai tersebut dan ianya melambangkan
keabadian.
2. Kuning emas pula, sebagai jalur bingkai dan ianya melambangkan keagungan secara tidak langsung mewajibkan setiap Ahli menghormati orang yang dilantik sebagai ketua.
3. Merah, yang memenuhi ruang tengah Perisai melambangkan
keberanian serta tegas.
4. Dan Putih pada Selendang,melambangkan kesucian, ikhlas dan bersungguh dalam menjaga hubungan sesama ahli.
Cogan jata ‘MERESAP’
Perkataan ini
di dalam bahasa Narum yang bermaksud ‘Berasap’.
KERIS
BERSARUNG YANG DIGENGGAM
Keris, melambangkan
kepahlawanan dan semangat juang yang tinggi serta menunjukkan setiap ahlinya berstatus bumiputera
yang telah berasimilasi dengan budaya Melayu. Ianya juga mewakili kekuatan
& keutuhan dan sentiasa bersedia untuk
mempertahankan dirinya.
SELENDANG
Ahlinya
amat bertoleransi dalam setiap perkara yang dibincangkan dan sentiasa mencari
titik kerukunan dalam membuat keputusan. Di bahagian tengah Selendang tertera
jelas moto PANGLIMA BALING. Ditulis dengan warna merah, ini sebenarnya KUNCI
kekuatan dan penegasan Logo tersebut. Mengambil Nama bekas pejuang dan pemimpin Etnik Narum suatu ketika dahulu.
Namun segalanya ini, sebagai kertaskerja untukku bentangkan kepada Ahli yang lebih senior apabila aku berkesempatan berjumpa mereka nanti. Sekarang ini, tidak perlu rasanya aku terburu-buru untuk menerangkan segalanya. Apa yang penting sekarang ini adalah mengenalpasti kebolehan setiap ahli untuk dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa tertinggi Persatuan nanti.
No comments:
Post a Comment