Artikel ini adalah sinambungan dari artikel yang lepas, andai belum membaca artikel yang pertama, sila klik disini.
Syukur Alhamdulillah, Kejohanan Sepaktakraw merebut Piala
Ketua Balai Polis Long Lama telah selesai dengan penuh jayanya. Ianya sungguh
bermakna kerana penganjuran kali ini banyak melibatkan semua golongan lapisan
masyarakat setempat di komuniti kecil ini. Untuk merasai kemanisan kejohanan ini, aku sertakan photo setiap Pasukan beserta pandangan peribadi aku.
Pasukan STP Beto 1
( Hebat dari segi kawalan bola, tapi lemah dari sudut tekong. Pasukan STP Beto ini telah menghantar 3 Pasukan, sayangnya aku tidak sempat mengambil gambar 1 pasukan lagi )
Pasukan Lemeting
( Lemeting bermaksud 'Tinjar' dlm bahasa kenyah. Pasukan berstatus emas kerana dibarisi rata-ratanya yang
mempunyai nama dalam sukan Sepaktakraw di Komuniti ini )
Pasukan SMK Long Lama 1
( Dibarisi Oleh pelajar Penan dan Pasukan yang menjuarai Pertandingan ini )
Pasukan SMK Long Lama 2 ( Dibarisi oleh pelajar Penan )
Pasukan uku kun tanyit
( Campuran bangsa Penan & kayan, mempunyai kekuatan dari bahagian pertahanan dan tekong,
namun lemah dari segi serangan )
Pasukan SG 2 ( Pasukan Penghibur )
Pasukan Libas junior
( diantara pasukan 'Projek' aku untuk tahun hadapan, kini dalam proses untuk memantapkan skill )
Pasukan STP Beto 2
Pasukan BV115
( Satu-satunya Pasukan dari Long Laput )
Pasukan Batu Gading
( Mempunyai kekuatan dari segi tekong, tapi lemah dibahagian hadapan, mendapat tempat ke-3 )
Pasukan He' Do'
( Dari Long Bemang dan menduduki tempat ke-2 kejohanan )
Pasukan Kalok K ( Dari Long Bemang )
Pasukan PDRM
( Di atas kertas, Pasukan yang dijangka ke perlawanan akhir, tapi nasib tidak menyebelahi )
( Di atas kertas, Pasukan yang dijangka ke perlawanan akhir, tapi nasib tidak menyebelahi )
Pasukan Team Akai Dai.
( Campuran ahli dari bangsa Penan dan Iban, pekerja mekanik di sebuah kedai mosikal di pekan Long Lama )
Pasukan Ngayau FC.
( Diangotai oleh pekerja yang membuat Jambatan Long Lama )
Pertandingan yang memakan masa selama 2 hari ( Sabtu &
Ahad ) namun hari ahad dibuat pada sebelah petang bagi menghormati teman-teman
yang beragama Kristen untuk menunaikan kewajipan seawal pagi ahad untuk
ke Gereja. Penyertaan sebanyak 16 pasukan dan majoritinya adalah orang ulu (
Penan, kenyah & kayan ). Jelas disini, bahawa sepaktakraw bukan lagi permainan yang didominasi oleh
orang melayu dan Iban khususnya dalam Sarawak. Ianya sudah “ World “ meminjam ayat
yang sering disebut oleh bekas juara Akademi Fantasia musim ke-3 iaitu Mawi.
Di antara aksi - aksi menarik yang sempat dirakam lensa kamera.
Perlawanan akhir ( Final ) di antara Pasukan He'Do' dan SMK Long Lama 1
Tiada ayat yang paling bermakna kali ini melainkan sekalung
tahniah dan syabas kepada semua yang telah mejayakan kejohanan ini. Dari
barisan urusetia dan pemain-pemain. Kemenangan sebenar untuk edisi yang ke-2
ini, adalah semangat juang setiap pasukan yang
sanggup berentap biarpun dikala panas terik mentari. Andai ada rezeki dan umur panjang, akan aku 'update' setiap tahun
untuk kejohanan Piala Ketua Polis Balai Long Lama di ruangan kaca ini.
Cikgu Sebastian mewakili Pengurus Pasukan SMK Long Lama 1 untuk menerima Hadiah kejohanan. Ini adalah kali yang ke-2 Pasukan SMK Long Lama memegang Piala pusingan.
Juara, Naib Juara & Tempat ketiga bergambar kenangan bersama
Tuan Sarjan Wahid Abdullah selaku Ketua Balai Polis Long Lama
Tahniah kepada semua yang telah merancakkan kejohanan ini
Ini sahaja yang dapat aku bawa pulang
Sebelum mengakhiri nurkilan yang bertema Kejohanan Sepaktakraw
ini, aku sudahi dengan Majlis menghargai barisan Urusetia yang rata-ratanya
diterajui oleh belia yang berlainan latar agama, budaya & rupa namun dapat bergabung untuk menjayakan program ini. Memang benar bak kata pepatah di zaman moden ini:
SUKAN MENYATUKAN KITA SEMUA
Daun kelapa dianyam-anyam,
Kuahnya daging si jantan serama,
Kita berlagu & panggang sayap ayam,
Susah dan senang hidup bersama.
No comments:
Post a Comment