Tiba-tiba aku terasa panas pagi ini, apabila terbaca di laman media massa berkenaan luahan hati Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang kecewa disebabkan ketidaksedaran pengguna yang mencecah 1.2 juta tidak memiliki lesen memandu.
Tidak pelik bagiku apabila respon dari orang ramai mengutuk jawapan dari Tuan Pengarah ini. Aku andaikan Tuan Pengarah ini baru balik dari planet zuhal. Beliau tidak peka dengan situasi semasa ataupun beliau sememangnya tidak punyai lesen memandu ataupun beliau ini anak orang kaya yang wang bukan masalah dalam hidupnya.
Tahukah Tuan Pengarah, sebelum berkuatkuasa GST lagi, harga untuk mengambil lesen ini sungguh mahal. Bahagian mana yang dinilaikan sebagai mahal, aku pun tidak tahu. Bermula kita membuat tempahan di kelas memandu kemudian belajar memandu di jalanraya dan kawasan parking yang mengambil masa dalam 10 hari kemudian menjawab soalan teori dan berakhirnya dengan ujian di jalan sebenar. Tapi dikenakan bayaran sehingga ribuan ringgit.
Walaupun berita ini di tahun lepas, tapi dalam kurungan merah itu, menunjukan
bekas Ketua Pengarah JPJ mengetahui nilai pengambilan lesen tersebut.
Purata keseluruhan gaji rakyat Malaysia ini dalam
lingkungan RM3000 sebulan. Dengan bayaran untuk mendapatkan lesen memandu
sebegitu mahal, duit gaji lebih bagus digunakan untuk membeli keperluan untuk
hidup.
Bertukar Ketua Pengarah pun, masih tidak
dapat menyelesaikan masalah utama ini, maka tidak hairan apabila masalah cermin
gelap tiada berkesudahan. Kalau tidak membenarkan penggunaan tinted gelap
melebihi yang sepatutnya di cermin kereta, jangan di hukumkan pengguna tapi
buat serbuan di kedai yang menjualnya. Andai JPJ tiada kuasa untuk
menyitakannya, buatkan akta tersebut atau beri surat mohon bantuan kepada
Agensi yang berkuasa untuk menyitakannya.
Marahkan nyamuk, kelambu emas pula di bakar...tidak lebih malah tidak kurang sebiji seperti Big Bosnya juga. Orang yang bagi maklumat, orang itu pula dikenakan hukuman.
No comments:
Post a Comment