Translate

Tuesday, 6 September 2016

Pendrive punya cerita

Sedih melihat cara si anak Sultan salah satu negeri tersebut, apabila dia yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam dunia bolasepak Negara tetapi masih memerlukan orang lain untuk  mendedahkan kepincangan FAM dengan tuduhan rasuah yang telah menjangkau 30 tahun usianya. Beliau yang berani bercakap bahawa FAM telah lama bergelumang dengan amalan Rasuah selama 30 tahun bersumberkan dengan sebiji pendrive yang telah dimuat dengan bukti-bukti serta maklumat-maklumat dari sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur. Beliau mendakwa mempunyai butiran lanjut, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengambilan duit kelab dan laporan audit yang didakwanya merepek.

Memang ianya satu kejutan buat peminat Bolasepak tanahair khususnya dan pendedahan maklumat rasuah ini amat dinanti. Namun aku merasa hairan, dengan statusnya yang hebat dalam dunia bolasepak tanahair ini kenapa perlukan orang tengah untuk mendedahkan maklumat. Seperti cuba melepaskan diri dari maklumat yang telah diperolehinya sendiri dan beban tersebut di serahkan kepada orang lain.

Bagi aku, ada baiknya Sang Putera berdarah Sultan tersebut memanggil jawatankuasa tertinggi FAM untuk duduk semeja dan bertanya terus dengan mereka atau dia sendiri mencemar duli, turun memberi Pendrive tersebut kepada Pengarah SPRM atau cara yang paling selamat, memanggil Pengarah SPRM ke istananya tanpa lensa kamera pun mengetahuinya. Perkara ini lebih menyerlahkan kematangan dalam membuat keputusan dan secara tidak langsung watak Si Anak Sultan tersebut semakin dikagumi oleh orang-orang yang memerhati.

Untuk mendedahkan perkara ini pasti memerlukan pertimbangan yang wajar atas hasil menyelidikan isi pendrive dan dibantu dari pendapat Penasihat dari istana, aku yakin kemudian baru Si anak Sultan tersebut berani tampil mendedahkan maklumat dalam pendrive tersebut. Tanpa keyakinan yang jitu, dia tidak akan mendedahkan secara terbuka maklumat ketirisan ini.

Terbaru ini, apabila SPRM telah mengumumkan bahawa pendrive tersebut tiada maklumat yang berunsurkan Rasuah. Sanggahan berlainan maklumat dari kedua pihak memberi impak negatif kepada penyebar khabar  iaitu  Anak Sultan itu sendiri.






Di mana kebijaksanaan dan keyakinan Si anak Sultan tentang maklumat Rasuah dunia bolasepak tanahair? Apakah dia akan menidakkan keputusan siasatan SPRM atau memohon maaf di atas kesilapan disebabkan tidak membaca terlebih dahulu isi kandungan pendrive atau bermula sekarang untuk membaca dan memahami Akta 711-Akta perlindungan pemberi maklumat khuatir FAM datang mencari pasal untuk menotiskan saman malu, kalau berani la....

Teringat kes Khairuddin Abu Hassan yang telah ditahan di bawah SOSMA dan boleh ditahan selama 28 hari tanpa bicara untuk siasatan kerana memberikan dokumen kepada pejabat peguam negara Switzerland di atas kekecohan hutang RM42 bilion 1MDB. Khairuddin ialah seorang pemberi maklumat yang menemui sesuatu yang mencurigakan. Berbanding pergi kepada polis Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dia membawa kisah yang diketahuinya kepada pihak berkuasa Swiss walaupun mengetahui yang dia akan ditangkap kerana bertindak mencabar kedaulatan negara ini.


Tapi mengapakah dia sangat terdesak untuk mendapatkan sebuah badan berkuasa bebas bagi menyiasat perkara itu? Kerana dia pasti jawapannya seakan-akan sama seperti kes pendrive ini andai diserah kepada SPRM. Untuk pengetahuan, En. Khairuddin Abu Hassan seorang jutawan, sepupu kepada Dato Sri Anwar Ibrahim (PKR ) dan suami kepada artis Umi Aida, pasti maklumat yang diperolehnya mempunyai asas yang kuat. Dia bukan mat gian di bawah jambatan yang boleh dipertikaikan kata-katanya. Apatah lagi titah dari Si anak Sultan...



















No comments:

Post a Comment