Bertempat di SK Ubong Imang Long Lama, telah jayanya
mengadakan Hari Terbuka Asrama anjuran bersama PIBG sekolah yang diterajui oleh
aku sendiri sebagai YDPnya. Banyak aktiviti yang dijalankan dari pagi yang
dimulai dengan Pertandingan Bola tampar ( Laki/Perempuan ), Street Soccer,
Sepaktakraw dan seterusnya Pertandingan Karaoke, Pakaian beragam ( kanak-kanak )
dan Ratu Ibu pada sebelah malamnya.
Barisan susunan Hadiah untuk Cabutan tiket bertuah
Bola Tampar Lelaki
Bola Tampar Perempuan
Sepaktakraw
Street soccer
Okjektif program ini lebih ke arah mengumpul dana tabung Sekolah selain daripada itu program sebegini juga dapat mendedahkan warga sekolah kepada komuniti sekitar pekan Long Lama dengan erti kata lain, menghubungkan silaturahim antara penduduk setempat dengan guru-guru dan warga sekolah. Ibubapa sendiri dapat melihat dari dekat keadaan asrama, jamban, dapur anak-anak mereka malah tempat belajar dan bermain.
Jualan Gerai untuk memudahkan para pengunjung mencari makanan.
Pihak penganjur menyewa RM10.00 untuk satu meja.
Untuk membuat Program besar sebegini, ianya memerlukan pengorbanan dari segi masa, keringat mental fizikal dan wang ringgit. Yang paling penting adalah, pembentukkan Jawatankuasa yang dibarisi oleh orang-orang yang ‘kuat’.
Peserta Pakaian Beragam
Y.B En. Dennis Ngau selaku Tetamu terhormat pada malam itu
Barisan Ratu Ibu bergambar kenangan dengan Y.B En. Dennis Ngau
Cikgu Saperi Juara Karaoke dengan Lagu Camelia nyanyian asal Dato Rambli Sarip
Puan Jesicca dinobatkan sebagai Ratu Ibu 'sponcer by'
Ya Salam Enterprise
Untuk Pertandingan Ratu Ibu, Ya Salam Enterprise telah bersetuju untuk menganjurkannya. Dari menyediakan set borang markah hingga ke hadiah setiap para peserta termasuk saguhati dan juga setiap juri. Malah di sediakan juga 2 Hadiah Misteri iaitu Sanggol tercantik dan Senyuman menawan.
Borang penyertaan Ratu Ibu
Borang permarkahan Ratu Ibu
Ada Rezeki, ada jodoh, Kita akan bertemu lagi di masa akan datang. Bukan berjanji tapi hati ini kuat untuk melakukan program sebegini, biarpun aku tidak lagi dipilih menjadi YDP lagi nanti.
No comments:
Post a Comment