Translate

Tuesday, 16 August 2016

BERSATU..menjadi Me Layu

Sebelum kita semakin jauh menjelajah nurkilan ini, ada baiknya aku memohon maaf seandainya ada nanti yang tersentuh hati apabila membacanya. Artikel kali ini menyentuh berkenaan agama lain. Aku sebenarnya cuba untuk mengelakkan agar isu agama  tidak dibangkitkan dalam nurkilan ini, namun untuk menyampaikan sesuatu maklumat, aku perlu berikan contoh yang berkesan. Dan yang aku maksudkan contoh tersebut, adalah sejarah dunia yang sememangnya melibatkan pertembungan 2 agama besar di dunia ini. Diharapkan budibicara anda sahaja lagi untuk menerimanya. Seperti yang pernah aku tuliskan, seandainya nurkilan ini tidak selari dengan pendapat anda, maka ditongsampahkan saja. Anda tidak rugi dan aku pula tidak diperli. Sejujurnya aku juga amat menghormati penganut agama lain.

Apabila elit Melayu Negara ini menubuhkan satu lagi Parti Baru, aku terpanggil untuk menganalisa impak mengikut tahap pemerhatian aku sendiri. Tiada yang paling menakutkan aku melainkan penubuhan Parti ini sebenarnya akan semakin memecahbelahkan kaum Melayu amnya dan Penganut agama Islam khususnya.






Malaysia ialah sebuah negara yang telah ditakdirkan Allah SWT dengan satu keadaan di mana umat Islam tidak mempunyai pilihan untuk berpecah. Malaysia bukanlah seperti Negara Iraq, Mesir, Tunisia dan Syria yang mempunyai peratusan umat Islam melebihi 85%, apatahlagi Saudi Arabia. Negara-negara itu, apabila umat Islam berpecah, kuasa politik dan pemerintahan negara mereka masih berada di tangan umat Islam yang lain. Satu pemerintah Islam jatuh, maka akan bangun satu lagi pemerintah Islam. Tetapi Malaysia tidak sebegitu. Satu pemerintah Islam jatuh, belum tentu yang naik nanti juga adalah pemerintah Islam. Dengan 60% lebih sahaja umat Islam di Malaysia, berpecah bukan satu pilihan yang bijak.

Kita akan menjadi minoriti hanya kerana perbalahan tanpa kesudahan. Realitinya jumlah muslim di Malaysia ini dalam lingkungan 60 hingga 70% sahaja. Pecahkan kepada dua ( UMNO dan PAS ), jadi kuasa suara kita hanya dinilaikan mengandungi 30 hingga 35% kekuatan. Pecahkan kepada tiga ( UMNO, PAS & PKR ) kuasa suara kita hanya dinilaikan mengandungi 20 hingga 23% kekuatan dan sekarang wujud lagi Parti baru, terpaksa dipecah pula kepada empat bahagian. Jadi, berapa peratus lagi kekuatan suara kita???? 

Berbeza dengan baki 40% penduduk bukan muslim. Apapun keturunan, agama dan kepercayaan, mereka tetap berpegang kepada satu modus vivendi yang sama iaitu menentang syariah Islam yang mahu ditegakkan kembali dan menentang kedudukan keistimewaan orang-orang Melayu yang jelas tertulis dalam Artikel 160 Tafsiran Perlembagaan Persekutuan iaitu semua Melayu itu ialah Muslim. Modus vivendi mereka diikat kukuh pada perkara ini biarpun mereka bertelagah di dalam pelbagai isu-isu yang lain.


Dengan 40% jumlah kekuatan, realitinya mereka sebenarnya yang mempunyai suara majoriti di Malaysia jika dibandingkan dengan kekuatan muslim yang tidak bersatu pada jumlah kurang 25% kekuatan. Kerana itulah di akhir-akhir ini lolongan demi lolongan dan salakan demi salakan tanpa segan silu dihalakan tanpa selindung lagi ke atas kesucian agama Islam dan kedudukan Muslim di negara ini. Mereka semakin berani.

Apa yang berlaku di sini merupakan satu daripada kesinambungan yang berlaku di Syam selepas kejatuhan Empayar Turki Osmaniah pada tahun 1925 iaitu  sewaktu Syam dipecahkan kepada dua oleh penjajah Peranchis satu ketika dulu.

Sebenarnya, Penjajah Peranchis ini menyedari bahawa terdapat satu kelompok masyarakat Kristian yang wujud sebagai minoriti di dalam Syam. Kumpulan minoriti Kristian ini harus dibebaskan dari cengkaman kuasa umat Islam. Jadi sebagai penjajah yang menjajah kawasan Syam, mereka memecah Syam kepada dua buah negara. Yang pertama dengan umat Islam sebagai majoriti, negara itu dinamakan sebagai Syria. Dan negara kedua yang dipecahkan dari Syam dinamakan sebagai Lubnan dengan Kristian yang menjadi minoriti kecil di dalam Syam tadi, mula membentuk 40% dari jumlah penduduk Lubnan. 

Perhatikan bagaimana seterusnya modus operandi mereka ini dalam memastikan Lubnan dengan jumlah Kristian sebanyak 40% dari jumlah penduduknya, dapat memerintah Lubnan dan mengenepikan umat Islam dengan jumlah sebanyak 60% di sana. Pertama, mereka memulakan dengan propaganda bagi mengapi-apikan semangat berpuak kaum muslimin di Lubnan. Mereka memecahkan umat Islam Lubnan kepada 3 kumpulan besar. Umat Islam yang membentuk jumlah majoriti 60% di Lubnan, kemudiannya dipecahkan kepada 3 iaitu, kumpulan Sunni, Syiah dan kumpulan Druze.


Bagi yang pertama kali mendengar nama Druze ini, untuk pengetahuan am, ianya adalah sebuah agama dan pengasas ajarannya iaitu Muhammad Ad- Darazi. Mereka ini adalah sebuah komuniti keagamaan yang majoritinya terdapat di Timur Tengah. Di anggarkan 3 juta sahaja penganut ajaran ini di seluruh dunia. Kelompok ini muncul dari Islam dan dipengaruhi oleh agama-agama dan falsafah-falsafah lain, termasuk falsafah Yunani. Kaum Druze menganggap diri mereka sebagai sebuah sekte Islam pembaharuan, namun begitu mereka tidak dianggap Muslim oleh kebanyakan Muslim di wilayah tersebut.

Penjajah Peranchis pula menyemai doktrin Assobiyyah di dalam ketiga-tiga kumpulan ini sehingga kumpulan Sunni meyakini bahawa mereka sebenarnya bukan sebahagian dari saudara se-Islam dengan puak Syiah. Puak Syiah juga diyakinkan oleh penjajah ini, bahawa mereka bukanlah saudara Islam kepada puak Druze. Maka 60% jumlah penduduk Islam di Lubnan telah dengan jayanya dipecahkan kepada 3 puak. Maka jadilah setiap satu dari puak tersebut lebih kurang dalam bentuk pecahan berikut 30% sunni, 20% Syiah dan kurang 10% Druze. 


Orang-orang Kristian secara automatiknya menjadi majoriti dan kuasa pemerintahan diberikan mereka untuk mentadbir Lubnan secara sekular mengikut tradisi Kristian. Bukankah apa yang berlaku ini merupakan refleksi kepada apa yang sedang berlaku di negara kita ini?

Begitu juga yang pernah berlaku di Timor Timur, perhatikan bagaimana kuasa dunia yang menguasai banyak pertubuhan-pertubuhan bersifat penyangak dunia bersatu untuk membebaskan daerah majoriti Kristian di dalam negara Indonesia, supaya dipisahkan menjadi sebuah negara bertunjangkan Kristian berdaulat dan memisahkannya secara terus dari negara majoriti Islam Indonesia. 

Aku tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Malah Parti yang tengah memerintah inipun punyai kelemahannya tersendiri. Namun sejarah telah menunjukkan impak negatif dari pepecahan sebegitu. Yang rugi pastinya kaum bumiputra khususnya Melayu.



No comments:

Post a Comment