Translate

Tuesday, 4 October 2016

Setiap Bendera ada penjaga maruahnya

Gatal jiwaku membuatkan aku terus menulis sesuatu yang memang sudah lama aku pendamkan dalam hati. Dalam kes yang pertama, disuatu ketika dulu, di dalam group whatsapp, aku pernah mempertikaikan cara etika berpakaian yang menjolok mata menggunakan corak bendera Malaysia. Sayangnya aku terlupa untuk ‘screenshot’ dialog kami di dalam whatsapp tersebut.


Aku tidak bermasalah andainya membuat baju dengan potongan yang sopan dan menutup aura biarpun menggunakan kain bendera Malaysia atau bendera Sarawak sekalipun. Tapi aku sensitif apabila orang Malaysia sendiri merendahkan martabat Negara Malaysia itu dengan berpakaian menjolok mata. Di mana rasa hormatnya dengan Si Malaysia tersebut?





Aku tegur dengan nada cara untuk membangkitkan daya akal untuk berfikir, namun ada pula yang menentang. Dengan alasan, biarpun di luarnya nampak teruk, tapi di dalam kita tidak tahu. Dia baik pada semua. Mesti menghormati orang lain.

Dan akhirnya aku pula dituduh sebagai pembawa dosa dan fitnah. Geram hatiku untuk membalas, tapi aku sudahi dengan meminta maaf kerna aku sedar, mereka bukan lawan untuk berbalas hujah. Mereka tidak memahami sesuatu isu. Aku bukan menyerang peribadi individu tersebut, tapi aku mempertikai cara potongan Baju bercorak Malaysia tersebut. Tidak kira dia India, cina, kayan hatta Melayu sekalipun. Mungkin disebabkan untuk tidak mengeruhkan keadaan, semua berita Perdana tidak ‘meg-highlight-kan’ perkara ini biarpun malam tersebut si dia dijemput untuk menyanyi bagi program Malam 31 Ogos di Pekan ‘tritonga’.( nama sebuah penempatan mahluk asing di planet Marikh dalam Filem John Carter )

Biarpun hati sakit, namun aku gagahi juga untuk terus berada dalam group tersebut demi menjaga maruah yang tercalar. Aku tahu Tuhan Maha melihat dan akhirnya perkara yang sama berulang lagi.






Geram hatiku ingin membawa perkara ini ke dalam group, tapi aku telah berjanji dengan diriku sendiri untuk tidak lagi membawa perkara yang ‘berat’ untuk dibahaskan dalam group tersebut namun aku yakin ‘mereka’ pasti terasa dengan cerita 9 ekor kanggaru berseluar dalam bercorak bendera Malaysia di hadap ke Mahkamah….Tuhan Maha Adil. 

Bagiku, tiada beza kes pertama dengan kes yang kedua, mungkin mereka berniat baik dan untuk bergembira. Maksudku berniat ‘bergembira’ apabila melihat cara fikir nitizen memberi pendapat berkenaan kes 9 rakyat Australia yang menggunakan seluar dalam berlambangkan Bendera Malaysia, kebanyakannya tidak ambil kisah dan cuba untuk membandingkan dengan cara Negara luar yang tidak sensitif serta tidak marah dengan cara pemakaian tersebut. Di ambil contoh seperti atlet dari Brazil yang cuma ber-bikini berlambangkan bendera Negara mereka atau ahli gusti yang menggunakan seluar dalam berlambang Negara yang mereka wakili. Semuanya bebas tanpa bantahan dari rakyat Negara mereka. Namun netizen ini tidak berfikir soal BUDAYA.

Budaya di luar sana, andai ber-bikini dan berseluar dalam sahaja tidak menjadi kesalahan berjalan dan berlari di khalayak ramai. Maka mereka mengenakan cara berpakaian ( bercorak bendera ) juga  tidak menjadi satu kesalahan.

Di Malaysia , Allahyarham Sudirman pun mengenakan Baju dan songkok bercorak bendera Malaysia sewaktu membuat persembahan tika hari Merdeka sebegitu juga Dato Siti Nurhaliza tapi dengan potongan yang tidak menjolok mata. Maka ianya tidak menjadi kesalahan. 

Andaikata 9 ekor kanggaru itu mengenakan kemeja bercorak bendera Malaysia sewaktu di litar Sepang tersebut, ianya boleh jadi Viral yang positif bukan sebaliknya yang berlaku kini.

Aku akhiri dengan Semangat Patriotik Tuan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan sewaktu sesi Photo bersama Pemimpin KTT G20 di ST. Peterburg, Rusia.

Dalam sebuah video yang terakam pada Jumaat, 6 September 2013, Erdogan yang tiba di tempat sesi bergambar bersama PM Britain, David Cameron, mengambil gambar bendera yang berada di bawah kakinya. Padahal bendera-bendera tersebut sengaja diletakkan oleh panitia untuk menandakan posisi para pemimpin itu berdiri.

Dalam sesi bergambar bersama itu, Erdogan berdiri diapit oleh Councelor Jerman, Angela Merkel dan PM India, Manmohan Singh. Di depannya terdapat Presiden Republik Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Aksi pungut bendera itu disedari pertama kali oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Cameron dan Merkel yang berdiri tidak jauh dari Erdogan.

Tersentak ketiganya langsung tertawa melihat aksi Erdogan. Reaksi terkejut terlihat jelas di raut wajah Presiden Argentina, Cristina Fernández de Kirchner. Dia pasti tidak menyangka ada seorang pemimpin yang rela memungut bendera karena tidak rela MARUAH itu dipijak.






Balik kepada kes yang pertama dan kedua tadi. Kalau ingin dihormati orang, pastikan anda menghormati diri anda terlebih dahulu.







No comments:

Post a Comment