Translate

Monday, 17 June 2019

Hari Raya yang Melonkolik


Menjajari nikmat atas Kurniaan dariNya, mencoret segala resah yang belum jua pecah dalam tempayan cinta. Menganyam gelombang gratis-gratis sehalus benang si Labah-labah.

Ada percik api terlihat dari jauh, mungkin Sang Gembala beradu teduhan atau Penari di tinggal kesunyian. Melirik cupingan dendam yang lama tersimpan. Diheret dengan juntaian rupa, ada masa melangkah dan adakala pula menanggis menempuh lorong-lorong malam. Bisik dibuai angin tidak sampai andai gendang belum dipalu. Runtuh dan dibelit, semoga di lain masa akan bercantum warna pelangi. Dihiris perlahan serta sungguh halus hingga mata kian kelabu. Berderai ianya nanti dan aku yakin pasti jatuh melutut satu persatu antara Daun dan bunga kerawang.... Amin.


Ramadhan berlalu dan Syawal mula menebarkan sayapnya lagi.

Dari halaman rumah baru
Wahai Semua insan
Takbir Berkumandang akhir ramdahan
Siap Sedia pulang ke desa menyambut raya

Pose istimewa bersama geng kampung
Wahai Semua insan
Berjabat Tangan bersama semua
Pinta Ampun maaf pada mereka jernihkan sengketa

Geng whatsapp Group Pang5 Baling
Hati Gembira berjumpa semua
Sanak Saudara pagi raya
Sedih Terasa mengenang pada
Insan Yang dulu kini tiada

Masih banyak yang belum masuk dalam pose ini
Wahai Semua insan
Ingat Ingat bila nak berbelanja
Sedikit Tak apa berpada pada bersyukur nikmatnya


SALAM SYAWAL 
Selamat Hari raya
Sambut Sederhana biarlah bersyukur seadanya



Tuesday, 21 May 2019

Tumbuh dan bersinar dikau Belia

Bertempat di Pekan Long Lama, telah dianjurkan satu Program yang dinamakan JELAJAH BELIA SARAWAK ( TELANG USAN ) yang mensasarkan golongan Belia. Pada mulanya aku kurang mengambil perhatian akan Program ini disebabkan ianya diadakan pada bulan Ramadhan jatuh juga pada hujung minggu kerana sepatutnya minggu tersebut kami sekeluarga ingin membeli persiapan hari raya. Namun akhirnya aku terpaksa 'Terjun' juga ke dalam acara ini apabila Pn Nor (SAO) di  Pej. Daerah Telang Usan mohon Ya Salam Restaurant untuk membuat Juadah berbuka Puasa untuk 5 meja VIP. 

cara 'Setting' yang sungguh berbeza dari selama ini. Stage utama di tengah penonton


Sesi soaljawab di antara Penonton dan Tetamu Terhormat berkenaan halatuju pembangunan Telang Usan
Beberapa gerai jualan dibuka sepanjang 2 hari Program berlangsung


Julung kalinya Bas Persiaran masuk ke Pekan Long Lama kerana adanya Jambatan

Aku suka Pemandangan dari sudut ini, dalam dewan atap putih itu, acara berlangsung
Persiapan terakhir sebelum masuk waktu berbuka

Untuk beberapa waktu diakhir-akhir ini, aku cuma banyak meng-update gambar sahaja di dalam blog. Sedikit saja ayat-ayat berbunga. Ini sebagai bukti bahawa blog aku masih aktif cuma masa aku 'membebel' saja kurang. Aku akan cuba untuk mencari topik-topik yang menarik untuk dihuraikan, namun untuk waktu dan detik ini, terima saja apa yang mampu aku hulurkan.

Salam Ramadhan ke 15...

Monday, 6 May 2019

MDM dengan komuniti, berpisah tiada.

Lama sudah tidak menulis, kali ini aku kongsi sedikit info agar laman blog ini membuktikan ianya masih aktif walaupun seakan semacam suam suam kuku. Bertempat di Pekan Long Lama, 2 hari sebelum Ramadhan tahun ini, telah diadakan HARI MAJLIS BERSAMA KOMUNITI DEARAH TELANG USAN. Aku sengaja isikan perkara ini di dalam blog kerana ianya melibatkan tenagakerja aku secara keseluruhannya.

Orang kuat dari segi keperluan fizikal untuk Program ini
Di antara budak-budak  Pekan Long Lama  yang dipilih untuk menjadi Riders & Checkpoints untuk Long Lama Run 2019
Untuk Long Lama Run kali ini, telah di buka cuma 6 Kategori.
1. Kategori Kanak-Kanak Lelaki ( 10-12 Tahun )
2. Kategori Kanak- kanak Perempuan ( 10-12 Tahun )
3. Kategori Junior Lelaki ( 13-19 Tahun )
4. Kategori Junior Perempuan ( 13-19 Tahun )
5. Kategori Open Lelaki ( 20 tahun ke atas )
6. Kategori  Open Wanita ( 20 tahun ke atas )
Kategori Veteran tidak diadakan kali ini kerana sepanjang rekod dari tahun-tahun yang sudah, penyertaan untuk kategori ini kurang mendapat sambutan.

Pertandingan Mewarna untuk Tahap 1

Rekacipta 3R dari pelajar sekolah 





Taklimat ringkas dari Bahagian Perpustakaan Majlis Daerah Marudi
Hamper untuk hadiah Cabutan Tiket bertuah kepada semua yang hadir

Piala & wang Tunai menanti para pemenang

Pertandingan memancing melibatkan 39 orang penyertaan
Peserta yang hebat



Barisan yang menjayakan Program ini
Semoga di tahun akan datang dapat mengumpul lebih ramai lagi pengunjung dengan cara membuat publisiti lebih awal.



















Wednesday, 3 April 2019

Tika ini, Projek Subsidi Bas lebih baik dari kereta terbang


Setelah sekian lama tidak mencoret, kali ini tergerak jariku untuk mengetik papan kekunci komputer usang ini disebabkan oleh isu yang amat dekat dengan rakyat. Sebenarnya aku teringin hendak menulis tapi kekangan masa membantutkan niat di hati. Beberapa hari yang lepas, aku terbaca suatu Projek yang baik untuk diketengahkan. Bagi aku, perkara ini menarik untuk di bahas dan perkara ini perlu diambil perhatian untuk sekolah-sekolah yang berada di bandar sahaja.
Dengan idea mudah dari pihak PIBG Sekolah tersebut, ianya dapat membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan. Walaupun mudah, namun untuk merealisasikannya amat payah.  Memerlukan taklimat langsung dengan golongan Ibubapa yang mendapat ‘keistimewaan’ dengan harga yang patut ditetapkan untuk yuran bulanan sewaan bas  ini, perbincangan panjang dengan pihak kompeni Bas yang sudi membantu serta yakin dengan projek ini dan membentang kertaskerja serta bermesyuarat dengan ADUN Pujut Dr Ting kerana beliau sahaja sumber kewangan yang konsisten selepas dari hasil kutipan yang telah diSubsidikan. Perlu diingat, Projek ini seharusnya memberi situasi ‘menang-menang’ iaitu menguntungkan Kompeni Bas yang terlibat, membantu golongan sasaran, melonjak graf kehadiran pelajar ke Sekolah dan secara tidak langsung menaikkan nama PIBG Sekolah serta ‘saham’ Y.B yang membantu.


Usaha yang amat dipuji dan ulasan dari Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia ( MIMBAR) berkenaan Projek ini mampu menaikkan semangat untuk PIBG di sekolah-sekolah bandar lain mengambil cara idea ini. 

Adakah Projek ini Berjaya mengurangkan ketidakhadiran pelajar?
Aku berpendapat ianya amat positif dengan hasilnya nanti. Walaupun Projek ini baru bermula, namun secara rawak, ianya amat baik. Bebanan dari sudut Tambang Bas Sekolah saban tahun semakin naik. Tiada satupun Formula yang ampuh dari pihak kementerian untuk mengawal harganya. Kita semakin menuju ke era dunia Maju. Minimakan rakyat yang buta huruf dan inisiatif ini mampu men-zero-kan bilangan penduduk/rakyat dari segi purata kekurangan ilmu. 
Apa yang Penting, KUNCI utama kejayaan Projek ini adalah SOKONGAN kuat dari Y.Berhormat ataupun Dermawan-dermawan di tempat masing-masing, kerana sumber kewangan untuk menambah wang yang telah diSubsidi dan kos penyelengaraan bas akan di tanggung sepenuhnya dari poket-poket mereka ini. Mungkin di masa akan datang ianya boleh dijadikan ‘Skim bantuan tahunan Tambang Bas’ untuk pihak sekolah yang terpilih. Kerajaan yang baik, adalah kerajaan yang meringankan bebanan hidup rakyatnya.

Monday, 18 February 2019

Apa salahnya bersalam?

Malu melihat perbuatan yang sungguh tidak bertamadun. Itu saja yang mampu aku perkatakan terhadap kes yang terbaru iaitu gangguan terhadap Menteri Belia & sukan sewaktu PRK Semenyih. 

Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak, ada yang mengatakan , Si Menteri tersebut sengaja membuat Provokasi dengan melalui laluan yang dikhaskan untuk Parti pembangkang  dan kalaupun dia berniat sebegitu, bagi aku, serangan fizikal ini tidak patut berlaku andai para penyokong parti pembangkang berlapang dada. 


Kita bukan hidup berlandas hukuman rimba. Ditambah lagi yang menjadi watak dalam kes ini adalah kesemuanya adalah Melayu Islam.  Apalah salahnya, mereka bersalam sewaktu Si Menteri melalui kawasan mereka atau kalau benci pun kepadanya, jangan sampai membuat serangan fizikal, ianya menyusahkan orang lain hatta diri sendiri. 

Kalau masih sebegini mentaliti melayu yang mendominasi Tanah Melayu di seberang nun, maka sampai bila-bila pun melayu tidak akan bersatu lagi.

Thursday, 7 February 2019

Bertudung, kini tidak!

Memang terlalu berat bagi seseorang yang telah bergelar artis membuat penampilan yang sama sekali berbeza dengan wataknya selama ini. Berani membuat keputusan sehingga sanggup membuka tudung.  Suatu berita yang amat sedih untuk didengari.

Pada awalnya aku malas nak ulas perkara ini, lagipun kunci syurga bukan di tangan aku. Tapi apabila aku terbaca komen dari Michael Ang.

" Daripada kau bertudung, tapi sebenarnya tak nak , itu lagi munafik ! "( baik tak pakai tudung ).


lantas aku terfikir, andai aku gunakan landasan cara fikir sebegitu, maka aku boleh katakan,

"  Daripada ko kahwin, tapi tak dapat beranak, ( disebabkan mandul or masalah kesihatan)  lebih baik ko jadi Gay/lesbian"

Hakikatnya berhijab itu tuntutan agama, mahu atau tidak, sebagai insan yang beragama Islam, kewajipan itu sudah ditetapkan untuk memakainya.

Doa yang baik saja untuk beliau. Semoga dengan kekhilafan ini akan menguatkan lagi pemahaman anda tentang Islam.