Setelah sekian lama tidak mencoret, kali ini tergerak jariku untuk
mengetik papan kekunci komputer usang ini disebabkan oleh isu yang amat dekat
dengan rakyat. Sebenarnya aku teringin hendak menulis tapi kekangan masa
membantutkan niat di hati. Beberapa hari yang lepas, aku terbaca suatu Projek
yang baik untuk diketengahkan. Bagi aku, perkara ini menarik untuk di bahas dan
perkara ini perlu diambil perhatian untuk sekolah-sekolah yang berada di bandar
sahaja.
Dengan idea mudah dari pihak PIBG Sekolah tersebut, ianya dapat membantu
golongan-golongan yang kurang berkemampuan. Walaupun mudah, namun untuk merealisasikannya
amat payah. Memerlukan taklimat langsung
dengan golongan Ibubapa yang mendapat ‘keistimewaan’ dengan harga yang patut
ditetapkan untuk yuran bulanan sewaan bas ini, perbincangan panjang dengan pihak kompeni
Bas yang sudi membantu serta yakin dengan projek ini dan membentang kertaskerja
serta bermesyuarat dengan ADUN Pujut Dr Ting kerana beliau sahaja sumber
kewangan yang konsisten selepas dari hasil kutipan yang telah diSubsidikan. Perlu
diingat, Projek ini seharusnya memberi situasi ‘menang-menang’ iaitu
menguntungkan Kompeni Bas yang terlibat, membantu golongan sasaran, melonjak
graf kehadiran pelajar ke Sekolah dan secara tidak langsung menaikkan nama PIBG
Sekolah serta ‘saham’ Y.B yang membantu.
Usaha yang amat dipuji dan ulasan dari Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia ( MIMBAR) berkenaan Projek ini mampu menaikkan semangat untuk PIBG di sekolah-sekolah bandar lain mengambil cara idea ini.
Adakah Projek ini Berjaya mengurangkan ketidakhadiran pelajar?
Aku berpendapat ianya amat positif dengan hasilnya nanti. Walaupun Projek
ini baru bermula, namun secara rawak, ianya amat baik. Bebanan dari sudut
Tambang Bas Sekolah saban tahun semakin naik. Tiada satupun Formula yang ampuh
dari pihak kementerian untuk mengawal harganya. Kita semakin menuju ke era
dunia Maju. Minimakan rakyat yang buta huruf dan inisiatif ini mampu
men-zero-kan bilangan penduduk/rakyat dari segi purata kekurangan ilmu.
Apa yang Penting, KUNCI utama kejayaan Projek ini adalah SOKONGAN kuat
dari Y.Berhormat ataupun Dermawan-dermawan di tempat masing-masing, kerana
sumber kewangan untuk menambah wang yang telah diSubsidi dan kos penyelengaraan
bas akan di tanggung sepenuhnya dari poket-poket mereka ini. Mungkin di masa
akan datang ianya boleh dijadikan ‘Skim bantuan tahunan Tambang Bas’ untuk
pihak sekolah yang terpilih. Kerajaan yang baik, adalah kerajaan yang
meringankan bebanan hidup rakyatnya.
No comments:
Post a Comment