Bertempat di Pekan Long Lama, telah dianjurkan satu Program yang dinamakan JELAJAH BELIA SARAWAK ( TELANG USAN ) yang mensasarkan golongan Belia. Pada mulanya aku kurang mengambil perhatian akan Program ini disebabkan ianya diadakan pada bulan Ramadhan jatuh juga pada hujung minggu kerana sepatutnya minggu tersebut kami sekeluarga ingin membeli persiapan hari raya. Namun akhirnya aku terpaksa 'Terjun' juga ke dalam acara ini apabila Pn Nor (SAO) di Pej. Daerah Telang Usan mohon Ya Salam Restaurant untuk membuat Juadah berbuka Puasa untuk 5 meja VIP.
|
cara 'Setting' yang sungguh berbeza dari selama ini. Stage utama di tengah penonton |
|
|
|
|
Sesi soaljawab di antara Penonton dan Tetamu Terhormat berkenaan halatuju pembangunan Telang Usan |
|
Beberapa gerai jualan dibuka sepanjang 2 hari Program berlangsung |
|
|
|
Julung kalinya Bas Persiaran masuk ke Pekan Long Lama kerana adanya Jambatan |
|
|
Aku suka Pemandangan dari sudut ini, dalam dewan atap putih itu, acara berlangsung |
|
Persiapan terakhir sebelum masuk waktu berbuka
Untuk beberapa waktu diakhir-akhir ini, aku cuma banyak meng-update gambar sahaja di dalam blog. Sedikit saja ayat-ayat berbunga. Ini sebagai bukti bahawa blog aku masih aktif cuma masa aku 'membebel' saja kurang. Aku akan cuba untuk mencari topik-topik yang menarik untuk dihuraikan, namun untuk waktu dan detik ini, terima saja apa yang mampu aku hulurkan.
Salam Ramadhan ke 15...
|
No comments:
Post a Comment