Memang terlalu berat bagi seseorang yang telah bergelar artis membuat penampilan yang sama sekali berbeza dengan wataknya selama ini. Berani membuat keputusan sehingga sanggup membuka tudung. Suatu berita yang amat sedih untuk didengari.
Pada awalnya aku malas nak ulas perkara ini, lagipun kunci syurga bukan di tangan aku. Tapi apabila aku terbaca komen dari Michael Ang.
" Daripada kau bertudung, tapi sebenarnya tak nak , itu lagi munafik ! "( baik tak pakai tudung ).
lantas aku terfikir, andai aku gunakan landasan cara fikir sebegitu, maka aku boleh katakan,
" Daripada ko kahwin, tapi tak dapat beranak, ( disebabkan mandul or masalah kesihatan) lebih baik ko jadi Gay/lesbian"
Hakikatnya berhijab itu tuntutan agama, mahu atau tidak, sebagai insan yang beragama Islam, kewajipan itu sudah ditetapkan untuk memakainya.
Doa yang baik saja untuk beliau. Semoga dengan kekhilafan ini akan menguatkan lagi pemahaman anda tentang Islam.
No comments:
Post a Comment