Di penghujung
tahun sebegini, suasana kerja semakin santai sahaja. Masa banyak ku habiskan
dengan mencari buku-buku yang ingin dilupuskan sambil membaca info-info berguna
dari media massa menjadi benih untuk mencambah idea seterusnya diukir atas
kertas kaca menghasilkan koleksi-koleksi
tulisan dalam blogku. Banyak yang menarik namun tiada yang berat sangat
melainkan isu tentang salah seorang Y.B ini bermati-matian mahu larangan
merokok di kawasan Parlimen di Tarikbalik. Katanya, sedangkan mereka LGBT pun
punyai hak untuk hidup inikan pula sekadar perokok. Di ‘batuapi’kan lagi oleh
seorang Peguam kanan yang beriya-iya berjuang untuk hak-hak asasi si perokok
ini.
Aku hairan dengan cara fikir
orang yang tinggi ilmu ini, yang disekat adalah merokok di tempat awam. Memang
benar, Sebelum ini sudah banyak tempat dilarang untuk merokok seperti hospital,
sekolah dan lain-lain dan sekarang dipanjangkan pula ke Restoran. Ianya bukan
menyekat hak perokok untuk merokok. Perokok masih bebas merokok kecuali di tempat-tempat
yang telah diwartakan.
Rokok adalah sejenis dadah yang
legalized dan ianya hanya kerana bisnes, demi kepentingan korporat, bukan
membawa kebaikan. Hasil kajian saintifik membuktikan ada beratus jenis toksin.
Asap rokok itu pula membahayakan diri dan juga orang sekeliling. Jadi, Hak
apakah yang diperjuangkan ini? Kalau pun ingin bercakap dari sudut
undang-undang, aku yakin pihak Mahkamah lebih mengutamakan Hak bukan
Perokok.
Pasti ada pula insan jenis otak
dalam mangkuk jamban akan mempertikaikan. Kalau asap rokok membawa masalah, haramkan
semua kenderaan dari bergerak di jalanraya, kerana mengeluarkan asap yang
bertoksin. Ayat-ayat sebegini sering menjadi benteng kukuh Sang perokok,
hakikatnya merokok itu satu pilihan, anda boleh katakan tidak pada rokok atau
terus merokok dan anda akan terus merosakkan diri sendiri. Lain pula dengan
asap dari enzos Kenderaan di jalanraya itu pun mempunyai garis panduan dari
Pihak JPJ malah kita tiada pilihan lain juga untuk bergerak melancarkan
kehidupan melainkan dengan kenderaan ini.
Walaupun Perokok itu pun membayar
cukai, dia masih tidak berhak memaksa orang lain menyedut asap rokok yang
dihembusnya ketika dia mengisap rokok kerana asap tersebut boleh membawa
penyakit kanser dan lain-lain tanpa kerelaan mereka yang tidak merokok. Jika
orang dewasa pun tidak tahan dengan asap rokok, bagaimana pula keadaan bayi dan
kanak-kanak yang memiliki kadar pernafasan tinggi antara 40 hingga 50 kali
seminit, berbanding dewasa yang hanya menyedut udara antara 15 hingga 16 kali
seminit. Pasti lebih perit untuk mereka.
Tiada istilah Diskriminasi pada si perokok dalam perkara ini. Hakikatnya
golongan perokok ini sebagai mementingkan diri sendiri. Untuk lebih jelas, kita
ibaratkan ianya perogol (perokok) dan kita membiarkan perogol tersebut merogol
anak gadis kita dijalanan ( merokok di khalayak ramai) dengan alasan
membenarkan perkara rogol(perokok) di tempat awam itu, dengan alasan, dia juga
pembayar cukai. Logik kah sebegitu?
Apa lagi dalil dan bukti yang
diperlukan bahawa rokok itu satu dadah yang sangat merbahaya dan membunuh, sukar untuk dijelaskan apabila nafsu ketagihan diutamakan. Hanya kerana tak nampak mabuk maka penagih-penagih tegar ini sungguh marah.
Lihat saja orang yang tak dibenarkan merokok, macam mana meroyan melatah jadinya.
Teringat satu kisah yang dibawa oleh
penceramah bebas, Hussain Yee bertajuk Solat, rokok dan tandas. Katanya, kalau
solat dijaga dengan betul, hasilnya dapat mencegah benda yang tidak elok.
Beliau mengaitkannya dengan wuduk yang memerlukan seseorang membersihkan mulut
lebih-lebih lagi perokok. Bau rokok perlu dibersihkan supaya tidak mengganggu
jemaah lain. Penceramah juga bertanyakan adakah sesuai apabila ke tandas, kita
membawa kacang, kuih, kek, goreng pisang, kopi O atau teh tarik untuk
dimakan/minum? Jika tidak apakah yang paling sesuai dengan tandas? Jawabnya
rokok. Ini menggambarkan sesuatu yang tidak elok itu hanya sesuai di tempat
yang tidak elok. Soalnya lagi, apakah makanan yang tidak habis kemudian dibuang
dan dipijak? Sekali lagi hanya rokok dan ini menggambarkan betapa hina dan
kotornya rokok. Apa lagi dalil dan bukti yang diperlukan bahawa rokok itu satu
dadah yang sangat merbahaya dan membunuh. Sejujurnya, perokok sedar akan
keburukan tersebut namun ketagihan itu membuatkan semua kebenaran itu
ditutupkan. AKU EX PEROKOK..
No comments:
Post a Comment