Long Lama suatu Pekan yang kecil namun bagiku, ianya boleh dianggapkan Pekan dalam
kategori Subbandar walaupun masih di
kira jauh di pendalaman Sarawak yang memerlukan 2 jam perjalanan dari Bandar Miri.
Aku Kategorinya sebagai Subbandar disebabkan di sini ada beberapa Jabatan
kerajaan seperti:
1. Pej. Daerah Kecil Long Lama
2. Jab. Pendaftaran Malaysia,
Long Lama
3. Jab. Penerangan Malaysia, Long
Lama
4. Jab. Pertanian, Long Lama
5. Perpustakaan Awam Long Lama
6. Balai Polis Long Lama
7. SMK Long Lama
8. SK Ubong Imang Long Lama
9. SJK© Kee Tee Long Lama
10. Sarawak Forestry Copration sdn bhd
Kali ini aku ingin fokuskan
berkenaan dengan Restaurant Ya Salam dan empunya Restaurant ini adalah aku
sendiri namun diurus oleh Isteriku.
Wujudnya Restaurant ini selepas 3
tahun aku bertugas ke Long Lama atas dasar kerja. Apabila permohonan “transfer” gagal, aku amat kecewa sedangkan kriteria alasanku
amat kukuh. Tapi kegagalan ini yang melahirkan suatu idea yang cukup luarbiasa.
Dengan kepakaran isteri yang
mahir menguruskan kewangan dari pengalaman berniaga secara kecil-kecilan selama
ini, dengan ilmu asas masakan untuk permulaan bisnis. Bagiku, terlalu banyak menu masakan tidak membantu juga. Ianya sebenar bergantung dengan pemintaan pengguna. Kalau buka bisnis di bandar lain cerita bro.. Banyak orang maka banyak permintaan. Jadi menu di Restaurant aku cuma ada apa yang dapat aku beli dari kedai sekitarnya dan barang basah dari stok simpanan. Dorongan dari kawan-kawan yang banyak memberi sokongan dengan memberi alasan
bahawa, Long Lama belum ada lagi Restaurant yang memberi jaminan Halal untuk
pengunjung muslim. Yang menariknya, kawan-kawan non muslim yang mencetuskan
idea restaurant ini. Kawan yang sama Lepak, sama main dan sama duduk minum kopi
bercerita pasal politik semasa.
Sebelah petang ada menyediakan kuih muih serta cucur pisang
Rumah terbuka Hari Raya ( Pengunjung kebanyakkan kawan dari non Muslim )
Apabila
ada Restaurant ini baru aku banyak kawan muslim dari golongan guru sekolah yang
selama ini jarang keluar ke Pekan Long Lama. Dulu kalau mereka keluar ke pasar
pun atas sebab membeli bekalan dapur, namun
semenjak ada Restaurant ini, mereka sudi untuk melepak dan adakalanya
restaurant ini tempat berhubung serta bersuai
kenal dengan guru baru yang singgah
makan dari luar Pekan Long Lama sebelum guru tersebut menuju ke destinasi
sekolahnya.
Pejam celik pejam celik kini
sudah 8 tahun Restaurant Ya Salam beroperasi. Restaurant yang mengutamakan menu
tengahari dari Nasi campur hingga nasi goreng yang pelbagai pilihan namun
bergantung dengan stok bekalan kerana aku amat menitikberatkan soal HALAL dalam
penyediaan menu makanan.
Tempahan makanan untuk majlis Pemimpin bersama Rakyat berlangsung di Masjid Darusalam Long Lama
Kuih tempahan pada musim Krismas
Restaurant
ini juga ada menyediakan “catering” atau
tempahan makanan untuk sesuatu majlis.
Di musim kedatangan bulan Ramadhan, Restaurant Ya Salam tidak akan dibuka bagi menghormati bulan tersebut, namun kami ada menyediakan Juadah berbuka puasa dalam bentuk kuih muih malah lauk pauk untuk di bungkus di bawa balik. Adakalanya permintaan untuk berbuka dari Pengunjung luar yang "travelling" demi tugas terutama yang beragama Islam terpaksa juga kami menyediakan tempat dan juadahnya semata-mata menjaga hati pelanggan malah itu juga salah satu cabang dari fardhu kifayah. Jatuh hukum WAJIB kepadaku kerana tiada seorang muslim pun yang melakukannya.
Bazaar Ramadhan Ya Salam
Sebahagian Menu Bazaar Ramadhan Ya Salam.
Aku tangguhkan dulu cerita kisah Restaurant Ya Salam ini, akan aku “update’ kan lagi dari masa ke semasa. Tapi kali ini aku banyakkan gambar dalam entri ku. Biar gambar sahaja berbicara dulu.
No comments:
Post a Comment