Apabila denyutannya semakin sakit dan merebak hingga ke urat leher,
berdesing telinga beserta cupingnya terasa panas lalu melonjak sakit itu naik ke sarat otak. Tidur tak lena dan makan
tak kenyang. Maka bermula saat-saat
getir dalam hidup aku bertarung menahan sakitnya gigi yang disebabkan
gigi yang berlubang dan yang paling canggih, sakit ini boleh bawa penyakit
jantung atau stroke.
Baru timbul
perasaan kesal yang selama ini tidak teratur dengan disiplin yang ketat untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut.
Kesakitan itu melambangkan betapa aku yang selama ini yang tidak mementingkan kesihatan dan kebersihan
tempat yang amat penting dalam tubuh manusia iaitu mulut. Dapat di bayangkan
tanpa mulut memang kita tidak dapat makan serta minum, tidak dapat bercakap
dengan normal sedangkan sewaktu sakit gigi apabila orang lain bertanyakan
soalan, kita cuma mampu menjawab sepatah dua malah tika bercakap air liur sekali sekala terkeluar juga, apatah lagi kalau tiada mulut. Sungguh mereka insan yang bisu itu Allah SWT telah berikan mereka suatu naluri yang istimewa. Dapat berkomunikasi dengan orang lain dan pasti butiran "percakapan" mereka lebih teliti, penuh perasaan, difahami dengan lebih dalam disebabkan "percakapan" itu bermula dari hati dan diterjemahkan melalui bahasa isyarat beserta lenggok badan.
Banyak petua yang di cadangkan oleh kawan namun itu cuma sekadar petua. Bagiku, apabila betul dosnya maka cepat hilang rasa
sakitnya. Bukan disebabkan petua itu yang berkesan. Ada yang pesan gosok minyak
panas di pipi, kunyah bawang putih la, garam la, bawang merah la, buah
belimbing la, kunyah lada la. Cari orang tua yang pandai, minta doa penahan sakit dengan simboliknya tukulkan paku 4 inci di tiang rumah la!!!!
Namun aku lebih suka membenteraskan sakit itu dengan cara mencabut gigi yang sakit tersebut.
Selamat tinggal saja petua-petua itu, bukan tak percaya ke-ampuh-annya, namun
impak kesakitan ini membuatkan aku nampak
cuma cabut sahaja jalan yang paling berkesan untuk keparahan derita ini.
Langkah pertama aku terus mencari doctor gigi di
Klinik Long Lama, namun difahamkan oleh “indu misi” di sana bahawa Doctor gigi cuma ada
minggu hadapan. Jauh tinggal di pendalaman ini, doctor gigi datang untuk berkerja 3 hari sahaja dalam
sebulan untuk membuat rawatan pergigian. Aku terus menghubungi kawan yang
pernah menghadapi masalah ini lantas bertanya di mana Klinik swasta pergigian di Bandar
Miri yang paling minimum sakitnya apabila mencabut gigi. Harga memang berapi. Dapat 3
tempat yang dicadangkan mereka. Maka aku pilih yang paling dekat dengan Hotel
dan parking kereta. Kerana aku bercadang hendak bermalam di Miri, sementara aku
mencabut gigi, anak Isteri dapat juga berehat di bilik Hotel.
Dengan penuh semangat juang, aku melangkah ke Klinik Swasta pergigian
itu, beserta doa dan harapan agar penderitaan ini berakhir dengan cepat. Setelah
berurusan di kaunter aku menunggu nama di panggil. Tak sampai 5 minit aku di
minta untuk masuk di bilik No.4.
Penuh dengan drama, penuh dengan plot cerita yang bergantung, pertaruhan
bernilai tinggi yang membabitkan pertarungan fizikal dan mental dan berakhir bukan dengan satu batang gigi di cabut, tetapi
dua batang!!! atas nasihat doctor.
Setelah di “Injuction Bius” dicabutnya Gigi pertama sungguh tidak terasa namun
gigi kedua iaitu gigi geraham memerlukan setengah jam Doctor amoi cina
mengerjakannya. Terkeluar juga airmata jantan apabila Doctor Berjaya akhirnya mencabut
gigi tersebut berserta dengan isi gusi masih terlekat di gigi tersebut.
Baru aku faham, untuk masalah gigi ini bukan disebabkan
harga servisnya mahal ( doctor luar ) atau murah ( Doctor kerajaan ) yang membuktikan
servis itu bagus atau tidak sakit tika di cabut.
Yang bagusnya klinik swasta adalah
kita tidak perlu beratur untuk menunggu giliran sewaktu membuat rawatan di
klinik luar. Di tambah lagi kita yang memang dalam kesakitan. Memang memerlukan
rawatan yang cepat.
Sebenarnya tiada beza rasa kesakitan itu dengan mencabut gigi di klinik swasta atau Hospital Kerajaan. Aku juga pernah mencabut
gigi di hospital kerajaan di Pekan Marudi. Baru dicaj RM5 jika di bandingkan dengan caj
Klinik swasta sebanyak RM80 sebatang gigi. Siapa yang sakit gigi yang masih
dapat bertahan, cuba cari doctor gigi hospital kerajaan. Bukan tak baik klinik
swasta, tapi harga mahal. Aku sebenarnya termakan pujuk oleh kawan yang
mengatakan Klinik swasta bagus.
Sakit atau tidak sewaktu gigi di cabut berpunca dari keteguhan batang gigi itu
sendiri. Seperti kes aku yang terpaksa di cabut 2 batang gigi sekali gus. Gigi
yang pertama tidak terasa tika di cabut di sebabkan gigi tersebut memang goyang
dan lemah di akarnya. Tapi untuk gigi yang kedua, bagaikan tukul Thor yang besar menghentak rahang pipi.
Jadi kalau ada orang katakan cabut gigi di klinik swasta tak
sakit atau kurang sakit , itu adalah
Fakta yang amat-amat salah!!!!. Hingga kini ( masuk 10 hari dah ) sakit bekas
koyakan isi gusi sewaktu gigi geraham di cabut itu masih terasa dan kini
beransur sembuh. Namun yang bagusnya sakit gigi untuk kali ini berdekatan
dengan Bulan Ramadhan. Dua hari selepas
di cabut gigi aku berhenti merokok, gusi masih bengkak, khuatir bernanah aku
berhenti merokok untuk sementara waktu pada mulanya. Apabila terbaca satu majalah mengatakan Bulan
Ramadhan adalah bulan yang bagus untuk permulaan berhenti merokok. Maka aku tanamkan niat
itu terus. Sakit gigi telah aku tinggalkan dan kini mampukah aku
meninggalkan sakit menanggung ketagihannya rokok???.. Mohon Tuan puan tolong
doakan kejituan kebulatan niat hati ini.
No comments:
Post a Comment