Sempena
cuti Perayaan Gawai ditambahkan lagi cuti sekolah selama dua minggu, aku
mengatur “Trip” untuk membawa keluarga berjalan
mencari Ilmu. Bak kata Pepatah, Jauh berjalan luas pengalaman. Aku katakan “mencari
Ilmu” disebabkan dengan bergerak dan berhijrah kita melihat tempat, cara,
keadaan serta kehidupan orang. Mana yang
baik kita ambil ilmunya, kita ambil caranya dan manakala yang kurang baik, kita
tapis untuk dijadikan sempadan. Dengan
melihat gambar dari buku atau internet tidak sama pengalamannya berbanding kita
sendiri melaluinya. Itu yang membezakan antara duduk membaca dengan merasainya
sendiri.
Berpandukan GPS di handphone, selepas Kalimah Bismillah dilafazkan, aku nekad
terus untuk membawa semua permata hati ku bermula dari Bandar Miri jam 9.00
pagi untuk bertolak. Ianya mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Bandar Limbang dengan
kelajuan kereta 90-100 KM/sejam itu pun bergantung dengan dua Pos Kawalan Imigresen.
Seandainya penuh maka lambat la jawabnya.
Sempat singgah sekejap berjumpa dengan adik aku di Lumut, Brunei. Dia dah 2
tahun berkerja di “Oversea” hehehe..
Lewat tengahari baru sampai Pekan Limbang, Hotel dah “booking” awal. Itu yang
bagusnya Internet, minta tolong dengan pak cik yang bernama GOOGLE atau YAHOO
mencari nama dan No. Tel Hotel di Bandar Limbang , Insyallah semua info ada di
hujung jari.
Beli nasi bungkus bawa ke Hotel, terasa letih setelah “driving” aku baring tertidur.
Dalam jam 4 petang baru bawa keluargaku berjalan sekitar Pekan Limbang. Shopping complex Purnama Hotel mesti dilawati.
Maskot Limbang Ikan Tahai
Berlatarbelakang Purnama hotel
Tidak
jauh dari Tamu Limbang ada Jab. Kastam,di situ seawal jam 6 pagi aku telah
membeli tiket express Boat untuk ke destinasi yang di tuju, Wilayah Persekutuan
Labuan. Tauke express Boat akan duduk dengan
tiketnya betul-betul depan pintu masuk Jab. Kastam tersebut. Beliau berpesan, sesampai di Jeti Labuan nanti
terus beli Tiket balik ke Limbang sebab program untuk balik hari sahaja,
khuatir tiket habis.
Memerlukan 1 jam 45 minit perjalanan menaiki Express boat membelah laut.
Dalam express Boat, bersih dan selesa.
Jeti Pelabuhan pulau Labuan
Aku
tidak mahu menghurai secara terperinci berkenaan Pulau ini sebab aku cuma singgah
sebenar walaupun ini kali yang ke-dua aku ke Pulau ini. Apa yang aku nampak, (
sekitar pasar ) kesamarataan purata jumlah penduduk tempatan dan orang asing
adalah sama. Kriteria orang asing yang aku
maksudkan adalah orang yang seperti
aku yang datang melawat, Segelintir pendatang Filipina, Indo yang datang
berkerja serta bangsa Tamil semenanjung yang membuka kedai di Pulau ini.
Harga
barang boleh dikatakan murah sikit je dari tempat lain, tapi barang murah yang
orang selalu sebutkan adalah barang yang diimport dari Negara luar seperti Rokok, arak yang berjenama..perghhhh..
Ada beli ole-ole sikit di Pelabuhan Labuan seperti Coklat
berbakul-bakul ( murahnya made from oversea ), kain, biasalah berjalan dengan perempuan, ( Isteri
) dan sepasang baju bercorak pulau Labuan untuk Faiz ( anak ku yang ke-5 )
setelah dia terkencing dalam seluar sewaktu menunggu express boat hendak berlepas pulang ke Bandar Limbang Jam 2.00 petang.
Aku bercadang untuk datang lagi ke Pulau Labuan tapi kali ini aku akan tidur
semalam dua agar aku tahu “rempah ratus” rasa kehidupan dan cuba memahami
keadaan di Pulau tersebut dari segi masakannya, orangnya, budayanya hatta cara pemikiran
orang disana.
Apa yang penting, hajat untuk membawa ahli keluargaku berjalan telah kesampaian.
Berjalan mencari Ilmu atau berjalan mencari makan atau berjalan membuang duit…terpulang
kepada pandangan masing-masing.
No comments:
Post a Comment