Setelah mencecah umur 3 tahun, baru niat hatiku kesampaian
apabila “cover Conopies” dapat dibeli untuk keselamatan barang yang disimpan
dalam “baket” Siti Navaraku.
Proses pemasangan
Banyak kedai aksesori kereta telah ku masuki di area Miri untuk perbandingan
harga, Cuma di kedai LS car accessories 4x4 servise bersebelahan stesen Shell dekat Merdeka Suite saja yang
paling berpatutan dengan servisnya bagus di sertakan pemberian Stiker kedai.
Lokasi pemasangan
Kos “cover conopies” ini sebanyak RM2100.00 dan kerja pemasangan mengambil masa lebih kurang sejam
lebih juga. Kedai lain boleh mencecah RM2500.00 sebiji termasuk GST.
Sebelum ini aku cuma mengunakan Kanvas untuk menutup barang yang sudah di beli.
Apabila berhenti untuk membeli keperluan lain di shopping complex atau di
parking kereta luar kedai biasa dan tinggalkan kereta untuk seketika dengan
“baket” kereta penuh yang Cuma ditutupi dengan kanvas, terdetik juga rasa
khuatir akan kehilangan barang tersebut. Kanvas ini juga akan “melambai-lambai”
apabila kereta di pandu dengan laju. Situasi sebegitu yang paling aku tidak
suka, kerana ianya akan menganggu pemandangan sisi belakang kereta serta
sedikit sebanyak juga menganggu naluri pemanduan berhemat aku. Tapi kini, rasa
kekhuatiran itu sudah tiada lagi.
Dengan adanya PENUTUP BELAKANG ini, banyak masa telah dapat dijimatkan. Aku
tidak perlu menyusun barang yang dibeli. Aku tidak perlu lagi mengikat kanvas kerana khuatir akan terbang. Apa yang perlu aku buat, cuma membuka PENUTUP BELAKANG
dan meletak sahaja mengikut kesesuaian berat barang agar seimbang antara kiri
kanan ‘baket’ sewaktu kereta bergerak.
Memang sepadan dengan warna kereta. Selepas membayar, aku dipelawa oleh Tauke kedai untuk datang lagi. Tak kira anda Cina, melayu, india malah bangsa asing pun, andai layanan anda "tip top", orang atau pelangan akan datang lagi. Aku juga akan datang lagi, setelah tauke kedai bagi Offer baik punya, sekiranya aku jadi untuk memasang stering lock kerana setahu aku, tempat lain tidak bagi harga "tanpa" GST. Dia tahu aku hendak memasang Stering lock itu, sebab aku berdiri lama dekat aksesori tersebut. Moga rezeki cepat datang, agar stering lock itu, akan jadi kenyataan juga.
No comments:
Post a Comment