Translate

Tuesday, 1 December 2015

Genggam teguh Amanah diberi.

(Coretan ini sebenarnya sudah awal dinurkilankan di atas Wall Facebook aku, dihadirkan dalam penulisan ini untuk menambahkan koleksi dalam blog "syok' sendiri ini.)


Lama tidak mencoret di lembaran kaca ini. Diharap semuanya dalam sihat walafiat hendakNya. Aku nak kongsikan suatu yang baru tadi ku perasan.

Sewaktu Topup Reload Handphone Isteriku, tiba-tiba aku teringat kata-kata Pak Menteri yang pernah mengatakan, selepas 31 Okt 2015 akan kembali Normal harga Kad Prabayar.







Andaikata aku beli Reload Topup di kedai yang berhampiran, aku boleh terima jawapan Tauke kedai yang mengenakan harga GST dengan alasan, dia laburkan modal untuk membeli Kad prabayar tersebut sewaktu GST dikenakan. Tapi, aku Topup melalui online Banking.



Bank TIDAK update kah??... atau.. 'Jako" menteri itu cuma "putar alam", ayat yang sering dilontarkan sewaktu aku menjadi pembonceng motorsikal "kawasaki honey" lampu pudar kepunyaan Mahaguru Sultan Mohd Szadin dulu ( Nama dlm Facebook ).
Motorsikal yang banyak menjelajah segenap ceruk lorong di Marudi tika awal 90an. Namun destinasi terakhirnya pasti ke rumah Tok Batin Dahuddin Diendz ( Nama dlm Facebook ) yang sudah sedia menunggu kedatangan dua orang insan suci yang membawa bekalan rokok "Malboro" sambil gitar kapok tak lekang ditangan. Ditambahkan lagi kelunakan Flaking gitar goreng kicap Cap Kuda terbang dari Pawang hujan Black Mat Burn ( Nama dlm Facebook )...Pergghhhhh, Berdesup masuk menikam kalbu.

Sebab itu, setiap kali Jamming, pasti Tan Sri Ombak Pantai Menangis ( Nama dlm Facebook )  akan menyendiri merenung jauh luar jendela sambil genggaman erat memegang microfone.
" Tidak terkira perutusan, satu pun tiada balasan"
" Namunku tak putus harapan, walau hati ini, sudah mula bergoyang" ,

Atau mungkin disebabkan sentuhan klasik gorengan bisanya gitar brader Black yang membuat sahabatku dunia akhirat ini begitu. Rahsia yang belum dapat aku rungkaikan hingga ke saat ini.

Mengarut jauh dah aku....

Sebagai Rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, silap-silap tak makan terus walaupun seharian puas berkais, adalah moleknya beban ini harus ku lepaskan juga di dalam coretan ini.
Kalau perkara yang melibatkan kemashalahan rakyat ini pun belum dapat di selesaikan, cuba bayangkan berkenaan perkara yang lebih besar dengan isu sistem Pendidikan kita, sistem perundangan kita hatta sistem pertahanan sempadan perairan kita.
Aku sayang Negara ini, aku lebih sayang Negeri ini, bukan kePARTIan yang merubah lanskap politik kita, namun mentaliti segelintir pemimpin yang tidak memiliki "PEMIKIRAN ARAS TINGGI".
Teringat kisah Al Ghazali bersoal jawab dengan anak muridnya dan soalan yang paling aku suka angkatkan disini adalah:
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Murid-murid ada yang menjawab "besi dan gajah".
Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH"



P/s: Minta diselesaikan segera segala "Amanah' atau perkara berbangkit sebelum masuknya ke ambang 2016..





Belawai dan 'Resort'nya

Bersama rombongan sepejabat untuk ke Belawai bertujuan untuk melawat lantas membuat aktiviti membina semangat berkumpulan/berpasukan. Setiap tahun pasti akan ada Lawatan sebegini dilakukan. Namun kali ini, pemilihan lokasi adalah sesuatu yang pelik.

Apa yang hebatnya Belawai???

Seperti perbualanku dengan presiden Kelab KESURA ( Kelab sukan & Rekreasi MDM ), dapat dihuraikan pemilihan itu bukan disebabkan lokasinya, tapi:


   Tanpa Program sebegini, kita tidak akan sampai memijak kaki ke Belawai, andai diberi pilihan, alangkah bagusnya ‘Target” area adalah Sabah, Kuching atau Mulu kan. Namun mesti difahamkan bahawa tujuan Program ini adalah “membina team building” BUKAN pergi shopping atau joli sana joli sini.

2.   Kita yang sebagai penduduk pendalaman, sekali sekala datang melihat kehidupan di tepi pantai, ianya sungguh berbeza dengan  apa yang kita tempuh setiap hari di sini. Perubahan dalam pembentukan minda amat penting dalam tujuan lawatan sebegini.

3.  Berfikir dan menganalis setiap perkara dan benda yang di pandang. Kawasan yang Cuma perkampungan nelayan, tetapi mempunyai stuktur jalan raya yang bagus. Perkampungan yang padat dengan rumahnya rapat.






Bergerak dari Jam 7.30 pagi dari Marudi menggunakan Pacuan 4 roda. Bas berhawa dingin sudah menunggu di simpang jalan Marudi Miri. Mengambil masa 10 jam perjalanan untuk sampai ke Destinasi.


Selama 3 hari 2 malam berkampung di sini, sungguh banyak aktiviti yang dilakukan. Namun acara yang ditunggu-tunggu adalah mandi laut.

Jumlah rombongan dari Marudi


Tempat menginap untuk 2 malam

Kampung Belawai ( gerai menjual ikan salai )

Suasana dalam kampung

Lepak sekejap selepas membuat Team Building

Aku dan Cip Josely


Entah, bila lagi akan ke sana. Tapi kenangan ini akan ku simpan rapi sebagai ingatan di kemudian hari. Kenangan keindahan Belawai dan kenangan bersama teman sepejabat.



Pesta Sukan Air Long Lama

Bertarikh 23-25 Oktober 2015, Mini regatta ini membuka tirainya dengan Pertandingan Boat remote control. Kehadiran orang ramai amat luarbiasa sekali.

Aku nak membawa semua melihat dari sudut pandang yang berbeza, disebabkan aku mewakili pihak Majlis Daerah, ingin aku mengetengahkan sesuatu perkara yang tidak diketahui umum. Dan perkara sebegini memang biasa terjadi sewaktu apa-apa ‘event’ besar yang berlangsung.

Pihak kami diamanahkan:

1.       Untuk menjaga kebersihan dan
2.       Mengutip yuran penjaja/ bergerai/funfair.

Sebelum berlangsung Acara ini, sebulan sudah pihak kami bermesyuarat untuk merangka dan meramal situasi yang bakal berlaku. Bermesyuarat untuk memutuskan tindakan andai ada perkara berlaku diluar kawalan.


Apabila hari yang ditunggu sudah tiba, berduyun orang yang ingin menyaksikan temasya ini datang dari dekat dan juga jauh tidak terkecuali mereka yang ingin mencuba nasib untuk mencari rezeki dengan cara berniaga.

Aku kongsikan sahaja photo menarik untuk tetapan semua…

Proses permohonan gerai jualan ( 130 gerai berdaftar )













Tempat pelepasan power boat

Funfair depan Ya Salam Restaurant



Temasya yang diraikan 2 tahun sekali ini adalah Temasya yang besar dan bernilai untuk komuniti pekan Long Lama. Cuma masalah yang sering berlaku di Pekan yang kecil ini adalah tempat penginapan yang kurang. Walaupun mempunyai 3 hotel, namun apabila dicampur ke semua bilik hotel tersebut, masih belum mencapai 30 bilik keseluruhannya.

Selepas berhempas pulas menyusun tapak jualan untuk para peniaga, dalam kawasan yang agak kecil seperti Pekan ini, maka berakhirnya Temasya ini akan timbul satu masalah baru, iaitu SAMPAH....

Photo sebelum acara


Photo selepas acara

Seperti awal ku katakan tadi, melihat dari sudut pandang yang berbeza. Selalunya, apabila Regatta di mana-mana sungai dalam Sarawak, orang akan leka dengan sukan di airnya, kayuhannya dan deruan bunyi enjinnya. Aku lebih kepada sesuatu yang jarang diperhatikan. Dan perkara yang jarang dititikberatkan ini yang membuatkan setiap Pesta menjadi meriah.



Tuesday, 3 November 2015

Kriteria pemilihan seorang Pemimpin

Syukur Alhamdulillah, kita bertemu lagi di dunia I.T. Kali ini aku membuat satu bahan bacaan yang berat sikit untuk direnungi. Bercirikan keagamaan bersumber dari Al Quran dan Hadis.

Apabila kita membaca Al Quran, banyak kisah yang tercatit di dalamnya. Al Quran tidak meleret-leret atau mengarut. Al Quran bukan kitab Sejarah tapi kitab Petunjuk. Al Quran menceritakan Asas-asas yang diperlukan dalam kehidupan Insani.   

Berbalik kepada tajuk di atas, “Kriteria pemilihan seorang Pemimpin” .Perkara ini telah tertulis dalam Al Quran di surah An Nisa:

[58]Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

[59]Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Ini adalah DASAR Politik dalam Islam.  Pertama sekali, Allah SWT menyuruh kita berikan Amanah ataupun Jawatan tersebut kepada yang PAKAR. Kerana dengan kepakarannya, dia dapat menjalankan Amanah tersebut dengan baik dan Adil. Maksudnya disini, Allah SWT  tidak mewajibkan Tok Syeikh berserban besar, atau Para Ulama berjubah labuh menjadi pemimpin.  Apa yang diperlukan adalah seorang yang mempunyai Kepakaran dalam memimpin sesebuah Organisasi, Persatuan kampung hatta memimpin Negeri malah Negara. Dan dia haruslah mentaati Allah dan taati Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri”. Kerna dengan mentaati Ketiga-tiga tersebut, cukup untuknya memegang kukuh Amanah tersebut disandarkan lagi dengan kebolehan kepakarannya. Namun apabila disebut “Ulil amri” ( Orang yang berkuasa ), kita terfikir juga, kenapa mesti taat kepada Mereka sebab kalau ditengok kebelakangan ini para Pemimpin kita ada yang memang teruk. Tidak Amanah, malah menyusahkan rakyat. Beri BR1M tapi secara halus minta balik dengan GSTnya.

Maka terwujudnya masalah Pemilihan seorang Pemimpin. Kita pun sedia maklum, Allah SWT menyuruh memilih Seorang yang mempunyai kepakaran dalam memimpin, namun Allah SWT tidak jelaskan lebih detail ciri criteria SIAPA atau BAGAIMANA kelayakan kepakaran yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin.
Berbalik kepada Al Quran lagi, di dalam Surah Al-Qasas:

[26]Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.
Dialog dalam Al Quran ini berlaku sewaktu menceritakan Kisah Nabi Musa AS yang telah membantu dua orang wanita yang mengembala kambing. Salah seorang wanita tersebut memujuk Ayahnya untuk mengambil Nabi Musa AS berkerja mengembala kambing kepunyaan mereka.

Kenapa Nabi Musa AS dipilih???

Kerana Orangnya Kuat lagi Amanah.



Kuat maksudnya disini adalah kemampuannya menanggung Tugas dengan kelebihan Skill dan kepakaran yang berkaitan dengan Jawatan yang disandang dan Amanah adalah Seseorang yang boleh dipercayai, yang Takut akan Allah dan teguh pendiriannya serta dia tidak akan menyeleweng harta yang diamanahkan.


Pernah terjadi di Zaman Rasulullah apabila sahabat beliau iaitu Abu Zar meminta Jawatan kepada Baginda dan kita pun sedia maklum bahawasanya Abu Zar sabahat nabi ini, sungguh Alim lagi soleh Orangnya malah Ahli Langit mengenalinya. Namun jawab Baginda dalam Hadis Riwayat oleh Muslim

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:
"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

Baginda tidak membenarkan Abu Zar memegang jawatan tersebut bukan kerana Lemah Iman, Tapi lemah dari sudut kurang Ilmu kepimpinan. Jelas disini, Baginda tidak memberi Jawatan tersebut kepada orang yang Hebat dari Ilmu Agamanya, tapi Jawatan tersebut diberi kepada Orang yang mempunyai kepakaran dalam urus tadbir iaitu hebat ilmu kepimpinannya.

Sebab itu dalam ayat Al Nissa

[59]Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…………………….


tidak ditekankan TAATLAH kepada Ulil Amri. Cuma….

TAATlah kamu kepada Allah dan TAATlah kamu kepada Rasulullah...





Jelas kini, Pemimpin kita sekarang tidak mempunyai DASAR criteria yang diperlukan dalam Politik iaitu ‘yang Kuat lagi Amanah”

Namun timbul persoalan, andaikata kita ada 2 Calon:-

A) seorang yang kuat, ada skill dan kepakaran tapi kurang Amanah dan

B) seorang lagi Lemah dari sudut ilmu politiknya tapi teguh pendirian dalam memegang Amanahnya?

Siapa yang harus kita utamakan atau kita pilih???

Dalam situasi ini kita harus memilih berdasarkan Jawatan yang perlu disandangnya. Seandainya kita memerlukan seorang yang menjaga segudang banyaknya Emas, maka kita pilih yang kuat pegangan Amanahnya dan seandainya kita memerlukan seseorang yang turun ke Medan perang, maka kita memilih orang yang ada skill Ilmu ketenteraannya.

Tidak dinafikan ada juga Para Ulama yang mempunyai Skill dalam ilmu pentadbirannya, maka itu adalah satu BONUS baginya. Ianya pernah berlaku di kampung aku dulu, apabila Jawatan Pengerusi Surau bukan Tuan Imam yang dilantik, tapi orang lain yang mempunyai kehebatan dalam memikul tanggungjawab tersebut serta mempunyai pengaruh dan boleh bercakap di khlayak ramai. Dan Pengerusi Surau itu juga mampu mengimami Solat berjemaah seandainya tuan Imam kampung aku jatuh sakit. 


Sebab itu, kita hendaklah melantik orang yang betul-betul PAKAR dalam bidangnya, MAHIR dalam jawatannya, kerana dengan kepakaranya itu, ia akan membawa kita ke arah wujudnya keadilan. Jadi baru tercantum:


TAATlah kamu kepada Allah dan TAATlah kamu kepada Rasulullah DAN ULIL AMRI…..


Telinga masuk peluru pistol mainan

Dah namanya budak kecil, selagi benda tersebut dapat dikunyah, dia akan telan. Sebegitu juga “peluru Pistol mainan” yang berwarna kuning yang telah diisinya ke dalam lubang telinga. Nak di marah, nasi sudah menjadi bubur. Ikhtiar untuk mengeluarkan “benda” itu keluar, lagi bagus daripada kita memarahinya.


Kali ini aku nak tekankan sesuatu yang sungguh membuka minda berkenaan :

“Perasaan ingin mencuba”

Isteriku perasan telinga anak bongsu ku ada “peluru” sewaktu di Miri. Sewaktu dia tengah mencuci telinga anakku menggunakan kapas kayu. Kami terus ke Imergency Room di Miri. 



 Hospital Jalan Lopeng Miri




Selepas memberi makluman yang di perlukan di kaunter, kami terus di arahkan untuk ke Bilik Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) ataupun panggilannya dalam bahasa Sarawak, " Dresa ".

Selepas di ‘check’, dia mengesahkan ada benda dalam telinga anakku. Perlu berjumpa Doctor untuk rujukan susulan.

Disebabkan Kes ini berlaku pada hari Ahad, semua Klinik luar di Miri tutup. Bukan aku tidak mahu ke Jabatan kecemasan, tapi aku dapat ramalkan, pasti ramai jumlah pesakit yang menunggu di banding dengan bilangan Doctor yang bertugas cuma 2-3 orang sahaja.


Bilik doctor



Dari Jam 3 petang menanti giliran masuk ke bilik Doctor hingga jarum Jam pendek sudah nak mencecah angka 5 petang, belum juga nama di panggil. Dengan berani dan berat di hati, Selepas menimbang semua aspek, lagipun anakku tidak mengadu sakit. Terjumpa “peluru’ di telinganya pun tanpa sengaja oleh Isteriku yang ‘gatal’ nak mencuci telinganya dalam kereta. Aku putuskan untuk balik sahaja ke Long Lama yang memakan masa 2 jam perjalanan.


3 hari selepas kes tersebut, aku membawa anakku ke Klinik 1 Malaysia di Long Lama. Perancangan aku senang:

a) Dapatkan surat rujukan ke doctor dari Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) Klinik 1 Malaysia agar kes anakku terus ke bilik doctor tak perlu menunggu lama dan…



   b) Dapatkan surat mengiringi pesakit dari Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) Klinik 1 Malaysia agar aku tidak perlu minta cuti.


Selepas memberi penjelasan berkenaan Kes anakku kepada Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) yang bertugas, beliau minta izin untuk melihat dan kalau dapat beliau mencuba untuk mengeluarkan “peluru” itu dari telinga.

    
     Daripada tiada di usaha, baik dia mencuba sikit, biarpun sudah maklum Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) di Hospital Miri yang besar lagi hebat, terpaksa mengusulkan perkara ini berjumpa Doctor. Apa la sangat dengan dia yang jauh di pendalaman ini. Aku benarkan juga dengan senyum sindir lagipun sudah jurusan kerjanya untuk membantu pesakit walaupun dalam keadaan Klinik yang daif.

     Anakku di baringkan di katil, berbekalkan seperti jarum tapi penuh dengan air, dia pam-kan air ke dalam lubang telinga anakku. Tidak sampai pun 10 minit, dengan keadaan anakku masih relax dan tenang di katil, “benda kuning” itu keluar dari pintu telinganya. …Aku terkesima..Terlalu cepat memberi hukum tanpa memberi peluang untuk mencuba.

Proses mengepam air dalam lubang telinga




Syukur Alhamdulillah, Tidak perlu jumpa doctor, Tidak mengeluarkan duit ke Miri, tidak perlu minta surat cuti dan terus hilang beban yang berat di bahu.






‘ Perasaan ingin mencuba’ Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) di Klinik 1 Malaysia Long Lama ini telah menyelesaikan masalah ini. Kalau Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) di Jabatan kecemasan Miri mempunyai sifat sebegitu, aku dapat rasakan tidak ramai orang menunggu giliran untuk membuka pintu bilik doctor lagi. Syabas dan tabik spring kepada beliau.




Wednesday, 7 October 2015

Long Lama dalam Daerah Telang Usan

Sejarah tercipta hari ini ( 7.Okt.2015 ) apabila perlantikan Pertama dalam tempoh 130 tahun dalam pentadbiran Baram, semenjak tertubuhnya Pejabat Daerah Marudi dengan Tuan D.O Pertama dulu berbangsa Inggeris, kini sudah ada Tuan D.O @ Pegawai Daerah Telang Usan yang pejabatnya terletak di seberang pekan Long Lama.

Sengaja aku hadir ke majlis tersebut, bukan setakat kerana jemputan tapi kerana aku ingin menjadi diantara salah seorang yang memegang sejarah ini. Bayangkan untuk tempoh 50 tahun akan datang, peristiwa yang bersejarah ini pasti tersimpan rapi dalam arkib kementerian kerajaan Negeri Sarawak. Atau lebih tinggi sikit, gambar kenangan ini pasti digantung dalam lobi Pej. Daerah Telang Usan suatu hari nanti. Diharap begitu….

 En. Antonio Kahti Galis selaku Residen Miri diapit oleh kedua Yang Berhormat


Dahulu, Pejabat Daerah lebih sinonim dengan ‘Renew’ lesen senapangnya dan mohon permit minta beli peluru hidup. Tapi fungsi sebenarnya adalah lebih kepada menjadi Mata dan Telinga pihak kerajaan untuk  mentadbir serta membantu dalam menyelesaikan setiap isu berbangkit di peringkat kawasan jagaannya.

Didalam bahasa politik tempatan, ianya dinamakan ‘Tranformasi Luarbandar’. Kawasan Baram ini yang seakan sebesar Negeri Perak ( Negeri kedua terbesar di semenanjung selepas Pahang). Selama ini dijaga oleh Pejabat Daerah Marudi, kini telah dibahagikan kepada 3 pentadbiran iaitu Pejabat Daerah Telang Usan dan Pejabat Daerah Beluru.



Diantara Tetamu jemputan yang menghadiri Majlis ini membabitkan Temenggung,Pemanca,Penghulu, K.Kaum, Konselor dan Ketua Jabatan sekitar Long Lama.


Ada dua kelebihan yang aku nampak di sini:

1   JARAK DAPAT DIRAPATKAN

Dengan jarak yang jauh ( pendalaman ) serta kos yang mahal memang membebankan bagi sesiapa mempunyai urusan kerja seperti penyerahan dokumen Perlantikan baru ketua kampung, urusan pentadbiran kampung yang memerlukan pandangan dan nasihat dari Pegawai Daerah hatta minta pengesahan tandatangan dari Pegawai Daerah untuk salinan sijil anak yang ingin naik ke Universiti atau mohon kerja. Adakalanya Pegawai yang dicari, tidak ada di pejabat kerana urusan kerja seperti ‘traveling’ tempat lain atau berkursus. Ini akan menambah beban kepada penduduk kampung yang terpaksa bermalam sehari dua sambil menanti kepulangan Tuan D.O. Maka dengan adanya 3 Pejabat Daerah dalam kawasan Baram, ianya sungguh membantu penduduk dari segala segi yang melibatkan urusan di Pejabat. Penduduk dari kawasan Tinjar cuma perlu ke Pejabat Daerah Beluru dan penduduk di kawasan ulu Baram seperti Long San atau kawasan Tutoh Apoh cuma perlu berurusan ke Pejabat Daerah Telang Usan sahaja tanpa membuang masa dan wang lagi untuk ke Marudi.

2.    PEJABAT BARU, PERUNTUKKAN BARU

Sebelum ini Telang Usan dan Beluru dibawah pentadbiran satu-satunya Pejabat Daerah di Marudi. Apabila wujudnya Pejabat Daerah yang baru maka Peruntukkan juga baru. Pastinya agihan peruntukkan dari kerajaan Negeri akan sama rata kepada 3 Pejabat Daerah dalam kawasan Baram dibanding dengan yang dulu. Telang Usan yang mempunyai Keluasan 9,829 kilometer persegi - 103 kampung didalamnya dan lebih 31,000 penduduk kini, boleh bernafas lega kerana peruntukkan bajet memang dikhaskan khusus untuk membangunkan penduduknya sendiri. Kalau di Eropah, persempadanan sebegini telah wujud seawal tahun 1920-an lagi demi untuk melicinkan urusan Pentadbiran.

Penyerahan tugas di antara D.O Telang Usan dan D.O Marudi En Markos Sibong ( Baju Biru )


En. Emang Oyong Emang, Tuan Pegawai Daerah yang pertama ( D.O ) telang Usan berasal dari Long Bedian dan akan pencen pada tahun seterusnya. Pernah menduduki Jawatan sebagai Tuan S.A.O di sini pada tahun 1984. Bak kata pepatah lama, ‘Sirih pulang ke gagang’. Biarpun tidak lama menjadi Tuan D.O di sini, namun beliau pastinya akan meninggalkan satu TAPAK atau ASAS yang kukuh untuk ditinggalkan kepada Pengantinya nanti. Meminjam kata-kata Ketua Menteri Sarawak, beliau mengatakan, 

Dia bukan D.O untuk bangsa Kayan, kenyah, penan atau Iban tapi Dia Tuan D.O untuk semua bangsa. Datang ke Pejabatnya, dengan penuh sedia,  dia akan membantu.


Wednesday, 30 September 2015

Kesalahan yang sama,( curi ) tapi hukuman yang berlainan

Membelek Suratkhabar di awal pagi, mencari mukasurat berkenaan  bacaan IPU Jerebu, terlihat khabar yang memerlukan akal yang kritis untuk menilai. Kalau setakat membaca sepintas lalu, memang tidak perasan tentang perkara ini.

Bertarikh dan keluaran suratkhabar tempatan yang sama, dengan berakhir keputusan dalam Kes Mahkamah  KECUALI situasi kes yang berlainan.







Mungkin aku masih hingusan dalam selok belok perjalanan mahkamah, sebab banyak sudut yang harus difikirkan untuk menjatuhkan sesuatu hukuman oleh para juri dan hakim. Namun dasar setiap keputusan sepatutnya bergantung dengan kecil  atau besar kesalahan yang dilakukan.

Contoh yang paling mudah:

Seorang budak kecil ditangkap kerana mencuri buah epal. Apabila disoal, didapati dia sudah 2 hari tidak makan. Dia tetap dihukum kerana perkara yang salah tetap salah ( mencuri ) , namun hukumannya tidak membawa sampai potong tangan atau sebat 100 kali. Cukup sekadar tarik telinga atau gertak dengan kata-kata nasihat yang berguna. Hukumannya menjadi ringan disebabkan niatnya untuk mencuri bukan disebabkan untuk menjadi kaya, tapi desakan perut yang lapar.

Lain pula dengan kes seorang bujang trang tang-tang, ditangkap mencuri lembu. Apabila disoal, didapati dia  ingin menjual lembu tersebut untuk mendapatkan duit bagi melepaskan gian dadah. Terserlah keadilan melalui kehakiman apabila jika dibanding dengan kes budak kecil tadi, hukuman yang diterima oleh Si bujang trang tang-tang sepatutnya semakin berat. Kerana berniat mencuri untuk kepentingan dan keseronokannya sendiri dan gantirugi kerugian yang besar bagi pihak yang dicuri ( Pak gembala lembu )



Berbalik kepada cerita dalam Suratkhabar ini:

Seorang penganggur yang mencuri sekeping Mykad, lessen memandu, kad ATM, kad RELA dan RM150 dalam satu dompet dibanding dengan bekas menteri besar yang “mencuri”  menggunakan kuasa kedudukannya untuk memperoleh 2 lot tanah dan sebuah banglo.  Ada sesuatu yang tak betul di atas keputusan kes ini . Nilai keuntungan itu mencecah jutaan ringgit.

Sepatutnya kesalahan yang kecil maka hukumannya juga kecil dan kesalahan yang besar maka hukumannya mesti besar. Apa beza  dijatuhi hukuman dipenjara 1 tahun VS dipenjara 12 bulan???

lain kali, baik merompak dengan nilai jutaan ringgit di bank daripada meragut beg tangan makcik Limah yang berjalan melenggang nak ke pasar basah mencari ikan bawal.

Kalaupun si Penganggur tersebut menjual segala barang curinya itu (sekeping Mykad, lessen memandu, kad ATM,kad RELA ), ianya masih juga tidak mencecah jutaan ringgit. 

Teringat pesan Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya:

Baginda bersabda:
"Adakah kamu ingin memberi syafaat (memohon diringankan hukuman) dalam perkara hudud (hukum-hukum yang telah diputuskan oleh Allah)? Sesungguhnya telah binasa golongan terdahulu kerana apabila para pembesar melakukan kesalahan, mereka tidak dikenakan hukuman, tetapi apabila rakyat biasa yang lemah melakukan kesalahan, rakyat tersebut terus dihukum. Demi Allah, sekiranya Fatimah anakku mencuri, nescaya aku pasti akan memotong tangannya!"


[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Kes di atas sedikit sebanyak ada tersangkut dengan hadis ini. Bekas Pak menteri tersebut ‘tidak dikenakan hukuman yang setimpalnya’. Jelas dalam sistem keadilan Negara ini ada double standard. Keadilan yang dapat di beli dengan jasa & wang.



Atau, cuma aku seorang saja yang melalak terhegeh dengan perkara ini disebabkan aku TIDAK FAHAM dengan prosedur standard dunia kehakiman.


Monday, 28 September 2015

Jamuan tengahari Ikan Empurau RM600 sekilo


Pertengahan bulan September, ada perlawanan bolasepak untuk Dun Telang Usan sahaja anjuran ranting PBB Telang Usan. Sebanyak 20 pasukan mengikuti pertandingan ini untuk kategori lelaki dan perempuan. Bermain dalam masa 10 minit sebelah sebanyak 9 pemain sahaja.

Aku bukan nak ceritakan berkenaan pertandingan tersebut. Aku nak kongsikan sesuatu yang sungguh istimewa  dimana Ya Salam Restaurant telah diamanahkan untuk menyediakan Jamuan untuk VVIP iaitu Y.B Dato Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof selaku menteri Kerja Raya Malaysia dan Beliau juga Ahli Majlis Tertinggi dalam Parti terbesar di Sarawak iaitu PBB.

Dengan notis yang singkat dari Y.B Dennis Ngau, aku bersama Isteriku terkial-kial mencari barang menu dengan senarainya semua jamuan ala kampung. Aku baru balik dari Mesyuarat Marudi, terus ke Miri mencari bahan-bahan tersebut.

Mengalan ( Atas ) & empurau ( bawah )



Udang galah sungai Baram Sekilo RM 70.00


Standard menu kampung, pucuk ubi


Ikan Empurau seberat 3 kilo dihantar oleh sahabat Y. B Dennis Ngau dari Long San bersama ikan Mengalan. Aku di fahamkan oleh pakar  harga ikan, mengatakan bahawa yang terkini harga sekilo ikan empurau ini bernilai RM600.00…perghhhhhhh…Di masak cara kukus hingga kuali kukus pun tidak cukup untuk memuatkan bahagian sisip ekornya.







Yang menariknya, satu lagi rekod tercipta dalam dunia bisnes Restaurant Ya Salam Long Lama.