Translate

Tuesday, 1 December 2015

Pesta Sukan Air Long Lama

Bertarikh 23-25 Oktober 2015, Mini regatta ini membuka tirainya dengan Pertandingan Boat remote control. Kehadiran orang ramai amat luarbiasa sekali.

Aku nak membawa semua melihat dari sudut pandang yang berbeza, disebabkan aku mewakili pihak Majlis Daerah, ingin aku mengetengahkan sesuatu perkara yang tidak diketahui umum. Dan perkara sebegini memang biasa terjadi sewaktu apa-apa ‘event’ besar yang berlangsung.

Pihak kami diamanahkan:

1.       Untuk menjaga kebersihan dan
2.       Mengutip yuran penjaja/ bergerai/funfair.

Sebelum berlangsung Acara ini, sebulan sudah pihak kami bermesyuarat untuk merangka dan meramal situasi yang bakal berlaku. Bermesyuarat untuk memutuskan tindakan andai ada perkara berlaku diluar kawalan.


Apabila hari yang ditunggu sudah tiba, berduyun orang yang ingin menyaksikan temasya ini datang dari dekat dan juga jauh tidak terkecuali mereka yang ingin mencuba nasib untuk mencari rezeki dengan cara berniaga.

Aku kongsikan sahaja photo menarik untuk tetapan semua…

Proses permohonan gerai jualan ( 130 gerai berdaftar )













Tempat pelepasan power boat

Funfair depan Ya Salam Restaurant



Temasya yang diraikan 2 tahun sekali ini adalah Temasya yang besar dan bernilai untuk komuniti pekan Long Lama. Cuma masalah yang sering berlaku di Pekan yang kecil ini adalah tempat penginapan yang kurang. Walaupun mempunyai 3 hotel, namun apabila dicampur ke semua bilik hotel tersebut, masih belum mencapai 30 bilik keseluruhannya.

Selepas berhempas pulas menyusun tapak jualan untuk para peniaga, dalam kawasan yang agak kecil seperti Pekan ini, maka berakhirnya Temasya ini akan timbul satu masalah baru, iaitu SAMPAH....

Photo sebelum acara


Photo selepas acara

Seperti awal ku katakan tadi, melihat dari sudut pandang yang berbeza. Selalunya, apabila Regatta di mana-mana sungai dalam Sarawak, orang akan leka dengan sukan di airnya, kayuhannya dan deruan bunyi enjinnya. Aku lebih kepada sesuatu yang jarang diperhatikan. Dan perkara yang jarang dititikberatkan ini yang membuatkan setiap Pesta menjadi meriah.



No comments:

Post a Comment