Dah namanya budak kecil, selagi benda tersebut dapat dikunyah, dia akan telan. Sebegitu juga “peluru Pistol mainan” yang berwarna kuning yang telah diisinya ke dalam lubang telinga. Nak di marah, nasi sudah menjadi bubur. Ikhtiar untuk mengeluarkan “benda” itu keluar, lagi bagus daripada kita memarahinya.
Kali ini aku nak tekankan sesuatu yang sungguh membuka minda berkenaan :
“Perasaan ingin mencuba”
Isteriku perasan telinga anak bongsu ku ada “peluru” sewaktu di Miri. Sewaktu dia tengah mencuci telinga anakku menggunakan kapas kayu. Kami terus ke Imergency Room di Miri.
Hospital Jalan Lopeng Miri
Selepas memberi makluman yang di perlukan di kaunter, kami terus di arahkan
untuk ke Bilik Pembantu kesihatan Awam (
M.A ) ataupun panggilannya dalam bahasa Sarawak, " Dresa ".
Selepas di ‘check’, dia mengesahkan ada benda dalam telinga
anakku. Perlu berjumpa Doctor untuk rujukan susulan.
Disebabkan Kes ini berlaku pada hari Ahad, semua Klinik luar di Miri tutup.
Bukan aku tidak mahu ke Jabatan kecemasan, tapi aku dapat ramalkan, pasti ramai
jumlah pesakit yang menunggu di banding dengan bilangan Doctor yang bertugas cuma
2-3 orang sahaja.
Bilik doctor
Dari Jam 3 petang menanti giliran masuk ke bilik Doctor hingga jarum Jam pendek sudah nak mencecah angka 5 petang, belum juga nama di panggil. Dengan berani dan berat di hati, Selepas menimbang semua aspek, lagipun anakku tidak mengadu sakit. Terjumpa “peluru’ di telinganya pun tanpa sengaja oleh Isteriku yang ‘gatal’ nak mencuci telinganya dalam kereta. Aku putuskan untuk balik sahaja ke Long Lama yang memakan masa 2 jam perjalanan.
3 hari selepas kes tersebut, aku membawa anakku ke Klinik 1 Malaysia di Long
Lama. Perancangan aku senang:
a) Dapatkan surat rujukan ke doctor dari Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) Klinik 1 Malaysia agar kes anakku terus ke bilik doctor tak perlu menunggu lama dan…
b) Dapatkan surat mengiringi pesakit dari Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) Klinik 1 Malaysia agar aku tidak perlu minta cuti.
Selepas memberi penjelasan berkenaan Kes anakku kepada Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) yang bertugas, beliau minta izin untuk melihat dan kalau dapat beliau mencuba untuk mengeluarkan “peluru” itu dari telinga.
Daripada tiada di usaha, baik dia mencuba sikit, biarpun sudah maklum Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) di Hospital Miri yang besar lagi hebat, terpaksa mengusulkan perkara ini berjumpa Doctor. Apa la sangat dengan dia yang jauh di pendalaman ini. Aku benarkan juga dengan senyum sindir lagipun sudah jurusan kerjanya untuk membantu pesakit walaupun dalam keadaan Klinik yang daif.
Anakku di baringkan di katil, berbekalkan seperti jarum tapi penuh dengan air, dia pam-kan air ke dalam lubang telinga anakku. Tidak sampai pun 10 minit, dengan keadaan anakku masih relax dan tenang di katil, “benda kuning” itu keluar dari pintu telinganya. …Aku terkesima..Terlalu cepat memberi hukum tanpa memberi peluang untuk mencuba.
Proses mengepam air dalam lubang telinga
Syukur Alhamdulillah, Tidak perlu jumpa doctor, Tidak mengeluarkan
duit ke Miri, tidak perlu minta surat cuti dan terus hilang beban yang berat di
bahu.
‘ Perasaan ingin mencuba’ Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) di Klinik 1 Malaysia Long Lama ini telah menyelesaikan masalah ini. Kalau Pembantu kesihatan Awam ( M.A ) di Jabatan kecemasan Miri mempunyai sifat sebegitu, aku dapat rasakan tidak ramai orang menunggu giliran untuk membuka pintu bilik doctor lagi. Syabas dan tabik spring kepada beliau.
No comments:
Post a Comment