Alat musik ini disebut sebagai Lata’ngan. Salah satu Khazanah kesenian kaum Narum Marudi yang semakin pupus akan kewujudannya.
Translate
Sunday, 2 March 2025
Kesenian klasik Kaum Narum Marudi
Friday, 28 February 2025
Burung Walit mercu tanda pertama Long Lama
Sepasang burung walit kembali ke sarang
![]() |
| Mercu tanda yang terbaru di waterfront Long Lama |
Thursday, 28 December 2023
Jab. Imegresen Malaysia
Lama betul tidak ‘menari pena’ di atas kertas kaca ini. Kesibukkan dan ketandusan idea membuatkan ruangan ini kosong buat jangka waktu yang agak lama. Ditambah dengan tugasan harianku semakin memuncak lariannya.
Syukur kali ini aku terpanggil untuk hadir lagi biarpun tidak panjang menjela leretan tulisannya. Apa yang pasti aku mendapat ilham selepas menjadi ‘babysitter’ seketika anak gadisku bermain di taman manakala aku pula duduk sambil memesan minum Cham ais untuk merancakkan ilham.
Tempoh hari aku ke Jab. Imegresen Malaysia Caw. Miri membuat Pasport anakku yang telah tamat tempohnya. Prosuder permbuatannya semakin mudah. Sediakan saja Kad pengenalan/ MyKid beserta sijil lahir. Pastikan fotocopy (1 salinan ) terlebih dahulu. Kalau pasportnya tamat tempoh pastikan juga di bawa sekali.
Jumpa Pegawai perhubung untuk dapatkan no. giliran. Tak sampai 10 minit no. giliran dipanggil sedangkan waktu itu terlalu ramai orang ditambahkan lagi musim cuti sekolah & perayaan Hari Natal. Namun proses kerja masih lancar.
Selepas berurusan di kaunter pengurusan Data, kita menunggu lagi untuk urusan pembayaran. Itu pun tidak sampai 10 minit juga dan kita di minta menunggu lagi selama 1 jam untuk proses buku pasport dikeluarkan.
Bagi aku sistem pengurusan Jab. Imegresen Malaysia memang ‘tip top’. Memang ada istilah ‘menunggu’ tetapi menunggu yang berbaloi. Kalau kau pernah menunggu berjumpa Doctor pakar, baru kau tahu ‘masa’ menunggu itu amat sia-sia. Bila sudah giliran kau, tak sampai 15 minit Doctor dah selesai periksa. Menunggu dari jam 8 pagi dan masuk bilik doctor jam 1 petang.
Di antara penyebab proses kaunter Jab. Imegresen ini cepat kerana jumlah kaunter banyak dan bilangan pegawai bertugas yang ramai dan paling penting mereka semuanya cekap. Semoga sistem yang diterapkan ini menjadi contoh untuk Jabatan lain ikuti terutama Jabatan kerajaan yang sering berdepan dengan komuniti. Benda baik patut kita bagi kredit dan hebohkan kepada semua.
Saturday, 13 May 2023
Besok belum berakhir
Sewaktu membelek helaian buku di kedai buku yang agak terkenal di Bandar Miri. Terlihat reaksi super hypeaktif anakku yang berumur 7 dan 9 tahun berpusing di rak-rak buku mencari buku bacaannya juga. Dari buku bacaan bahasa Melayu, English, matematik hingga buku asas bermain piono mahu di borong sekali. Membelek berjenis buku dari semua rak hingga buku yang tebal dan berat selagi ada gambar, akan dibuka untuk melihat helaiannya.
Dalam memerhatikan gelagat anak yang masih berlegar-legar mencari buku sesuai aku yang cuma berdiri tegak di suatu sudut rak buku mengelamun sebentar membongkar memori kerinduan mengingatkan aku di masa berumur sebegitu cuma mampu bermain guli di bawah rumah Arwah Pak Sanen.
Dengan mata dipejam sebelah untuk melaraskan sasaran guli yang akan dijadikan mangsa beserta jari jemari yang lembut melontar guli azimat yang di sebut “AKOR”. Guli Akor ini mempunyai kedudukan kasta yang tinggi dibanding dengan guli yang lain malah Saiznya juga lebih besar sikit dari yang lain. Guli tersebut tidak boleh disimpan bersama dengan guli yang lain dalam satu poket, khuatir Ilmu saktinya hilang dan tidak lagi membawa tuah. “Si Akor” ini boleh membuatkan si pemain menjadi kaya dengan guli yang dapat digumpul sepenuh tin MILO.
Dengan umur yang masih muda sebegitu juga aku cuma mampu bermain gasing di bawah rimbunan pokok rambutan depan Stor enjin sangkut abang kepada Awg Jamil dan yang sering “supplier” gasing pastinya abang-abang yang lebih tua. Kami yang muda dari segi biologi seumpama tahap setahun jagung ini, cuma tahu bermain dan sering menjadi “ANOK’( pemasang gasing berpusing ) untuk di pangkak/dilanyak oleh gasing-gasing brader yang lebih tua. Adakala apabila gasing “Anok” di pangkak, ianya terus pecah di tanah, ada yang terpelanting masuk belukar & tidak kurang juga ada yang bertaburan terbang masuk ke sungai . Namun demi nak bermain, sanggup mencari gasing yang terpelanting tersebut. Biar terpaksa berkuis-kuis dengan dahan rambutan yang mati apabila gasing membuat acara “terjun solo” masuk air kumbahan rumah Arwah Pak Akop.
Panjat tinggi hingga ke pucuk pokok pinang untuk mengelak dari ditangkap selepas brader Bakar habis kira sampai 10 sewaktu bermain “tapok-tapok”. Sehingga main gelongsor di tebing sungai. “Papan gelongsornya” dibuat dari tanah lumpur. Brader Lan Garut amat mahir dalam senibina pembuatan gelongsor tanah ini. Cukup dengan sudut lencongan bertaraf 5G. Apabila disimbah dengan air sungai, maka licinnya gelongsor tanah ini ditambah lagi cuma berlapik mengelongsor dengan kulit buntut yang pastinya mandi telanjang.!!!!
Terhenti lamunan apabila anakku yang berumur 4 tahun bersusah payah membawa sekotak Monopoli ke arahku. Dibantu oleh abangnya, monopoli tersebut bertukar tangan hingga kepadaku namun ku letakkan di atas Rak buku agar Si kecil ku tidak dapat mengambilnya lantas ku katakan:
“Cari buku”…
Aku bersetuju, permainan di zaman ini banyak yang mengasah minda dan ianya bagus untuk menajamkan pemikiran. Ianya akan menambah mutu IQ akal kita menjadi tinggi. Namun permainan ini juga akan menghakis sedikit demi sedikit deria 5 pancaindera.
Ianya akan mengurangkan kepekaan kualiti MATA dari melihat Indahnya Ciptaan Allah SWT dan Photoreseptor ini akan melambatkan respon terhadap rangsangan cahaya. Membantutkan deria HIDU dari mencium haruman Alam, kurang ilmu berhujah (LIDAH) hingga mematikan hormon jenaka gelak ketawa tidak seperti anak desa yang bebas bercerita apa saja kerana isi bual bicaranya banyak dipengaruhi oleh pengalaman hidupnya.
Semakin menebalnya rasa tuli dari mendengar kicau burung dimana sewaktu dulu, aku pernah menyorok di bawah pohon sambil membawa lastikku. Pendengaran TELINGAku lebih tajam dalam mengamati suara si bulu pelepah itu dan jarang sekali pipi halus anak ku terkena bayu pagi atau terbakar KULIT tika panas mentari mengundang, atau tidak seperti aku & The Geng dulu yang pernah berhujan mengigil namun terus bermain bola di padang yang cuma lembu sahaja sanggup untuk berkubang.
Duhai Anakku, alangkah seronoknya andai dikau dapat merasai pengalaman ayahmu ini. Dengan tangan yang kerdil ini, pernah memetik terus dari tangkainya Si buah rambutan merah meraba, betik manis meranum, nangka cempedak mengharum dan bulat menghijau si Jambu batu.
Alangkah seronoknya juga berlari di atas tebing tanah lumpur lantas terjun ke sungai, membantu nenek dengan membuat perangkap ayam dari tali nilon apabila ayam yang di carinya menghilang seminggu kerana tidur di reban betina lain. Mengali tanah mencari cacing yang terputus kepala terkena mata cangkul untuk di jadikan umpan si ikan puyu dan sepat.
Dengan umur yang masih muda, tahap adrenalin telah di pam sehabis tinggi apabila berlari lintang pukang kerana sekawan lembu menjeling hendak mengejar setiap kali balik dari memancing. Keterujaan ini semakin ditambah apabila jatuhnya si burung bubut di lastik dengan getahnya hasil kreativiti dari senihalus pemotongan tiub basikal BMX.
Memandang sayu sahaja anakku yang berumur 4 tahun dengan monopoli di atas Rak buku, aku senyum sendiri bukan bermaksud untuk menghalang dirinya memiliki permainan tersebut tapi pasti emaknya akan letih apabila permainan tersebut akan dijadikan “bola” sepakannya di rumah nanti. Dengan umur yang sebegitu, mana mungkin dia mahir dalam selok belok permainan yang menguji minda. Memerlukan asas ilmu kira-kira. Kalau pun abangnya ikut bermain, silap-silap kita akan dijadikan tempat rujuk sebagai penterjemah apabila tidak memahami hukuman di dalam KAD KESALAHAN kerana tersalah tempat PARKING.
Aku terus membelek helaian buku yang ingin dibeli. Tabiat membaca ini bermula dari hobi tapi kini ianya sudah satu kemestian. Sementara menunggu sistem tubuh rehat & dengupan tekanan darah kembali tenang dalam keadaan baring, aku akan menghabiskan masa itu dengan membaca dari buku ataupun internet. Helaian demi helaian mukasurat dibuka sambil anakmata ku menjeling melihat gelagat anak yang masih berpusing-pusing di rak buku kerana aku mahu mereka sentiasa berada dalam radar permerhatian.
Phapppp!!!, bagaikan kena tampar. Aku terkesima dengan satu kalimat berharga dari Tokoh yang amat aku sanjungi.
"Didiklah anak-anakmu itu, berlainan dengan keadaan kamu sekarang, karena mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau,"
Sayyidina Umar bin Khattab RA
Aku batalkan niat membeli buku, anak ku hairan memandangku..
“ Jom, kita mandi laut”
Kalaupun mereka tidak dapat berlari di tebing yang berlumpur, memadai mereka berlari di pasir laut dengan berkaki ayam. Kalaupun mereka tidak sempat mengali tanah mencari cacing, memadai mereka merasa membina Istana buatan dari pasir. Kalaupun mereka tidak sempat memanjat pokok pinang, memadai mereka berlumba memanjat batu di tebingan laut. Dan kalaupun mereka tidak minta untuk pergi memancing, cukup memadai rasanya mereka mengutip kulit kerang dan mengejar si ketam melarikan diri dari riuh rendah tawa mereka. Zaman telah berubah, Mekanisme untuk mencari hiburan juga berubah, apa yang penting, sifat keterujaan dan keseronokkan untuk mencapai meter adrenalin menjadi tinggi...
tetap ada.
Wednesday, 11 January 2023
Peluh punya pasal
Balik dari pejabat, aku terus beriadah dengan cara jogging bersama anak daraku. Ia lebih kepada berlari anak saja. Tak laju tak juga perlahan. Sekadar ingin mengeluarkan peluh dan memaksa jantung berdenyut laju agar proses pengepaman darah berjalan lancar dalam pembuluhnya. Ia perlu bekerja kerana kalau kita duduk saja jantung pula menjadi lemah. Ia bagaikan satu latihan untuk jantung dan paru- paru juga. Sebab itu, ada orang walaupun masih muda tetapi termengah- mengah apabila menaiki tangga sambil mengurut dada.
Berjogging di bahu jalan yang bertaraf jalan kampung ini memang membahaya. Cuma di sini tak banyak kenderaan lagipun itu saja tempat yang paling sesuai membuat aktiviti sebegini. Tapi istimewanya petang tadi kerana tiba- tiba aku tertarik dengan sebuah lori sawit yang penuh dengan muatannya. Aku berhenti jogging sekejap sambil memerhati. Aku dapati ada 2 orang duduk dalam lori dan 6 orang pula duduk di atas buah sawit. Lori yang bergerak perlahan dalam keadaan uzur itu namun masih mampu membawa muatan melebihi dari kapasiti kemampuannya. Aku amati wajah-wajah yang duduk di atas buah sawit namun seorang pun tidak ku kenali. Rasanya mereka pekerja dari Indonesia berdasarkan kepada raut wajah. Tak seorang pun tersenyum. Baju mereka habis basah lecur sambil tangan berpaut di besi pagar lori. Muka mereka seumpama hitam kehangusan tanda mereka seharian bekerja berpanas dan mata mereka pula semua terarah ke jalanraya mungkin teramat letih tak berdaya lagi untuk menoleh kiri dan kanan.
Lori yang bergerak perlahan itu dengan meninggalkan kepulan asap hitam yang tebal kini kian menghilang dari pandanganku namun telah memberi bekas dalam fikiranku. Bukan disebabkan muatannya berlebihan bukan juga disebabkan mereka tidak membalas senyumanku. Tetapi aku terkesima dengan keadaan mereka yang dalam keletihan masih juga memaksa diri bekerja membanting tulang memerah keringat di lewat petang hari sebegini.
Betapa bersyukurnya hidup ini apabila dianugerahkan kesihatan tubuh yang baik serta ruang kerja yang tidak memerlukan kita berhempas pulas, mencarik letih bersulam lesu demi mencari sesuap nasi putih untuk mengalas perut. Tidak dapat aku bayangkan kalau aku pula yang duduk di antara mereka di atas lori sawit tadi. Melalui hari- hari bersama mereka. Balik ke rumah pastinya hari sudah gelap, tak sempat bermanja dengan anak daraku. Setiap malam pastinya meminta isteri tolong urutkan badan yang lenguh disebabkan seharian memikul tandan sawit. Hakikat yang tak boleh lari dalam alam kehidupan sebegini. Menjadi rutin menjadi lali dan akhirnya sakit letih lesu basah lecur baju bermandikan peluh itu cuma sekadar mainan demi mencari rezeki yang halal.
Aku teruskan langkah namun hatiku terus memikirkan situasi tadi. Melangkah dan teruskan melangkah akhirnya aku menyimpulkan sesuatu. Iaitu saat ini aku memaksa diri berjogging sekadar bertujuan untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sihat manakala mereka pula tadi terpaksa bekerja separuh nyawa bermandi peluh lecur demi mengalas perut sendiri, anak serta isteri. Jauh sungguh halatuju niat mengeluarkan peluh antara mereka dan aku.
Lamunan ku terhenti apabila suara anakku memanggil. Tanpaku sedar dia di tinggal jauh di belakang. Dia memanggil lagi dengan nada marah. Berlari laju mendekatiku dengan muka merah dan mencuka. Aku tahu dia marah melintasiku dengan tercungap- cungap terus masuk ke dalam kereta menutup dengan menghempas kuat pintunya. Dari ruang jendela kereta aku amati dia terus meneguk air kotak bekalannya tadi. Nasib la ada air untuk memadam api kehausan dan amarahnya serta nasib juga umurnya 4 tahun lebih andai dah berumur 24 tahun pasti dia akan berkata:
“ Semua laki tok sama jak, kedak SoL!!!!!!!”
Sunday, 30 October 2022
Perpustakaan : Anugerah Khas Panel hakim Perpustakaan Awam Premier Sarawak
![]() |
| Special menu, Durian kampung, bubur kacang+durian dan Air Sarang burung |
![]() |
| Alhamdulillah, Pembentangan berjalan lancar |
Monday, 4 April 2022
Betong, Depak, Spoah, Sarikei, Bintagor, Sibu & Bintulu
Setelah sekian lamanya, dari tahun 2019 hingga 2022, alhamdulillah adikku selamat jua diijabkabulkan dengan tunangnya pada 26 March 2022 (sabtu) di Kampung Medang Spaoh Sarawak. Dekat dengan bandar Betong. Kelewatan ini berpunca dari Covid-19. Disebabkan adikku bekerja di Negara Brunei Darusalam, pintu sempadan negara itu ditutup sepanjang 2 tahun tersebut. Syukur di akhir-akhir ini setelah adanya vaksin, kelonggaran perjalanan untuk balik diberi kepada rakyat Malaysia yang bekerja di sana.

Majlis Pertunangan di Kampung Medang tahun 2019
![]() |
| Hiasan hantaran aku serahkan segalanya dengan orang rumah. Barang Hantaran telah dibeli awal oleh adikku |
![]() |
| Sarapan di Market besar Sibu |
Alang-alang sudah berjalan, aku sempat membawa mereka singgah di Bandar Sarikei dan membeli ikan masin kering di Ruangniaga Tamunya yang terletak di hadapan sungai. Bandar Sarikei memang besar. Teringin juga hendak menelefon seorang kenalan tetapi oleh kerana cuma singgah sekejap dalam 30 minit begitu, ada baiknya aku batalkan saja niat tersebut. Jauh lagi destinasi yang hendak dituju. Sibu ke Sarikei mengambil masa dalam 45 minit perjalanan dan di antara bandar tersebut ada pekan kecil yang disebut Bintagor. Sewaktu balik kami singgah di pekan ini.
![]() |
| Di Sarikei |
![]() |
| Mencari ikan masin di Tamu Sarikei |
![]() |
| Bintagor |
Sepanjang perjalanan hendak ke Betong, sepupuku menelefon agar singgah dulu ke rumahnya di kampung Bungin Spaoh. Sebenarnya Sibu ke Betong tidak jauh disebabkan jalan Pan Borneo kini semakin bagus. Tetapi untuk ke Kampung Bungin, kami terpaksa melalui pasar Debak. Bila sudah sampai tempat orang, wajib ambil gambar sebagai kenangan. Pasar Depak kecil sahaja, waktu itu kami sampai dalam jam 1 petang. Tak ramai orang.
Sepupuku telah menunggu di Pasar Depak, kami terus mengikuti keretanya sampai ke rumah. Mengambil masa 30 minit perjalanan. Sampai rumah kami makan tengahari dan terus ke Bandar Betong yang juga mengambil masa 30 minit perjalanan.
Adikku telah membuat tempahan di Hotel Medan Betong. Sengaja aku memilih 2 malam di Hotel kerana rancanganku, selepas majlis kahwin nanti, pada sebelah petang aku nak mendobikan baju dan pusing-pusing sekitar Pasarnya. Sampai di Hotel kami terus mengeluarkan barang Hantaran untuk diatur dan disiapkan sebelum petang kerana malam tersebut adalah majlis menghantar Hantaran dan bernikah. Sempat aku pejamkan mata sekejap sementara mereka bertungkus lumus menyediakan hantaran.
Jam 5 petang, kami keluar Hotel mencari makanan. Di bahagian bawah Hotel tersebut ada KFC. Makan nasi untuk mengalas perut kerana aku tahu malam ini pasti lewat makan disebabkan Majlis Akadnikah pasti lama. Sebelum terlupa, ada seorang lagi adikku yang bungsu bersama kami dalam Hotel tersebut, dia juga membawa anak Isteri, sepupu isterinya serta mak Mertuanya sekali. Memang meriah Hotel ini oleh kami sekeluarga. Seorang sepupuku juga datang dari Kuching dan menempah Hotel yang sama. Datang dengan suami dan anaknya.
Untuk sampai ke Kampung Medang, mengambil masa selama 1 jam perjalanan. Kami bergerak seawal jam 6.30 petang dan di jangka sampai dalam 8.00 malam. Kami terpaksa singgah sebentar di rumah sepupuku di kampung Bungin kerana dia saja yang tahu laluan ke sana. Sampai tempat yang dituju, kami telah disambut oleh ramai kaum kerabat sebelah pengantin perempuan. Aku nampak adikku( pengantin Lelaki) telah duduk kemas di tengah ruang tamu. Dia telah awal sampai kerana menyiapkan segala kelengkapan Majlis perkahwinannya. 8.45 malam Tok Kadi sampai dan bermula Majlis pernikahan tersebut.
![]() |
| Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja |
Selepas selesai Majlis Akadnikah, kami disajikan dengan jamuan dan malam itu juga ada Pertandingan Karaoke. Teringin juga hendak menyumbangkan suara tetapi badan terasa letih dan akhirnya kami minta diri kerana besok akan datang lagi untuk Majlis Persandingannya. Sampai di Hotel dalam jam 12 tengah malam. Adikku yang bungsu dan suami sepupuku mengajak minum kopi tetapi aku menolak kerana mataku amat mengantuk ditambahkan lagi badanku terasa letih. Mungkin disebabkan aku jarang memandu sejauh ini. Masuk bilik bertukar pakaian dan bercuci aku terus baring dan tertidur tetapi Faiz dan Laila pula tidak tidur kerana mereka sudah puas tidur dalam kereta tadi. Aku biarkan isteriku melayan karenah mereka berdua.
Selepas subuh, perutku terasa kosong, nasib isteriku ada membeli mee maggi cawan dan roti pada petang kemarin selepas kami makan di KFC. Hari yang dituju telah tiba, selepas semuanya bersiap, kami bergerak keluar Hotel dalam jam 7.30 pagi kerana Majlis Perkahwinan tersebut bermula jam 9.00 pagi. Seperti biasa, kami singgah sekejap di Kampung Bungin dan meneruskan perjalanan ke Kampung Medang. Tiba-tiba adikku yang dari Kuching menelefon minta ditunggu kerana mereka beranak sudah sampai di Betong. Kelmarin katanya tidak dapat hadir, tetapi tiba-tiba bertukar plan. Jam 4 pagi mereka beranak bertolak dari Kuching.
Sampai di Kampung Medang, Pengantin baru turun dari rumah mak andam. Kami terus mengiringi pengantin hingga ke pelamin. Dimulai dengan Bacaan doa selamat, bertepung tawar dan bergambar. Syukur semuanya selesai tanpa sebarang masalah. Tiada lagi rasa penantian yang panjang tiada lagi rasa kerja yang belum selesai. Semua Majlis berjalan lancar. Aku mengucapkan terima kasih kepada bapa kepada Pengantin perempuan kerana sanggup juga menunggu selama 2 tahun untuk menyatukan mereka berdua. Katanya semangat kedua pengantin yang kuat. Kita hanya berserah sahaja. Alhamdulillah, Majlis yang di rancang akhirnya berjaya juga di penghujungnya.
![]() |
| Memburu gula apong |
![]() |
| Pokok Getah identiti Betong |
![]() |
| Penulis di depan pintu Masjid |
Aku menulis ini, pada 3 Ramadhan 1443 Hijrah (5 Apr 2022). Selamat menunaikan ibadah Puasa.































