Translate

Sunday, 12 August 2018

Derma darah dari LGBT


Dalam kita menikmati keupayaan akal ini, seharusnya kita juga mengetahui batas-batasan daerah yang telah Allah s.w.t. tegah kita lewati. Bagi yang beriman, cukup apa yang dinyatakan kepada mereka melalui sumber-sumber Allah iaitu Al-Qur'an dan pesuruhNya Muhammad s.a.w. Larangan ini bukanlah bagi tujuan menyekat kebebasan keupayaan minda manusia tetapi lebih kepada sifat RahimNya kepada hamba-hambanya yang bertakwa. 

Manusia itu mulia apabila akalnya berfikir sempurna. Manusia menjadi lebih hina dari syaitan yang diperintahkan Allah untuk sujud kepada kita sewaktu penciptaan mula bangsa kita ini apabila akalnya dapat ditipu pula oleh syaitan. Syaitan ini besar tipu dayanya tetapi dia hanya berkuasa di atas manusia-manusia yang tidak mahu menggunakan akal.

Itu yang berlaku pada akal salah seorang anak orang ternama Negara, apabila beliau dengan bersemangat memperjuangkan nasib-nasib puak LGBT.

Katanya, dipetik dari Sinar Harian:


“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkan lah itu semua tak boleh? Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini? Kalau mereka sakit takkan nak biarkan saja di tepi jalan? Kalau mereka didera atau dipukul, bukankah mereka ada hak untuk laporkan kepada polis dan dapat tindakan daripada polis seperti kita semua? Itu saja yang mereka minta, bukan lebih daripada itu. Adakah undang-undang kita membenarkan kita dengan tak pasal-pasal nak pergi pukul orang atau menghalang orang daripada bekerja tanpa ada alasan yang baik. Jadi kita kenalah ikut undang-undang.  Ada yang kata hak sama rata yang dituntut itu seperti membenarkan golongan lelaki kahwin dengan lelaki misalnya. Mana ada ini semua. Di Malaysia tak ada sebab undang-undang kita tak benarkan, dan mereka tak minta perkara itu langsung.  Kononnya mereka nak cabar undang-undang? Mungkin perkara itu tak akan jadi langsung. Mereka hanya minta hak mengikut undang-undang dan perlembagaan kita sekarang, itu saja.”


Apa  yang beliau mahukan untuk komuniti LGBT bukanlah meminta hak tambahan yang boleh mencabar undang-undang seperti menghalalkan perkahwinan sejenis. Sebaliknya, menuntut hak yang diminta untuk komuniti LGBT adalah hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.


Penjelasan yang beliau berikan ini, sesungguhnya telah memukul kepala sendiri. Banyak jutawan dari kalangan mereka, Berterabur spesis tersebut di dalam sekolah, IPTA/IPTS, tiada pula halangan mereka untuk mendapat ilmu. Tidak juga mendengar kes spesis ini dihalau keluar dari pintu Hospital di dada akhbar tempatan malah akhbar antarabangsa. Malah sekarang ini, kebanyakkan spesis ini banyak di dalam sistem pendidikan Negara kita sebagai cikgu serta Nazir sekolah. Perkara ini yang WAJIB beliau suarakan kerana kewujudan spesis ini di dalam sistem Pendidikan Negara kita akan menyumbang masalah yang merosakkan minda anak bangsa generasi baru ini. Anak-anak kecil yang berada dari alam awal Pra-persekolahan, apabila melihat cikgu mereka berperwatakkan songsang, yang seharian  melihat, bercerita, dan mendengar  bersama mereka di sekolah secara tidak langsung minda anak-anak ini akan memproses bahawa hidup kesongsangan ini bukan satu kesalahan lagi. Apabila mereka besar nanti, kewujudan spesis ini tidak menjadi isu sensitif kepada mereka dan akhirnya membawa kepada masalah lain pula iaitu keterbukaan hubungan seksual menjurus kepada penyakit AIDS yang tiada ubatnya hingga kini.


Akal yang sempurna telah diberi, namun iman senipis kertas jamban, menyebabkan laras pemikiran tetap lemah dalam menilai sesuatu perkara. Aku suka jawapan balas dari salah seorang Doctor perempuan tentang perkara ini:



Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir,


1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.


2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?


3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?


4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang pengamal LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?


5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.


6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.


7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran dan perbuatan songsang ini. Na'uzubillah.


8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!


Nur Ilyani Mohamed Nawawi

Pasir Mas 6/8/2018-UTUSAN ONLINE



Semoga beliau sedar dan tahu apa yang seharusnya diperjuangkan. Dengan nama yang cukup Gah, ada baiknya beliau mengajak komuniti memperjuangkan isu-isu penindasan orang tua/ kanak-kanak. Atau sebaiknya berdiam diri dari dipermalukan oleh nitizen-nitizen yang mengecam keras.




No comments:

Post a Comment