Translate

Wednesday, 16 May 2018

Sepetang di kala hujan



Apabila KM merancang hendak membina LRT di Kuching, aku terus geleng kepala. Kenapa tidak diutamakan dulu pembangunan infrastuktur luarbandar serta suntik-kan dana untuk pembangunan modal insan. Belum pun 2 Tahun  menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau telah membuat sesuatu yang tidak mengembirakan bagi majoriti penduduk di luarbandar khususnya, entah-entah penduduk di Kuching pun sependapat dengan aku ini.

Projek yang memakan belanja dalam lingkungan RM 11 billion dari Serian-Kota Samarahan-Kuching ini sungguh mengagumkan pada mulanya, namun apabila diteliti ianya sungguh membazirkan wang rakyat. Katanya terdapat tiga kaedah yang dikenalpasti dapat memberikan pulangan iaitu menerusi :

1. Kadar tambang murah yang dikenakan,
2. Pembangunan hartanah di kawasan Pembangunan Berasaskan Transit (TOD) dan
3. Kadar sewa yang dikenakan ke atas entiti komersial dalam kawasan TOD.

Sewaktu beliau Merangkap Menteri Perumahan dan Urbanisasi pun harga rumah setiap tahun meningkat naik dan tiada daya untuk mengurangkan harganya inikan pula hendak mengenakan tambang dan sewa kedai murah di setiap stesen perhentian LRT nanti.

Bayangkan dengan RM11 Billion tersebut untuk membangunkan kawasan luarbandar, pasti banyak peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh para belia. Salahsatunya mengwujudkan bandar baru bercorak Sub-Perindustrian, Sub-Pendidikan ataupun sub-Pelancongan di Belaga, Kapit, Baram atau Lawas malah kawasan yang sama status kemundurannya.

Dari penelitian aku yang hidup di kawasan luarbandar ini, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu dipercepatkan pembinaannya. 3 Perkara asas yang amat diperlukan sekarang ini adalah:

1. Jalanraya yang belum di tar atau belum di buat cuma mengharapkan jalan Kem balak,
2. Loji bekalan air bersih dan
3. Bekalan elektrik.

Mereka dari kawasan luarbandar ini juga Penduduk Sarawak, kenapa di anaktirikan kemewahan ini?  Kalau di Kuching ramai penduduk (tak sampai 400 ribu pun) dan terpaksa memerlukan LRT untuk mengelakkan kesesakkan Jalanraya, berikan juga projek-projek yang ber-impak tinggi sepadan dengan skala kawasan luarbandar ini. Yang paling perlu di ambil perhatian dalam waktu singkat ini adalah bantuan baikpulih sekolah daif di pendalaman. Memang benar Sekolah-Sekolah ini dibawah Kerajaan Persekutuan, namun di dalamnya adalah anak –anak Sarawak sendiri. Ada Sekolah yang yang terlalu teruk jambannya, Asrama pula retak sebahagian dindingnya, tidur tidak berkipas anak-anak ini malah bilik kelas dan bangunan Pentadbiran Sekolah pun ada yang tidak selamat untuk diduduki. Apa lagi dengan keuzuran peralatan bantu mengajar. Jurang pencapaian akademik dan kokurikulom pelajar bandar dan luarbandar sungguh terlalu besar jaraknya.

Sumber: www.utusan.com.my
Belum lagi di ceritakan pasal Jalanraya yang teruk, bekalan air sentiasa tidak bersih malah ada yang cuma mengharapkan tedahan hujan dan elektrik yang memang tidak ada. Bagaimana pula Ketua Menteri berkeras bersorak gumpita berkenaan Ekonomi Digital? 

 
Sumber: www.utusan.com.my

Aku tidak membantah pembinaan LRT ini, lagipun siapa la aku untuk menghalangnya sekadar merungut di dalam ruang yang terbatas ini cuma tolong jangan di abaikan para Pengundi tegar BN (Parti Pembangkang dah) yang majoritinya di menangi di kawasan luarbandar. Pakcik, makcik, Atuk, nenek yang berharap cuma TV RTM dan TV3 sebagai sumber rujukan asas.

Aku terbaca luahan mantan Menteri Belia & sukan, katanya  kesilapan besar beliau dan Pergerakan Pemuda UMNO adalah terlalu menjaga hati pemimpin atasan dan memegang kepada konsep feudalism secara membuta tuli. 





“Ini merupakan pengajaran buat UMNO kerana selepas ini, kita kena berani menegur presiden, kena berani menegur pemimpin … dan jangan sekali-kali kita menyimpan suara sebenar rakyat daripada pemimpin,”

Gelombang kebangkitan telah beralun deras oleh rakyat sewaktu PRU14 dulu. Tiada yang mustahil PRN akan datang ianya berulang lagi andai pucuk pimpinan leka dengan fikir ‘syok’ sendiri.



No comments:

Post a Comment