Artikel asal dari laman Facebook aku sendiri namun ada sedikit penyesuaian untuk meng-indah-kan lagi lenggok bahasanya.
Lama rasanya sudah tidak bersembang dengan Legendarys Gitaris Dukun Dahudin Dumbi pasal muzik. Kalau dulu, setiap hari, pasti ada kelas unformal 2 sesi pasal muzik ini. Sesi pertama selepas balik sekolah dan keduanya selepas makan malam dan boleh menjangkau hingga dinihari. Zaman itu sahaja aku sempat melihat budak-budak Rocker berseluar Jeans koyak di lutut masih duduk mencangkung di tepi jalan sambil melalak Lagu Rock kapak dengan gitar kapok digenggam erat di tangan.
Namun tika ini, lagu yang berkumandang di corong radio, ada sesuatu yang mudah diteka dan iramanya hampir sama. Bagi yang betul-betul mempelajari muzik mesti dah faham kenapa. Kebanyakkan lagu sekarang menggunakan chord progression yang agak cliche/sering digunakan. terutma sekali lagu Najwa Latif.
Macam 'template' yang boleh digunakan berkali-kali. Cuma tukar lirik dan key lagu. Mereka menggunakan melodi yang paling senang untuk di hadam bagi chord progression ini. Setiap chord progression yang lengkap mempunyai voicing dan melodi tersendiri, lalu menyebabkan melodi tu senang diteka.
Untuk mengelak Lagu itu menjadi cepat bosan didengari, maka ada sedikit pertukaran dari segi progression agar mendapat melodi yang tidak cliché atau menggunakan instrumen yang exotic dan peralatan muzik yang tidak selalu di dengar. Chord kedua-dua lagu ini tidak sebiji, cuma apabila diubah minor/major beberapa chord menggunakan Circle of Fifth, boleh dapat melodi yang sama dan berurutan cuma semakin mengujakan apabila ditambah dengan bass lebih berbunga, timing dan tempo lagu, penggunaan scale selain pentatonic/major dan permainan lead guitar yang menggunakan melodi fusion atau yang tidak selalu didengari sebelum ini.
Teringat Lagu Biru mata hitamku dan Bernafas dalam lumpur dari WINGS yang menggunakan melodi dan chord sebegini. Sebegitu juga Band Rock ACDC dari Australia. Membuatkan orang tidak perasan kerana muziknya menjurus kepada genre Rock. Seterusnya kekuatan Lagu itu bergantung dengan cara penyampaian atau liriknya lagi.
Pendengar muzik macam aku ini, tidak dapat menerima Lagu yang berentak fast moden terkini yang sentiasa berulang Tempo, muzik dan melodinya. Mungkin aku seorang yang buta seni atau mungkin aku yang sudah ditinggal zaman kini.
No comments:
Post a Comment